" Terima kasih banyak-banyak Jiheon sebab bantu saya. Mesti susah untuk bawa balik banyak-banyak ni. "
Kata Chenle setelah Jiheon masuk ke dalam premis rumah Chenle dengan empat beg plastik dalam kedua-dua tangan dia. Jiheon meletak semua barang tersebut atas meja di dapur Chenle.
" Tak pa, lagipun ni kerja saya kan jadi saya tak nak merungut banyak. "
Balas Jiheon, tersenyum kecil. Sepanjang masa Chenle dan Jiheon berborak, Jeno, Jisung dan Jaemin berada di luar rumah Chenle, sedang berehat. Jeno dan Jisung sedang berperang main pistol air manakala Jaemin cuma berbaring atas kerusi malas dengan memakai cermin mata hitam.
" Jadi, awak nak buat parti atau apa beli banyak-banyak ni? "
Soal Jiheon, meletak tangannya atas meja di dapur itu apabila Chenle menyusun semua barang ke tempat-tempat yang sepatutnya. Chenle tak terfikir untuk buat parti sebenarnya tetapi apabila Jiheon cakap tentangnya, mindanya tertukar.
" Ya, actually. Saya nak ajak beberapa kawan datang, just for fun. "
Kata Chenle, tersenyum. Jangkaan Jiheon betul selama ini.
" That's cool. "
Kata Jiheon. Dia terfikir bagaimana parti orang kaya dan semestinya dia fikir betapa hebatnya nanti.
" Dan awak patut datang. "
Jemput Chenle. Jiheon tidak sangka pula yang Chenle akan ajak dia datang ke parti tersebut sehingga dia tidak tahu bagaimana hendak balas.
" Tak pa. Datang ja. Anggap ni sebagai satu ganjaran dari saya sebab bantu saya. "
Kata Chenle. Jiheon tersenyum riang apabila Chenle kata begitu. Pada mulanya dia memang rasa seperti kekok kerana dijemput datang ke parti orang kaya tetapi lepas apa Chenle cakapkan, dia tidak rasa kekok.
" Okay! "
Balas Jiheon dengan teruja. Jiheon beredar dari rumah Chenle setelah dia dibayar.
" Kau tak bagitau kita nak buat parti pun. "
Ujar Jisung, tiba-tiba datang masuk ke dapur sambil menekup kepala Chenle dengan lengan dia. Chenle serta-merta terlepas dari lengan Jisung apabila dia ketahui bahawa Jisung basah.
" Yea, tiba-tiba pula tu. Kenapa? "
Soal Jeno pula dengan basah kuyup kerana berperang pistol air dengan Jisung sambil memegang pistol air dia.
" Jangan kata kau nak buat parti sebab budak tu. "
Kata Jaemin pula yang buka peti sejuk untuk keluarkan ais krim yang dia tidak habiskan itu.
" Salahkah untuk aku buat parti? Dah lama kita tak parti. "
Ujar Chenle. Jisung dan Jeno setuju dengan pendapat Chenle tetapi bukan Jaemin.
" Nanti dia tahu tentang rahsia kita macam mana? "
" Dia takkan tahu. Kita kena perhatikan dia. "
" Kalau kita lalai, macam mana? "
" Kita takkan. Korang pun patut fokus. "
" Kalau dia— "
" Look! Dia takkan tahu, okay Jaemin? Kau rileks ja. Kalau dia tahu, apa dia nak buat? Dia sendiri nak cakap dengan kau pun dah takut, dengan polis lagi lah. "
Jaemin tercungap-cungap apabila dia berbual dengan Chenle. Dia menjadi panik apabila dia overthinking. Jaemin tidak mahu sesiapa tahu rahsia mereka. Jisung dan Jeno melihat sahaja mereka berdua berbual, terutamanya Jaemin yang tiba-tiba terpanik itu. Mereka tidak pernah nampak Jaemin begitu panik dalam hidup mereka.
Chenle yang melihat situasi ini cuma menggeleng kepalanya dengan kekecewaan. Tak sangka dia terbuat Jaemin panik balik.
" Korang pergi berehat. "
Kata Chenle pada Jisung dan Jeno. Dua jejaka itu beredar dari dapur, meninggal Jaemin dan Chenle berdua di dapur. Chenle tenangkan Jaemin yang tidak berhenti menggigil itu.
Sebaik Jiheon keluar dari rumah Chenle, telefon Jiheon berdering lalu dia keluarkan telefon dia. Ternyata nama pengguna reonjeon telah menghantarkan permintaan padanya. Jiheon tersenyum kecil kerana dia dapat berjumpa semula dengan laki yang dia jumpa tadi petang di pasaraya.
➖
" Kenapa kau nak beli lagi? Kita pergi pasaraya ada sebab tau. "
Ujar Haechan pada Renjun yang telah memesan seseorang untuk belikan makanan untuk mereka. Semestinya Renjun telah memesan Jiheon belikan untuk mereka.
" Atau kau suruh dia beli sebab kau nak jumpa dia? "
Soal Haechan, mengangkat kening dia. Dia tahu Renjun suruh Jiheon belikan makanan untuk mereka kerana dia mahu jumpa Jiheon.
" Aku ada dua sebab. Satu sebab nak jumpa Jiheon dan dua, untuk backup sebab aku takut kau masak tak sedap atau kau bakarkan dapur. "
Ujar Renjun dan masuk ke dalam biliknya. Haechan terkejut akan apa yang Renjun cakapkan.
" Apa maksud kau aku bakarkan dapur?! "
.
.
.t b c
YOU ARE READING
Psycho ↻ ZCL √
Misteri / Thriller❝ you got me feeling like a psycho, psycho ❞ © jungwoned 2020