Jiheon mengetuk pintu rumah Renjun sebaik dia sampai ke alamat rumah Renjun yang tertera di profil Renjun. Tiga plastik Kentucky Fried Chicken dalam kedua-dua tangan dia. Jiheon menunggu hinggalah pintu dibuka oleh Renjun yang tercungap-cungap depan pintu rumah dia. Peluh mengalir dari dahi dia yang membuat Jiheon tertanya apa telah berlaku kepadanya hingga berpeluh.
" Haechan pergi bakar ketuhar kami so, saya terpaksa padam api. "
Balas Renjun, menghelakan nafas penat. Haechan pula senang lenang boleh rilek apabila kebakaran baru sahaja berlaku.
" Jangkaan kau betul, memang patut kau order makanan. "
Kata Haechan yang berada di belakang Renjun dengan kedua-dua tangan dia dalam seluar pendek dia. Renjun cuma menjeling dia dari belakang.
" Nah pesanan awak. Tiga KFC. "
Ujar Jiheon sambil menghulurkan plastik tersebut kepada Renjun tetapi Haechan yang teruja itu sambil daripada Renjun dan terus masuk ke dalam dengan pantas. Renjun jerit pada dia jangan kelam-kabut. Jiheon cuma tawa sahaja.
Renjun beri upah Jiheon. Semasa Jiheon sedang menyimpan duitnya dalam beg kecilnya itu, Renjun bertanya...
" Awak buat apa lepas ni? "
" Balik sebab saya dah tak ada kerja dah. "
Jiheon balas sambil tersenyum.
" Apa kata awak makan sekali dengan kami? Saya beli KFC lebih sebab satu untuk awak. "
Ujar Renjun sambil malu. Entah mengapa dia tiba-tiba rasa malu. Jiheon tidak tahu bagaimana hendak balas.
" Awak pastikah? Tak ganggu korang makan kah? "
Soal Jiheon untuk kepastian. Semestinya dengan tawaran makanan dia tidak mahu tolak. Rezeki jangan ditolak.
" Tak pa. Haechan tak kisah sangat pun. Dia akan makan dalam bilik dia sambil main Overwatch so yeah. "
Kata Renjun. Dengan itu, Jiheon dibenarkan masuk ke dalam premis rumah Renjun itu. Ia tidak begitu besar seperti Chenle tetapi sesuai untuk dua orang bujang seperti Renjun dan Haechan.
Jiheon diminta untuk duduk di sofa yang berada di ruang tamu lalu Renjun pergi sediakan makanan mereka. Haechan tidak dijumpai di ruang tamu kerana dia berada di dalam biliknya.
Jiheon perhatikan lagi rumah tersebut, melihat segala bingkai gambar yang tergantung di dinding dan berdiri di sebelah skrin besar televisyen itu. Gambar-gambar tersebut terdiri daripada gambar keluarga mereka dua, gambar mereka bersama rakan-rakan mereka.
Jiheon teringin juga mahukan rakan serumah tetapi semuanya sibuk dengan kehidupan masing-masing, mereka tidak kesempatan untuk berumah dengan rakan-rakan dia.
" Sudah sampai ~ "
Ujar Renjun, memegang dua pinggan penuh dengan ayam. Jiheon bantu Renjun pegang pinggan-pinggan itu agar ia tidak jatuh. Mereka mula menjamu selera selepas semua sudah dihidang.
Semasa mereka makan, kesunyian menyapa mereka kerana kedua-dua mereka tidak tahu apa yang hendak mereka berbicara. Lagipun, mereka berdua baru sahaja kenal.
" Anyways, awak dengan Haechan kenal lama dah ka? Tengok macam dah kenal sejak kecil lagi. "
Akhirnya Jiheon bersuara juga, memecah kesunyian antara mereka berdua.
" Yea, sejak bangku sekolah lagi. Saya sebenarnya datang dari China sebab parents kerja sini. But since dah umur 18, saya tak tinggal bawah bumbung parents saya dah and tinggal dengan Haechan. "
Jiheon angguk kepalanya kepada penjelasan Renjun. Ia mesti susah untuk orang asing seperti Renjun untuk biasakan hidup di negara jiran, negara asing.
" Mesti susah kan untuk awak nak hidup di negara orang. "
Kata Jiheon dan Renjun tersenyum kecil sahaja.
" Kekadang saya balik juga China, jumpa tok dan nenek saya. "
Ujar Renjun. Jiheon angguk sahaja kepalanya.
" Awak pula macam mana boleh jadi pekerja bawah aplikasi ni? "
Soal Renjun pula.
" Well, saya memang perlukan duit and everything so cara ni lah saya boleh buat. Saya dah mohon banyak kerja tapi satu pun tak nak terima saya jadi, saya kerja lah bawah aplikasi ni. Lebih senang dan tak menyusahkan. Pendapatan pun berpatutan. "
Jawab Jiheon panjang dan lebar. Renjun pun angguk sahaja kepalanya.
" Tapi seringkali orang yang sama ja saya diminta untuk buat kerja. Yang lain jarang. Awak pun bukan selalu. "
Ujar Jiheon. Renjun faham kerana bukan senang untuk kerja atas talian. Ramai orang tidak mahu ditipu, diserang atau diculik dengan orang mereka jumpa di aplikasi.
" Renjun, mana kain basah? "
Datang Haechan yang fon kepala masih di kepalanya dan tangan kanannya dikotori dengan makanan. Haechan berikan tundukan hormat pada Jiheon apabila dia sedar kehadiran Jiheon.
" Kenapa? "
" Aku jatuhkan sayur atas keyboard aku, lagi. "
Renjun menghelakan nafas penat lagi sekali. Haechan kalau tidak buat kotor sehari, itu bukan Haechan.
.
.
.t b c
YOU ARE READING
Psycho ↻ ZCL √
Mystery / Thriller❝ you got me feeling like a psycho, psycho ❞ © jungwoned 2020