prologue

2.5K 176 31
                                    

" Aku perlukan duit. "

Itu lah ayat yang keluar dari mulut Baek Jiheon apabila dia ketahui bahawa dia kekurangan duit untuk beli apa-apa barang untuk dirinya dan rumahnya.

Peti sejuknya kosong kerana kekurangan bahan masakan untuk Jiheon masak dan juga ramen dia semua habis kerana dia sudah makan kesemuanya.

Pakaian yang sama Jiheon sering pakai setiap hari; hoodie kelabu dengan seluar hitam, membuat dirinya nampak tidak berfesyen kerana semua pakaian dia terhad. Dia perlukan duit untuk bahagiakan kehidupannya.

Tetapi nak minta dari ibubapanya, terasa bersalah kerana dia janji tidak akan susahkan ibubapanya setelah dia pindah ke rumah sendiri dimana dia sedang tinggal sekarang.

Maka, dia bercadang untuk cari kerja, melalui aplikasi pekerjaan. Jiheon terlalu malas untuk keluar dan cari kerja kerana ia akan ambil banyak tenaga dan masa untuk dia dapatkan duit.

Jiheon muat turun aplikasi pekerjaan seperti JobFinder di PlayStore dan daftar masuk sebagai pekerja baharu di aplikasi tersebut. Jiheon tidak kisah pekerjaan apakah yang diberi, asalkan dia dapat duit untuk menyara kehidupan dia.

Setelah Jiheon membuat profil dan menetapkan keterangan untuk apa-apa pekerjaan, Jiheon menunggu hingga dia mendapat apa-apa pekerjaan.

Satu jam berlalu dan tiada apa-apa notifikasi dari aplikasi JobFinder. Jiheon mengeluh perlahan dan terasa hendak putus asa tapi semangat dia tinggi dan menunggu hingga tiba.

Jiheon menunggu, menunggu dan menunggu sehingga dia mendapat apa-apa mesej tetapi tiada apa-apa yang keluar. Sehinggalah hari ketiga dia memakai aplikasi itu, terdapat satu mesej dari seseorang dengan nama pengguna, chenlele.

" Hi, awak masih terbuka untuk apa-apa kerja? "

Jiheon tersenyum apabila dia mendapat mesej tersebut lalu membalas mesej dia. Jiheon tidak memikirkan apa-apa kecuali mendapat duit sahaja. Tetapi tidak dia fikirkan apa yang akan berlaku jika dia terima kerja itu.

.
.
.

t b c

farah's note 💌

new year, new story! need 20 votes and 20 reads to unlock next chapter!

tags : luckisscars prikiiprikii smolhoseok feuturee chuu-as -pubgmin
-kiedhwithluv changlyne minheekmh_ Doyounglove babyysan- lovejen0 Real__baeknina Nanainjun fillattae kookiegyeomie97 skittlesfrappucino burrtae taeskrrt leecaaa kimminheee

Psycho ↻ ZCL √Where stories live. Discover now