003

784 104 16
                                    

" 잘먹겠습니다. (I will enjoy this food.) "

Kata mereka dengan gembira apabila makanan yang telah Chenle masak dengan beberapa pertolongan Jaemin dan Jeno sudahpun siap. Jiheon teragak-agak untuk makan.

" Makan lah, Jiheon. Saya tak bubuh racun pun dalam ni. "

Ujar Chenle yang duduk sebelah Jiheon agar dia makan makanan tersebut. Jiheon mengangkat penyepit untuk mula makan makanan yang terhidang depannya.

Jiheon terasa dia berada di syurga kerana makanan yang telah Chenle masak teramatlah sedap daripada apa-apa makanan dia pernah makan, kecuali masakan ibunya lah.

" Sedap tak? "

Soal Chenle dan Jiheon angguk dengan gembira sambil menyuap lagi makanan dalam mulutnya. Chenle gembira yang Jiheon menikmati masakan dia.

" So Jiheon, awak bukan orang sini kan? "

Soal Jisung, cuba untuk membuat perbualan dalam suasana yang senyap itu. Jiheon angguk kepalanya.

" Jadi awak tinggal mana? "

Jeno pula menyoal kali ini. Tiga mereka, kecuali Jaemin, menunggu akan jawapan Jiheon.

" Saya dari Mokpo. "

Balas Jiheon dan mereka terkejut bahawa Jiheon tinggal jauh dari mana mereka berada.

" Tak rasa jauh sangat kah awak datang sini? "

Chenle kata.

" Ada lah tapi nak cari duit punya pasal, saya datang sini. "

Jiheon berkata. Tiada apa-apa yang dapat halang dia jika hendak mencari duit untuk menyara kehidupannya.

" Aww, so hardworking. Tak macam Jeno ni, asyik pakai duit kawan dia ja. "

Ujar Jisung. Jeno memberi pandangan maut pada Jisung dan membalas dengan pukulan di kepala pada Jisung.

" Aku kerja juga tau, kau tau apa... "

Kata Jeno, kelihatan marah pada Jisung tapi dia tahu Jeno cuma bergurau sahaja. Jiheon tertawa kecil melihat pertelingkahan mereka.

Kemudian, Jiheon pandang Jaemin yang duduk di depannya pada meja makan itu. Jaemin ternyata seorang yang senyap ataupun memang pendiam depan orang yang dia tidak kenal.

" Jangan risau tentang Jaemin. Dia memang diam macam tu. "

Kata Chenle kepada Jiheon yang sedang melihat Jaemin makan itu. Ia tidak ganggu Jiheon yang Jaemin seorang pendiam. Yang ganggu dia ialah kenapa dia asyik pandang Jiheon pelik. Aku buat sesuatu yang dia tak suka kah?

Selepas mereka habiskan semua makanan yang terhidang, mereka sama-sama bersihkan meja makan dan juga cuci pinggan mangkuk.

" Nak tanya, kat mana tandas? Saya dah tak tahan. "

Ujar Jiheon yang menahan pundi kencing dia selama ini kerana terlalu malu untuk bertanya di mana tandas.

" Hujung hallway ni, ada dua pintu. Masuk pintu sebelah kanan tu, ada tandas. "

Balas Chenle dan Jiheon berterima kasih padanya kerana telah beritahu di mana tandas. Jiheon berjalan secepat yang mungkin untuk membuang air kecil yang dia telah tahan itu.

Selepas beberapa minit berlalu, Jiheon berasa lega bahawa dia telah selesaikan urusan dia dalam tandas dan keluar dari tandas selepas dia mengeringkan tangan dia.

Kemudian, Jiheon terdengar suatu bunyi. Dia tidak tahu bagaimana hendak terangkan bunyi itu tetapi dia boleh rasa bunyi itu datang dari bilik sebelah tandas itu. Tombol pintu itu bergegar buat seketika, terbuat Jiheon terkejut kerana ia bergerak.

Jiheon nak periksa apa yang berlaku dalam bilik itu dan periksa dahulu jika ada sesiapa sedang datang ke arah bilik tandas itu. Jiheon berasa gementar buat seketika apabila nak cuba buka pintu bilik itu kerana dia merasai sesuatu yang tidak kena.

Sebelum Jiheon memulas tombol pintu itu, Jaemin datang menghalang Jiheon membuka pintu itu.

" Apa kau tengah buat? "

Soal Jaemin dengan suara yang garau lagi menakutkan itu. Pertama kali Jiheon dengar Jaemin bercakap kepadanya. Jiheon kehilangan perkataan untuk menjawab akan soalan Jaemin lalu Chenle datang menyelamatkan Jiheon.

" Ha, itu pun awak, Jiheon. Saya ada sesuatu nak beri pada awak. "

Ujar Chenle dengan ceria dan tarik Jiheon ke ruang tamu. Jiheon pandang belakang kepada Jaemin yang berdiri depan pintu bilik itu dan masuk ke dalam bilik tersebut. Aku nak tahu apa dalam bilik tu.

" Wah, terima kasih tapi ni tak menyusahkan kah? "

Soal Jiheon apabila melihat satu beg plastik yang terkandung makanan yang telah Chenle masak tadi dalam beberapa bekas makanan. Jiheon berasa bersalah kerana telah mengambil beberapa makanan Chenle.

" Tak pa. Dan ini tanda terima kasih kerana bantu saya beli barang tadi. "

Balas Chenle. Tidak tahu bagaimana hendak dia balas budi baik Chenle. Bukan sahaja dia bayar Jiheon malah, berikan makanan kepada Jiheon.

Dengan itu, Jiheon pulang ke rumahnya dengan selamat dan juga beberapa duit poket dan makanan dia bawa balik. Berguna juga dia kerja sambilan ini.

Chenle, Jeno dan Jisung ucapkan selamat tinggal pada Jiheon sehingga kelibat dia hilang dari rumah banglo besar itu.

" Dia sikit lagi nak buka bilik tu. "

Kata Jaemin yang baru sahaja keluar dari bilik tadi. Tangan dia dipenuhi dengan darah.

" Nasib aku sempat halang dia, kalau tak, rahsia kita terbongkar. "

Ujar Jaemin lagi, menyuci tangan dia yang penuh dengan darah itu dengan tisu.

" Kau pastikah dia selamat, Chenle? Kalau dia tahu, macam mana? "

Soal Jisung yang kelihatan risau jika Jiheon tahu rahsia mereka.

" Tak pa, dia selamat. Kalau dia tahu, dia jadi mangsa kita pula. "

Balas Chenle sambil tersenyum sinis. Tidak tahu apa yang mereka tengah cakapkan tapi jika Jiheon bersuara lebihan, dia akan jadi mangsa mereka.

.
.
.

t b c


Psycho ↻ ZCL √Where stories live. Discover now