Jaemin periksa akan bunyi tin jatuh itu dan ternyata, tiada apa-apa di sana kecuali tin kosong sahaja dia jumpa. Jeno ingin tahu apa yang berlaku dan Jaemin cuma angkat tin kosong itu kepada Jeno.
" Angin tolak ja ni. Nothing to worry about. "
Ujar Jaemin dan buang tin itu ke tempat lain. Jaemin kembali bersembang dengan Jeno semula dan bagaimana dengan Jiheon? Ternyata dia bersembunyi dalam tong kosong yang berada berdekatan dengan kotak-kotak itu.
Jiheon tidak mendengar perbualan yang Jeno dan Jaemin sembang kan tapi dia melihat apa yang mereka akan lakukan kepada orang yang mereka culik itu. Mereka angkat orang itu dan bawanya keluar dari gudang itu.
Jiheon tidak tahu ke mana mereka hendak pergi lalu Jiheon keluar dari tong yang dia sembunyi dan lihat ke mana dua pemuda itu hendak bawa orang itu. Kini, Jiheon sembunyi di dalam semak-samun yang berdekatan dengan dua pemuda itu.
Mereka bawa masuk orang itu ke dalam van hitam mereka dan terus pandu ke suatu tempat. Ke mana, Jiheon tidak tahu. Jiheon pun keluar dari tempat persembunyian dia dan akhirnya bebas dari bersembunyi.
Jiheon merasa takut untuk hadapan mereka berdua kerana apa berlaku depan dia tadi. Ke mana mereka pergi? Mengapa mereka culik orang itu? Apa maksud mereka aku jatuh dalam perangkap Chenle? So many questions, so little answers.
➖
Keesokan harinya tiba dan Jiheon bangun pagi dengan peluh membasahi badannya kerana dia terlupa hendak menutup langsir sebelum dia tidur malam semalam. Perkara pertama Jiheon buat ialah mencapai telefonnya untuk melihat apa-apa notifikasi.
Tiada apa-apa yang penting dihantar kepadanya kecuali satu notifikasi dari JobFinder. Seseorang telah memberi satu tugas kepada dan kali ini, bukan Chenle tetapi seseorang yang pengguna bernama reonjeon.
Pengguna ini menyuruhnya untuk belikan makanan untuk dia. Jiheon terfikir juga pengguna aplikasi ini kebanyakannya orang yang malas.
Beberapa jam berlalu dan Jiheon berada di depan rumah pengguna reonjeon yang alamatnya dihantar kepada Jiheon tadi. Ia bukannya sebesar rumah Chenle malah ia bukan rumah kecil, ia seperti rumah biasa seperti rumahnya sendiri.
Pintu dibuka dan keluar seorang lelaki yang memakai baju T-shirt dan seluar pendek mengucap Jiheon. Mukanya bersinar apabila nampak plastik dalam tangan Jiheon.
" Renjun! Dia sampai dah! "
Jerit laki itu dan memanggil rakannya yang bernama Renjun itu. Seorang lagi laki yang berpakaian hoodie dan seluar tracksuit keluar. Jiheon memperkenalkan dirinya dan menetapkan tujuan dia datang ke sini.
Renjun mengangguk kepalanya apabila Jiheon menyoal jika diakah yang menyuruhnya membeli makanan ini untuk dia. Jiheon tersenyum apabila Renjun angguk lalu beri makanan itu kepada Renjun. Renjun pun menghulurkan wang kepada Jiheon dan sebelum Jiheon mencapai, ada panggilan kepadanya dari telefon bimbitnya.
Jiheon mengeluarkan telefonnya dan menjawab panggilan itu sambil mencapai wang itu.
" Ya saya? "
Balas Jiheon pada panggilan itu. Renjun melihat si gadis di depannya itu menjawab panggilan tersebut. Ternyata, Chenle menyuruh Jiheon untuk kutipkan beberapa barang yang diperlukan oleh Chenle. Jiheon patuhi arahan dia dan menutup panggilan itu setelah habis bercakap dengan Chenle.
" Nampaknya awak ada banyak kerja. "
Kata Renjun sebaik Jiheon meletak telefonnya dalam beg kecilnya yang tergantung pada bahunya.
" Ya, asyik orang yang sama ja. Anyways, saya pergi dulu. "
Ucap Jiheon sebelum dia beredar untuk lakukan kerja seterusnya. Renjun cuma melihat gadis itu pergi hingga hilang kelibatnya dari apartmen dia. Renjun pun menutup pintu rumahnya dan sertai rakannya, Haechan untuk makan.
" Mahal kah dia minta? "
Soal Haechan sambil makan jajangmyeon yang mereka telah pesan dan menanya tentang Jiheon mengenakan bayaran yang tinggi atau tidak kerana mengguna perkhidmatan dia.
" Tak, dia tak minta pun. Aku bayar duit makan ja. Dia tak caj lebih. "
Balas Renjun, membuka plastik yang menutup jajangmyeon dia dan mula menikmati makanan sedap itu.
" Hurm, okay. "
Itu sahaja yang Haechan balas dan sambung makan makanan dia. Minda Renjun memikir tentang gadis itu. Kelihatan orang yang menelefon Jiheon tadi memerlukan bantuan dia sangat-sangat hingga sanggup menelefon Jiheon.
.
.
.t b c
YOU ARE READING
Psycho ↻ ZCL √
Mystery / Thriller❝ you got me feeling like a psycho, psycho ❞ © jungwoned 2020