Bahagian 9

160 10 2
                                    


"Siapakah Iblis?"

Satu soalan yang menjadi persoalan sekian lama. Semua tahu siapa Iblis dan apa yang telah dilakukannya tetapi tidak ada siapa yang benar-benar mengenali siapa dirinya.

Dilahirkan dari keturunan Jann ibnu Jann dan diangkat ke langit dengan segala kemuliaan. Hidup di kalangan makhluk cahaya, dia yang paling alim, abid dan setia.

Namun takdir mengatasi kudrat.

Tiada siapa yang tahu tersirat di sebalik yang tersurat.
Tiada yang nampak ada zulumat, nun jauh di sudut hatinyq ia tersemat.

Mulia kini menjadi Yang Terlaknat.

Ketua di langit kini menjadi pemimpin agung mereka yang sesat.

Membawa sekali aura kuasa yang dulu menjadi impian semua malaikat namun kini menjadi igauan dan mimpi ngeri makhluk dan penghuni bumi.

Makhluk yang ditangguhkan kematiannya sehingga ke akhir umur dunia.

Dulu namanya Azazil.
Sekarang bertukar Iblis.

Riak muka Israng berubah bila ditanya mengenai Iblis, ada tanda-tanda ketakutan dan kegusaran. Dia segera melompat ke empat penjuru di sekitar Rafik melakar sesuatu dengan corak tertentu di atas tanah. Kemudian dia berdiri berhadapan Rafik.

"Walaupun ini istana aku, dan aku dijaga oleh panglima yang sepuluh namun aku tak boleh mengambil risiko," Israng memberi penjelasan.

Seketika kemudian Rafik merasakan bagaikan ada suatu getaran melingkungi dia dan Israng yang membentuk dinding segi empat.

"Aku telah membentuk dinding aura untuk menghalang mata yang melihat, telinga yang mendengar. Sihir ini amat ampuh. Hatta pemilik aura tertinggi pun tidak bisa mengatasinya"

"Jika ada sekelumit rasa curiga pengintip kepadaku, nescaya aku akan dibawa mengadap dia. Walaupun dia kelihatan tidak peduli kawasan sebelah sini, itu tidak bermakna dia membiarkan sahaja tanpa kawalan."

Israng menuturkan perlahan, sehingga Rafik terpaksa sedikit membongkok untuk mendengar biji butir ayat yang diluahkan. Dia tidak lagi seperti tadinya yang berkata-kata dengan suara yang kuat dan megah terhadap dirinya.

"Iblis adalah satu makhluk yang sangat kejam tetapi sangat cerdik," Israng memulakan setelah yakin akan keupayaan dinding auranya.

"Aku tiada pengetahuan yang pasti mengenai kuasanya tapi cerita mitos di kalangan bangsa kami, kuasa aura Iblis setara dengan 8 Raja Banu Jann yang memerintah dunia pada waktu itu."

Malah ada yang mengatakan dia adalah raja Banu Jann ke-9 yang memerintah di langit.
Dia dikatakan cucu kepada Jaan ibnu Jaan bapa segala Banu Jann.

Ibarat Adam bapa segala manusia.

"Menurut kata jin-jin yang tua, yang dikisahkan secara turun temurun secara rahsia. Kisah yang tidak tertulis di dalam kitab-kitab manusia ataupun kitab-kitab jin, ketika Iblis yang ketika itu bernama Azazil turun mengetuai tentera langit, sebelum dia menjalankan perintah memusnahkan Banu Jann, dia telah terlebih awal berjumpa dengan raja-raja Banu Jann menyampaikan amaran dan peringatan. Membuat tawaran dan perjanjian kerana Banu Jann itu adalah asal usulnya jua.

Jika boleh dia tidak ingin membunuh sesama saudara dan menumpahkan terlalu banyak darah kaum bangsanya.

Tujuh di kalangan raja-raja itu telah mengadakan perjanjian rahsia dengan Azazil, untuk melarikan diri dan bersembunyi di tempat yang jauh dari pencarian tentera langit.

Hanya satu raja Banu Jann yang tidak setuju.
Yang paling kuat dan paling tua di kalangan mereka yang ada iaitu Gi'an ibnu Gi'an.
Dia tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Pada dia, banu Jann tidak melakukan kesalahan sehingga perlu dihapuskan sedemikian rupa.
Mereka perlu diberi peluang setelah lama memakmurkan bumi dengan segala bentuk teknologi dan kemewahan. Namun baginya jika takdir sudah tersurat sebegitu rupa, dan tiada jalan lain lagi, tidak ada gunanya melarikan diri. Haruslah dihadapi secara berhadapan dan berani.

RAFIK - Sang Gala Raja (Buku 1-Tamat)Where stories live. Discover now