Renjun menghelakan nafas penat setelah dia berdiri lebih dari tiga minit di depan peti sejuk yang penuh dengan makanan sejuk beku. Renjun telah sukarela untuk teman rakan serumah dia, Haechan untuk beli barang dapur dan Renjun sangkakan ia akan ambil beberapa masa tetapi ia sudah satu jam dia teman Haechan.
" Cepat lah pilih. Aku tak larat nak tunggu kau. "
Rungut Renjun dengan jengkel. Dia makin penat menunggu Haechan pilih makanan sejuk beku yang mana lagi berkualiti.
" Rileks lah. Kau bukannya pergi mana lepas ni. Duduk rumah ja kau setiap hari. "
Balas Haechan, meneliti dua pakej nugget ayam yang ada dalam kedua-dua tangan dia. Renjun menghelakan lagi nafas penat. Dia tiada tenaga untuk bertengkar dengan Haechan di tengah-tengah pasaraya itu.
Sedang Renjun menunggu, dia ternampak seseorang yang dia kenal, pernah jumpa sekali sahaja tetapi dia ingat akan muka orang itu. Renjun meletak bakul yang dia pegang selama ini ke lantai dan berjalan ke orang itu.
" Ambil yang paling bawah sekali. "
Kata sebuah suara dari telefon Jiheon. Ternyata, Jiheon diarahkan untuk beli barang Chenle lagi dan kali ini, Chenle bantu Jiheon beli dengan membuat video chat agar Jiheon dapat membeli barang yang tepat pada Chenle.
Jiheon ikut arahan Chenle dan mencapai pakej ubi kentang yang paling bawah dalam peti sejuk tersebut.
" Hai Jiheon. "
Kata Renjun apabila dia terjumpa Jiheon di sana. Jiheon menoleh kepalanya ke arah suara tersebut dan apabila bermuka dengan Renjun, Jiheon menunjukkan muka keliru. Macam mana dia tahu nama aku?
" Awak mungkin dah lupa but saya pernah order dari awak untuk beli makanan untuk saya. Username reonjeon...? "
Renjun berkata sambil menerangkan lebih lanjut bagaimana dia boleh berjumpa dengan Jiheon. Jiheon teringat semula apabila Renjun berkata nama pengguna dia.
" Oh, hai. "
Balas Jiheon dan menutup video chat dia dengan Chenle setelah bercakap sesuatu pada Chenle.
" So, awak tengah bekerja kah? "
Soal Renjun dan Jiheon angguk kepalanya. Renjun sedar akan kesungguhan Jiheon dalam kerja tersebut.
" Apa awak buat di sini? "
Soal Jiheon.
" Teman kawan saya beli barang. "
Balas Renjun dan pandang Haechan yang tidak jauh dari mereka. Haechan yang masih lagi dalam masalah untuk memilih nugget yang mana lagi sedap berkualiti. Renjun mampu menggeleng sahaja kepalanya.
" Dari tadi dia asyik pandang dua pakej tu. "
Kata Renjun, membuat Jiheon tertawa kecil. Mesti dia dalam masalah nak pilih nugget mana lagi murah dan berkualiti.
" Banyak barang awak beli. "
Kata Renjun apabila sedar barang dalam bakul Jiheon penuh dengan barang.
" Ya, orang yang suruh saya beli barang ni perlukan untuk buat parti or something. Saya tak tahu. "
Balas Jiheon dan Renjun angguk kepalanya sahaja. Orang itu samada ingin membuat parti ataupun dia malas untuk keluar beli barang dapur dia sendiri.
" Okay. Oh, kawan saya nak pergi dah. Maybe kita jumpa lagi lepas ni? "
Kata Renjun, memastikan jika dia boleh berjumpa dengan Jiheon lagi atau tidak lepas ini.
" Tengok keadaan. Kalau awak order saya lagi, kita boleh jumpa lagi. "
Kata Jiheon dan Renjun akan pastikan dia akan menyuruh Jiheon belikan sesuatu pada Renjun pada masa hadapan. Lalu, mereka berdua berpisah arah. Renjun teman Haechan beli barang lagi dan Jiheon pergi ke kaunter bayaran untuk bayar semua pembelian dia.
" Siapa tadi kau jumpa? "
Soal Haechan, angkat bakul yang penuh dengan barang itu.
" Kau ingat yang aku order untuk penghantaran makanan tu, yeo tu lah tadi. "
Balas Renjun. Haechan cuma angguk kepalanya sahaja.
" I don't know, man. Orang-orang macam dia kau jangan rapat sangat. "
Kata Haechan, membuat Renjun mengerut dahinya dengan keliru.
" Apa maksud kau? Kau tengok Jiheon macam orang jahat kah? "
Kata Renjun, cuba untuk bantah akan apa Haechan cakap tadi. Semestinya dia agak terasa akan apa Haechan cakapkan.
" Bukan tu maksud aku tapi, dia someone dari app. Kau tak tahu apa pemikiran seseorang macam mana. Dia mungkin nampak innocent dari luar tapi mana tau, dia terlibat dalam benda jahat. Who knows. "
Kata Haechan. Walaupun dia tiada banyak pengalaman tentang hal tersebut tetapi dia baca beberapa berita atau komen di internet tentang seseorang berjumpa dengan orang yang mereka kenal dari laman sesawang dan kebanyakannya tiada pengakhiran cerita yang baik.
Renjun tahu Haechan cuma mahu nasihat padanya tetapi dia tahu Jiheon seorang yang baik.
.
.
.t b c
YOU ARE READING
Psycho ↻ ZCL √
Mystery / Thriller❝ you got me feeling like a psycho, psycho ❞ © jungwoned 2020