004

735 97 6
                                    

Jiheon terkejut apabila dia mengetahui bahawa kes kehilangan orang semakin meningkat. Dari 18 orang ke 23 orang dan polis masih lagi tidak dapat mengetahui mengapa orang-orang ini hilang.

Jiheon merasa takut dan tenang pada waktu yang sama. Takut sebab dia kemungkinan boleh juga digelar sebagai orang hilang seperti orang-orang itu tetapi dia tenang sebab dia berasa selamat kerana menyimpan dua senjata kecil untuk lindungi dirinya seperti pisau kecil dan penyembur lada.

Tambahan pula, Jiheon ada deria amaran dimana dia boleh tahu seseorang cuba untuk datang terkejut kan dia ataupun cuba untuk ragut dia. Sama ada secara lawak atau bahaya, dia boleh tahu.

Kini, Jiheon berada di kedai serbaneka 7 Eleven kerana dia sedang menikmati makanan ringan seperti keropok dan ramen di kedai tersebut di malam hari yang sejuk itu. Walaupun dia mempunyai duit untuk beli sesuatu yang lebih mengenyangkan, dia tetap makan makanan tersebut.

Sedang dia sibuk makan makanan dia, jam telahpun menuju pukul 12 tengah malam, sudah masuk waktu semua jenis perkara boleh berlaku pada waktu itu. Tidak akan nyatakan apa jenis perkara tapi, anda semua boleh tahu perkara apakah itu, diam-diam ja lah siapa yang tahu tu.

Jiheon masih lagi menikmati makanan dia dengan tenang. Walaupun dia seorang wanita tetapi dia seorang wanita yang berani. Pada waktu-waktu begini pun dia boleh bertenang berada di luar rumah untuk seorang wanita.

Kemudian, dia ternampak seorang lelaki yang berpakaian keseluruhan hitam dari atas ke bawah masuk ke dalam kedai serbaneka yang Jiheon berada. Jiheon yang makan makanan dia di dalam kedai itu nampak laki itu masuk.

Jiheon tidak perhatikan lebih siapa lelaki itu dan sambung makan makanan dia. Kemudian, lelaki itu pergi mencari sesuatu barang dimana barang yang dia mahukan berada di belakang tempat Jiheon sedang makan.

Jiheon merasai sesuatu yang tidak kena pada lelaki itu. Perasaan itu sama seperti dia berada di rumah Chenle beberapa hari yang lalu dimana Jaemin tangkap dia cuba untuk buka bilik yang tidak sepatutnya buka.

Jiheon perhatikan lelaki itu tetapi tidak terlalu menonjol, takut lelaki itu tangkap Jiheon pandangnya. Jiheon lihat sahaja lelaki itu hingga dia keluar kedai itu dan kemudian, dia sedar sesuatu dari laki itu. Rambut lelaki itu dia boleh nampak melalui topi yang dia pakai.

Warna merah jambu, seperti Jaemin.

Jiheon berasa pelik mengapa Jaemin masih tidak pulang ke rumahnya pada waktu ini. Lalu Jiheon cepat-cepat habiskan semua makanan dia dan ikut Jaemin perlahan-lahan dari belakang dengan setin minuman dalam tangan dia sebab minuman itu dia tidak dapat habiskan tadi.

Jiheon ikut, ikut dan ikut hinggalah Jaemin masuk ke dalam sebuah gudang. Jiheon tidak tahu mengapa tapi ikut sahaja dan sembunyi di belakang kotak-kotak setelah Jiheon senyap-senyap masuk ke dalam gudang itu.

Kemudian, Jiheon nampak Jaemin mendekatkan diri dengan seseorang yang terikat pada kerusi, mukanya lebam dan darah mengalir dari hidung dan bibirnya. Jiheon berasa kesian pada orang itu dan takut akan apa Jaemin hendak lakukan pada orang itu.

Orang itu terkejut apabila dia nampak Jaemin lalu cuba mengeliat tetapi dibalas dengan tamparan di muka dengan kuat. Jiheon terkejut apabila Jaemin berbuat demikian.

" Ugh, annoying nya tengok muka kau. "

Kata Jaemin dengan suara tiada belas kasihan itu dan mengeluarkan sebatang rokok untuk dihisap. Kemudian, datang seorang lagi lelaki yang juga dalam keseluruhan hitam.

" Ish, kau datang sini sebab nak tampar dia and kata dia annoying? That's very rude of you. "

Jiheon terkejut apabila dia melihat siapa orang itu.

" Kau diam lah, Jeno. "

Jaemin balas dan Jeno mencapai sebatang rokok, juga untuk dihisap. Jiheon tidak percaya apa yang berlaku depan mata dia.

" Btw, tadi aku nampak budak Jiheon tu kat kedai 7E. "

Ujar Jaemin tiba-tiba pada Jeno. Debu rokok dibuang di tempat lain.

" So? Kau nak suruh aku buat apa? "

Balas Jeno, menghelakan asap rokok itu pada muka Jaemin.

" Aku rasa dia ikut aku. "

Kata Jaemin. Jiheon terkejut apabila Jaemin tahu Jiheon ikut dia.

" Dia ikut kau sampai sini kah? "

Soal Jeno pula.

" Entah, mungkin. Aku tak tau. "

Jawab Jaemin dan Jeno cuma hmm saja.

" Kenapa Chenle pilih dia? Like ada ramai orang luar sana but perempuan tu juga dia pilih... "

Jaemin berkata, buang rokok yang habis itu ke tempat lain dan tidak lupa untuk memadam api rokok itu dengan kasut dia.

" Asal kau trigger sangat? Kau tak suka kah? "

Jeno bertanya lagi. Jiheon memasang telinganya apabila mereka bercakap tentangnya.

" Bukan tak suka. Dia nampak...bodoh sangat. Cantik tu ada tapi aku boleh nampak bodoh dia setiap kali dia cakap. "

Balas Jaemin, tidak beri belas kasihan akan apa yang dia cakap hingga Jiheon membara di dalam.

" Plus, dia lagi bodoh sebab jatuh dalam perangkap Chenle. "

Kata Jaemin. Jaemin bercakap seperti Jiheon tiada perasaan. Itu membuat Jiheon membara tetapi sabar di dalam sahaja. Tapi apa maksud dia perangkap Chenle?

" Tak baik lah cakap macam tu. Jiheon tak lah sebodoh tu. Kau cakap macam dia tak dak perasaan ja. "

Kata Jeno dan Jiheon setuju dengan apa Jeno cakapkan.

" Apa ni? Asal kau support dia lak? Jangan cakap kau suka dia. "

Kata Jaemin, sengaja nak mengusik Jeno.

" Bukan lah, bahalol. Cara kau cakap tu jahat sangat. Jiheon bukannya bodoh tu kalau kau cakap dengan dia. "

Kata Jeno, cuba untuk mempertahankan Jiheon. Jiheon berasa gembira yang Jeno sokong dia. Jaemin pun biar sahaja Jeno melayan hati dia.

Dengan tidak sengaja, Jiheon terjatuh kan air tin yang kosong ke lantai, terbuat dua lelaki itu terkejut akan bunyi itu.

" Bunyi apa tu? "

Kata Jeno.

" Aku rasa ia datang dari sana. "

Balas Jaemin, berjalan ke arah kotak-kotak dimana Jiheon sedang bersembunyi.

Alamak! Mampus aku nanti!

.
.
.

t b c

Psycho ↻ ZCL √Where stories live. Discover now