Jiheon berada di pasaraya untuk beli barang dapur. Tapi, ni bukan barang dapur dia tetapi orang lain. Ternyata, Jiheon mendapat kerja untuk beli barang dapur pengguna chenlele di aplikasi JobFinder.
Jiheon berasa jengkel kerana dia kena beli barang dapur seseorang dimana dia kena cari, berdiri hingga bayar dan sebagainya. Tetapi itu tidak menjadi satu hal untuk Jiheon kerana dia akan diupah oleh pengguna itu maka, dia gembira.
Walaupun barang-barang yang pengguna itu mahu Jiheon beli agak aneh tapi dia tidak fikir terlalu dalam, malas hendak dia judge orang.
Selepas dia dah bayar dan sebagainya, Jiheon terus pergi ke lokasi yang diberi oleh pengguna itu. Dia tak berapa kenal alamat yang diberi tapi dia akan berusaha cari dengan menggunakan Google Maps.
Beberapa minit berlalu setelah dia duduk dalam bas untuk ke alamat tersebut. Jiheon meluang masa yang ada dengan membaca apa-apa artikel terbaru. Disebabkan dia terlalu bosan hingga tidak tahu apa hendak dibuat, baca berita lah kerja dia.
—
[ ☆ BREAKING NEWS ]
Bilangan orang hilang bertambahSEOUL : Bilangan orang hilang semakin bertambah dari lima orang hingga ke 18 orang dalam dua minggu.
Balai polis seluruh rakyat melaporkan bahawa bilangan orang hilang semakin meningkat dalam dua minggu yang lalu.
Pihak polis tidak dapat mencari siapakah penjenayah yang telah menculik 18 orang ini kerana kekurangan bukti.
—
Jiheon berhenti membaca apabila bas yang dia naik berhenti. Jiheon melihat Google Maps untuk kedudukan dia dan ternyata dia semakin dekat dengan alamat itu lalu, Jiheon turun dari bas dan mencari di mana rumah tersebut dengan jalan kaki.
Jiheon berjalan perlahan-lahan sambil melihat peta yang terpampang pada skrin telefonnya. Jiheon melihat kawasan persekitaran rumah itu dan ternyata dia berada di rumah-rumah orang kaya. Rasanya pengguna ni orang kaya.
Jiheon telah sampai ke rumah tersebut setelah berjalan beberapa minit. Jiheon tergamam kerana rumah yang berada di depannya ialah rumah banglo yang paling besar dia pernah nampak. Betulkah rumah ni?
Jiheon menekan butang loceng rumah itu untuk memanggil seseorang untuk jawabkan pintu untuknya.
" Siapa tu? "
Ujar sebuah suara dari pembesar suara di depan pintu masuk itu.
" Urm, saya Baek Jiheon, dari JobFinder. "
Balas Jiheon. Tiada apa-apa balas untuk beberapa saat sebelum ia membalas...
" Ha, masuk lah, pintu dah buka tu. "
Pintu masuk kini terbuka dengan automatik. Jiheon tergamam buat kali kedua kerana kecanggihan rumah tersebut. Sebaik dia menjejak kaki ke dalam premis rumah banglo itu, kebun bunga, kolam ikan sebesar kolam renang, ruang riadah dan keluasan halaman depan rumah tersebut mengucapnya.
Jiheon terpegun akan kebesaran, kecantikan, dan kesemuanya yang terdapat di rumah banglo tersebut. Beginikah rupanya syurga?
" Oh, selamat datang! "
Ucap seseorang, seorang lelaki, kepada Jiheon yang sedang mengagumi keindahan rumah tersebut. Jiheon mengalih pandangannya kepada orang itu dan serta-merta memberi tunduk hormat kepadanya.
" Ha, jangan malu, mari masuk. "
Kata lelaki itu sambil menarik lengan Jiheon agar dia masuk ke dalam rumah banglo itu dengan segera. Jiheon tidak bersedia akan keindahan dalaman rumah tersebut kerana dagu Jiheon terbuka luas apabila dia masuk ke dalam rumah tersebut.
Lelaki itu tarik Jiheon hinggalah mereka berada di dapur yang sebesar ruang tamu yang baru sahaja dia lalu tadi.
" Maafkan saya sebab rush kan awak tadi. "
Ujar lelaki itu sambil meminta maaf pada Jiheon dan Jiheon maafkan dia.
" Okay, awak dah beli barang yang saya suruh belikan? "
Laki itu bertanya dan Jiheon meletak beg plastik yang dia pegang selama ini atas meja yang berada di depannya. Laki itu keluarkan satu per satu barang yang disuruhkan Jiheon beli untuk periksa jika Jiheon beli yang betul atau tidak.
Jiheon mengharapkan semua barang dia mahukan dan tiada apa-apa tersilap beli, itu akan membazirkan lagi duit dia.
Laki itu senyum riang apabila semua barang dia melengkapi keperluan dia lalu berterima kasih pada Jiheon kerana telah bantu dia beli barang.
" Nah, ini upah awak. "
Laki itu hulurkan wang yang beramaun 500,000 won kepada Jiheon. Jiheon terbeliak matanya apabila melihat wang sebanyak itu. Jiheon tidak berfikir lebih dan mengambil wang itu dari laki itu.
Beli barang dapur ja dah boleh dapat 500,000 won? Damn, aku suka kerja ni. Desis Jiheon dalam hati.
" Terima kasih atas perkhidmatan awak. "
Ucap laki itu sebelum Jiheon dibenarkan pulang tetapi sebelum itu, laki itu tanya sesuatu.
" Nama awak Jiheon kan, tadi awak kata? "
Jiheon angguk kepalanya kepada persoalan tersebut. Laki itu tersenyum.
" Harap kita boleh berjumpa lagi, Jiheon. "
Jiheon tersenyum kecil dan beredar dari situ hingga hilang kelibat rumah banglo itu dari penglihatan Jiheon.
Apa maksud dia jumpa lagi? Dia nak aku beli barang untuk dia lagi kah? Kalau dapat duit banyak ni, aku rela jumpa dia setiap hari. Desis hati Jiheon dengan teruja. Tidak sabar dia untuk guna semua duit itu untuk beli barang dia.
.
.
.t b c
farah's note 💌
plan aku actually start update ni lepas simon says habis but target aku dah tercapai, aku start post lah 🤗
enjoy~
YOU ARE READING
Psycho ↻ ZCL √
Mystery / Thriller❝ you got me feeling like a psycho, psycho ❞ © jungwoned 2020