Jiheon menekan loceng rumah Chenle sebaik dia sampai ke rumahnya. Chenle telah menyuruh Jiheon belikan beberapa barang yang diperlukan. Ia bukan barang yang Chenle selalu Jiheon belikan tetapi barang seperti untuk peralatan untuk berkebun. Jiheon tidak tahu Chenle suka berkebun.
Apabila pagar rumah Chenle terbuka, bermakna Jiheon dibenarkan masuk. Chenle yang selalu sibuk dengan kerjanya, seringkali benarkan Jiheon masuk apabila pagar rumah Chenle terbuka. Seperti biasa, Jiheon dijemput dengan keindahan suasana rumah Chenle. Jiheon cemburu yang Chenle mempunyai keupayaan untuk membeli rumah sebesar ni.
Apabila Jiheon masuk ke dalam premis rumah Chenle, Chenle tidak dapat dijumpai, cuma rumah kosong yang menjemputnya. Jiheon meletak barang-barang tersebut atas meja di ruang tamu dan Jiheon mengambil tempat duduk sementara tunggu Chenle keluar.
Jiheon agak curiga mengapa Chenle mahukan dia belikan barang-barang tersebut. Ia agak susah untuk Jiheon cari disebabkan dia tiada pengetahuan tentang peralatan berkebun dan terpaksa menggunakan Google untuk cari sesetengah barang.
Apabila Jiheon berada dalam rumah Chenle, dia merasai suatu perasaan yang dia tidak dapat dikenali tetapi ia agak menakutkan untuk Jiheon. Entah mengapa tetapi ia menakutkan Jiheon setiap kali dia menjejak kaki ke rumah Chenle.
" Jiheon, awak sampai dah. "
Ujar Chenle setelah dia datang dari mana Jiheon tidak tahu dengan senyuman riang tidak lekang dari mukanya. Jiheon tersenyum apabila Chenle akhirnya keluar tetapi sesuatu yang menarik perhatian dia.
" Awak okay kah? Kenapa tangan awak merah? "
Soal Jiheon apabila dia nampak kedua-dua tangan Chenle dipenuhi dengan darah. Chenle sedar akan itu lalu mencucinya dengan kain yang berada atas bahu dia itu.
" Oh, ya. Tadi saya cat dinding, lupa nak lap. "
Balas Chenle. Jiheon pun ikut sahaja dengan alasan dia. Tetapi, adakah cat warna merah semerah macam darah?
Chenle mengucapkan terima kasih pada Jiheon kerana telah belikan barang-barang yang diperlukannya dan akan membayar perkhidmatan Jiheon. Ketika Chenle sedang mencari duit untuk bayar, minda Jiheon mula memikirkan suatu soalan untuk ditanya.
" Chenle, boleh tak saya tanya sesuatu pada awak? "
" Tanya lah. "
Jiheon mengetap bibirnya dengan gementar, dia takut untuk bertanyakan soalan tersebut tetapi dia juga perlu tahu apa sebenarnya berlaku.
" Kawan-kawan awak; Jeno, Jisung dengan Jaemin. Diorang kerja apa? Saya tanya sebab nak tahu ja! Saya agak curiga untuk tahu. "
Kata Jiheon. Dia agak gementar untuk ketahui apa yang Chenle akan balas. Dia takut dia menyinggung perasaan Chenle sebab tanya sesuatu yang tiada kena-mengena dengan kerja Jiheon.
" Oh, diorang kerja dengan saya. Saya buat bisnes sendiri. Tu sebabnya saya boleh dapat rumah sebesar ni. "
Balas Chenle dengan riang sambil menghulurkan upah Jiheon. Jiheon pun angguk kepalanya. Wah, mesti bisnes dia berjaya, tu sebabnya dapat rumah sebesar ni.
" Kenapa? Awak pun nak join saya sekali kah? "
Soal Chenle. Jiheon menggeleng kepalanya dengan pantas, sebanyak mana dia mahu juga berjaya seperti Chenle, dia masih tidak tahu apa jenis perniagaan yang Chenle buat. Tambahan lagi, perasaan menakutkan datang dari mereka sahaja, buat Jiheon takut.
" Tak pa. Saya okay ja kerja macam ni. "
Balas Jiheon sambil keluarkan tawa palsu. Dia tahu sesuatu yang tidak kena dengan Chenle dan kawan-kawan dia lalu dia tidak mahu sertai mereka.
" Jika awak berminat, call ja. Saya okay ja. "
Kata Chenle, senyuman tidak lekang dari bibirnya, membuat Jiheon lagi rasa takut dengan Chenle. Jiheon meminta diri untuk beredar dan keluar dari premis rumah Chenle.
Tengok Chenle senyum sahaja buat Jiheon makin takut. Setelah terjumpa Jaemin dan Jeno tempoh hari dengan seseorang yang dicedera, tambahan pula Chenle yang tidak berhenti senyum apabila nampak Jiheon itu, buatnya lagi takut malah cuma jejak kaki di rumah Chenle pun sudah menakutkan.
" Chenle, mana nak letak ni? "
Datang Jisung dari tingkat bawah tanah dengan kepala yang telah dikerat dari susuk badan seseorang dalam tangannya. Jisung pegang dari rambut kepala tersebut dan darah mula menitis merata tempat.
" Jisung, berapa kali aku nak kata, jangan bawa naik benda ni semua? Tengok kau dah kotorkan lantai rumah aku. "
Marah Chenle pada Jisung sambil pukul-memukul bahu Jisung. Jisung serta-merta beredar sambil bawa kepala itu bawa turun manakala, Jaemin pula datang.
" Seriously Chenle? Kau ingat dia nak join kah? "
Ujar Jaemin yang telah dengar perbualan Chenle dengan Jiheon tadi sambil menggeleng kepalanya pada Chenle.
" Aku rasa dia dah dapat tahu pasal kita. "
" Ugh, you think? Kau dengan yang lain pun sama ja. "
Chenle terus menjeling tajam Jaemin, terbuat Jaemin meremang bulu roma dia. Dengan satu pandangan sahaja, Jaemin sudah tersilap cakap akan ayat dia.
" Kau jangan buat sampai aku buat kau jadi mangsa juga. Jaga-jaga dengan apa kau cakap, Jaemin. Sekali kau buat aku naik angin, kau tau apa akan jadi. "
Ujar Chenle dengan suara lembut tapi dia tahu di dalam, dia bara dengan kata-kata Jaemin tadi. Dalam ramai-ramai manusia yang hidup dalam dunia ni, Jaemin tidak takut pada sesiapa kecuali Chenle. Dia tahu Chenle mampu buat apa-apa padanya dan itu takutkan Jaemin.
.
.
.t b c
YOU ARE READING
Psycho ↻ ZCL √
Mistério / Suspense❝ you got me feeling like a psycho, psycho ❞ © jungwoned 2020