So Hyun keluar daripada bilik air sambil mengelap rambutnya yang basah. Dia mulutnya tergangga apabila melihat Taehyung sedang menggunakan alat solek miliknya.
"Tae, apa yang awak buat ni!"marah So Hyun sambil menuju ke arah Taehyung.
Taehyung terkejut apabila mendengar suara So Hyun yang kuat itu. Lipstik yang dipegangnya terjatuh ke lantai menyebabkan ianya patah.
"Opss, maaf. Saya tak sengaja."kata Taehyung lalu menggigit bibir bawah.
"Kim Taehyung!!!!"jerit So Hyun sekuat hati.
Taehyung menelan air liurnya apabila melihat wajah garang So Hyun.
-------------
"Awak tahu tak yang awak dah buat saya marah sekarang ni?" soal So Hyun sambil bercekak pinggang.
Taehyung mengangguk lalu menundukkan kepalanya.
"Saya nak cuba je. Saya tak tahu pula yang awak akan marah sampai macam ni sekali." kata Taehyung.
"Haih,tak apalah. Benda dah jadi nak buat macam mana." kata So Hyun lalu membuat muka sedih.
Taehyung mula rasa bersalah apabila melihat So Hyun begitu. Jadi dia mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu.
"So Hyun, boleh tak kalau saya nak keluar rumah. Sekejap jer." kata Taehyung sambil memandang So Hyun.
"Boleh, tapi awak kena pakai ni. Untuk keselamatan awak." kata So Hyun sambil menghulurkan hoodie dan mask kepada Taehyung.
Taehyung menganggukkan kepalanya sambil mengambil hoodie dan mask tadi.
-----------
"Ish,mana pula dia ni. Dari pukul 3 tadi dia keluar sampai sekarang pun belum balik lagi. Dah lah sekarang ni dah malam." kata So Hyun sambil berjalan ke hulur hilir di ruang tamu.
Dia risau dengan keadaan Taehyung sekarang. Adakah lelaki itu baik-baik sahaja atau tidak.
Langkahnya terhenti apabila melihat pintu rumah itu dibuka. Dia tersenyum lebar apabila melihat Taehyung sudah pulang.
"Tae! Awak pergi mana tadi, risau saya tahu tak."
So Hyun menuju ke arah Taehyung lalu memeluknya erat.
"Maafkan saya sebab buat awak risau."kata Taehyung lalu meleraikan pelukan.
"Saya ada belikan sesuatu untuk awak. Tengok ni."
Taehyung mengangkat beg plastik yang berisi barang. So Hyun terkejut apabila melihat barang yang dibeli oleh Taehyung.
"Tae, dari mana awak dapat duit untuk beli semua ni?" soal So Hyun lalu menekup mulutnya.
"Saya bekerjalah untuk dapat duit. Saya nak beli alat solek yang baru untuk awak. Mesti awak suka kan?" kata Taehyung lalu tersenyum petak.
"Awak berkerja semata-mata untuk beli alat solek untuk saya?" soal So Hyun.
"Ya. Saya nak mandi dulu. Awak ambillah ni."kata Taehyung sambil menghulurkan beg plastik tadi.
So Hyun menganggukkan kepalanya sambil mengambil beg plastik itu.
-------------
Namjoon membaringkan badannya di atas sofa setelah balik daripada kerja. Terlalu penat.
"So Hyun, turun bawah sekejap." kata Namjoon sedikit kuat.
"Ada apa, Namjoon?" soal So Hyun sambil turun tangga.
"Tolong ambilkan aku alat kawalan jauh tu." kata Namjoon sambil menunjukkan ke arah alat kawalan jauh yang berada di atas meja.
"Eyy, kau ni. Nak makan penampar aku nampaknya. Alat kawalan jauh tu dekat depan kau je kot." kata So Hyun sambil bercekak pinggang. Geram dengan perangai abangnya itu.
"Aku malas lah nak ambil. Kau ambillah untuk aku. Nanti aku bagi kau duit,ek."
"Yelah yelah, aku ambilkan." So Hyun mengambil alat kawalan jauh di atas meja.
"Mana Taehyung?" soal Namjoon.
"Dia dah tidur tadi. Terlampau penat." jawab So Hyun.
❤️TBC❤
YOU ARE READING
[C] Cute Prince || Kth
FanfictionDia seorang makhluk asing yang lari ke bumi. Start:20.12.2019 End:12.4.2020