012

602 77 7
                                    

Jiheon dan Renjun berseronok bersama-sama di parti itu dengan menari pada lagu yang telah pasang dengan kuat itu sambil menari dengan penuh tenaga lagi tarian yang tidak begitu menakjubkan.

Mereka sangat seronok dalam dunia mereka sehingga mereka tidak sedar bahawa pendatang yang datang ke parti itu semakin kurang. Samada mereka telah pulang atau masuk ke dalam rumah untuk makan atau minum.

Manakala untuk Chenle pula, dia sedang memastikan tetamu dia berseronok atau itu yang mereka sangka.

Kemudian Renjun terasa dia hendak ke tandas lalu meminta diri untuk ke tandas. Chenle yang nampak akan Renjun sedang berjalan masuk ke dalam rumah berseorangan, cepat-cepat memaklum kepada rakan-rakan dia untuk menangkap Renjun sebelum Jiheon sedar.

Selepas lima minit berlalu, Renjun keluar dari tandas dan diucap oleh dua orang yang tidak dikenali. Seorang rambut merah jambu dan seorang lagi rambut hitam. Sudah tentu mereka lebih tinggi dari Renjun.

Renjun menjangka mereka berada di depan dia kerana mereka mahu menggunakan tandas tetapi apa yang berlaku seterusnya membuatnya terkejut kerana mereka berdua mula menyerang dia dengan pisau.

Renjun cuba untuk melarikan diri agar tidak dicedera dengan pisau tersebut tetapi terlambat kerana laki rambut hitam itu pegang dia manakala si rambut merah jambu itu tikam perut dia.

Darah mula mengalir dari perut Renjun dan kemudian kegelapan menakluki penglihatan dia kerana rambut merah jambu itu telah tumbuk dia hingga dia pengsan.

Jisung dan Jaemin membawa Renjun ke bilik sebelah tandas itu dan mengunci pintu selepas mereka masuk ke dalam.

Lima, sepuluh, lima belas dan dua puluh minit telah berlalu dan Renjun masih tidak kembali dari tandas. Jiheon mula merasa risau pada Renjun lalu menelefon Renjun tetapi telefon dia telah dimatikan. Mana pula dia pergi?

" Chenle, nampak tak Renjun? Tadi dia kata nak ke tandas tapi tak balik lagi pun. Telefon tak dijawab. "

Kata Jiheon dengan risau akan rakannya itu. Chenle mempamerkan muka sedih dan risau pada Jiheon tapi sebenarnya dia tersenyum gembira kerana misi dia berjaya.

" Dia kata dia balik, tak silap. Dia tak sempat nak jumpa Jiheon jadi dia pesan pada Chenle. "

Ujar Chenle dengan nada suara yang sedih, berlakon depan Jiheon. Jiheon pun percaya akan alasan Chenle.

" Yalah, dia memang kata nak balik awal. Tak sempat nak kata bye kat dia. "

Kata Jiheon sambil menjuihkan bibirnya dengan sedih.

" Jangan sedih, Jiheon. Ada masa lagi, enjoy lah parti sebelum balik. "

Ujar Chenle untuk ceriakan Jiheon.

" Okay, Jiheon nak masuk dalam lah sebelum balik. Nak penuhkan perut. "

Ujar Jiheon dan Chenle angguk kepalanya sahaja. Chenle lega bahawa Jiheon percaya akan kata-katanya. Sekarang dia cuma perlu hati-hati untuk tidak dedahkan rahsia dia.

Jiheon sedang makan apa yang terhidang di sana. Mindanya tidak berhenti memikirkan keadaan Renjun, risau. Dia sampai rumah dah ka? Mesej pun tak dijawab, panggilan juga tidak diangkat. Telefon dia bateri habis kot.

Jiheon makan dan makan hingga perut dia penuh dan hingga lah dia terasa hendak ke tandas. Lalu dia pergi ke tandas. Semasa dia berjalan ke tandas, dia nampak Jisung keluar dari bilik yang bersebelahan dengan tandas itu. Tangan dia sedang pegang sesuatu dan juga tangan dia penuh dengan darah.

" Jisung, awak okay kah? "

Soal Jiheon dengan risau apabila dia nampak darah pada tangan Jisung. Jisung terkejut akan kehadiran Jiheon tiba-tiba itu dan membuatnya sembunyikan sesuatu yang dia pegang itu ke belakangnya.

" Eh, Jiheon! H-hai! Aku okay ja! Hahaha! "

Tawa Jisung. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia ketawa.

" Betulkah awak okay? Kenapa banyak darah kat tangan awak? "

Soal Jiheon lagi dan kali ini, cuba untuk dekatkan diri kepada Jisung. Jisung undur ke belakang agar Jiheon tidak dekat dengannya.

" Serius, aku okay ja. Kau tak perlu risau. "

Kata Jisung, melepaskan tawa palsu. Dia benar-benar mahu keluar dari situasi yang kekok ini. Kemudian, terdengar nada dering berbunyi. Jiheon kenal nada dering itu kerana ia ialah nada dering Renjun.

Jisung batuk dengan kuat agar Jiheon tidak dengar bunyi itu. Jisung cepat-cepat beredar dari situ sebelum Jiheon berkata apa-apa. Jiheon pening dengan kenapa mereka semua kelihatan mencurigakan. Dan kenapa dia asyik dengar bunyi nada dering Renjun dari tadi.

.
.
.

t b c

Psycho ↻ ZCL √Where stories live. Discover now