"Tuan Rafik".
"Ya. Siapa tu?"
Ada yang ingin berhubung. Rafik yakin bukan Israng kerana dia dipanggil 'tuan'.
Juga kerana suaranya halus dan nyaring, bukan kasar dan garau.
Tetapi keyakinan Rafik tidak sepenuhnya kerana sikap Israng yang suka bermain dan bergurau."Israng ke?"
"Aku bukan Paduka Tuanku Alam Buana Bahari Anta Permara".
"Panjangnya, nama siapa tu?"
"Aku tidak boleh memanggil dengan nama sebenar. Jika diketahui oleh Paduka Tuanku, baginda akan menyingkirkan aku dari kedudukan ku sekarang. Aku baru sahaja dinaikkan ke kedudukan sekarang ini. Aku tak mahu tunggu lagi 300 tahun untuk pemilihan."
"Kau berada di kedudukan mana?"
"Aku pembesar kelas ke-4 dari 5 kelas utama yang ada. Kelas-1 adalah 10 orang pembesar terpilih yang sentiasa berada di sekeliling Paduka Tuanku."
"Siapa nama kau supaya mudah aku panggil?"
"Aku bernama Hu Khanadnony. Tapi untuk memudahkan, tuan boleh panggil aku Bobo."
"Haha, tentu Israng yang menggelar kau begitu."
Senyap.
Rafik gelihati dan membayangkan muka Bobo yang merah menahan geram.
"Apa yang kau mahu Bobo?"
"Tuan mesti turun dari bukit ini."
"Kenapa?"
"Bukit ini terlalu banyak penjaga. Anak buahku juga telah dihambat oleh mereka."
"Jadi yang melompat-lompat di pokok tadi anak buah kau lah ye?"
Pertanyaan Rafik itu tidak disahut.
"Kenapa kau ikut aku?"
"Tuanku Paduka yang mengarahkan. Dia tidak mahu tuan diganggu oleh makhluk-makhluk halus yang lain."
"Aku tidak mahu kau ikut aku."
Senyap.
Rafik yakin Bobo akan terus mengikuti dirinya. Dia perlu bercakap dengan Israng sendiri.
"Orang tua tadi pun makhluk halus ke?"
"Dia bukan manusia, tetapi bukan juga makhluk seperti aku. Aku tidak ada pengetahuan makhluk apakah dia."
"Aku nak jumpa Israng."
"Paduka Tuanku akan datang bertemu pada bulan mengambang nanti. Sementara itu dipersilakan tuan turun dari bukit ini.
.
.
."Betul tak Rafik?"
"Eh, apa yang betul?"
"Soalan aku tadi, kita perlu lebih lama di sini, betul tak?"
"Emm, tak betul. Kita harus segera turun."
"Yes, majority win!"
Perjalanan turun mengambil masa lebih kurang 15minit sahaja, melalui jalan raya. Combee ingin juga berhenti melihat beberapa bangunan lama tetapi Rafik menolak.
Rafik tidak nampak lagi apa jua entiti halus tetapi terdapat beberapa ekor monyet yang melompat dari dahan ke dahan seperti mengiringi mereka sehingga tiba ke kaki bukit.
-----#-------
Hari-hari berlalu, kesibukan seorang pelajar kadangkala melelahkan. Dengan jadual kuliah dan kertas kerja kursus yang banyak serta ditambah dengan kegiatan pelajar menjadikan Rafik terlupa malam itu adalah malam ke 15 dalam bulan Islam.
YOU ARE READING
RAFIK - Sang Gala Raja (Buku 1-Tamat)
TerrorPertembungan dunia nyata dan ghaib telah ada sejak terciptanya Adam yang dicemburui oleh Sang Terlaknat. Sebagaimana ada kebaikan dan kejahatan di dunia manusia, wujud juga kebaikan yang tersisa di dunia jin mencabar hegemoni kuasa Sang Terlaknat da...