Bandar Baru Bangi - 1998
"Betul ke?"
"Apa yang betul?"
"Apa yang dikatakan oleh jin Raja Beruk tu. Berkenaan abang Rafik keturunan dari Mertang, Raja Pawang yang pertama?"
"Entahlah."
"Abang Rafik tak percaya?"
"Percayakan kata-kata dari jin? Tak usahlah," Rafik menyambung suapan mee goreng basah kedai Pak Haji. Kali ni makin sedap pulak mee goreng Pak Haji ni, tukar chef agaknya.
"Awak macam mana, sihat ke? Ada lagi benda-benda mistik mengganggu?"
"Saya ok. Sebulan dua ni takde apa pun yang pelik. Kadang-kadang saya ajak Salwa temankan ambil air Yassin di Darul Syifa'."
Salwa terhenti menyuap nasi goreng bila namanya disebut.
"Hangpa berdua berbual lah ye, anggap kami tiada di sini," Combee menyuarakan perasan tak puas hatinya.
Rafik dan Munirah yang leka berbual tadi tersenyum-senyum.
Laser betul si Combee ni."Kau borak la dengan Salwa," Rafik mencadangkan.
"Aku dah habis idea nak borak apa, di kampung dah puas berbual, di sini pun kau nak aku berbual dengan dia?" Combee membantah.
"Lagipun aku tak boleh cakap banyak sangat, nanti dia report dengan mak aku", Combee menjuihkan bibir pada Salwa.
Salwa membalas dengan menjelirkan lidah mengejek.
Rupanya mereka berdua adalah teman sekampung. Salwa di tahun satu fakulti sains hayat, kenal dengan Munirah yang kebetulan satu Kamsis dengannya."Sudahlah Combee, ni ada orang nak belanja bersyukur je lah. Ucap terima kasih," Rafik cuba mengalih topik.
"Baiklah, terima kasih cik Munirah kerana belanja kami yang miskin hujung-hujung bulan ni," Combee berkata sambil menjeling ke arah Rafik.
"Sudahlah abang Nizam, perkara kecil ja, pertolongan yang abang Nizam dan abang Rafik berikan pada saya hari tu lagi besar," Munirah terkenangkan kejadian di Unikeb dua bulan lepas.
Sejak dari kejadian itu sudah beberapa kali Rafik berjumpa dengan Munirah. Biasanya Munirah akan bawa sekali kawan baiknya Salwa. Pertamanya dia hendak pastikan Israng memenuhi janjinya yang anak-anak buahnya tidak akan mengganggu lagi.
Keduanya dia rasa selesa setiap kali berhadapan dengan Munirah. Gadis kecil bermuka bulat yang periang dan lincah itu berasal dari Kuala Selangor. Walaupun baru tetapi kemesraan dan kejujuran masing-masing bagaikan sudah bertahun mengenali sesama sendiri. Ditambah pula Combee dan Zul pun selesa berkawan dengan mereka. Sudah seumpama lima sekawan pula.
Rafik juga telah menceritakan kepada Munirah berkenaan rahsia dia boleh melihat makhluk halus dan bagaimana dia telah berhadapan dengan jin Raja Beruk ketika kejadian pada tempoh hari.
Munirah pula walau dia takut akan perkara sebegitu tetapi amat berminat dan prihatin akan keadaan Rafik. Lagipun sebagai seorang ahli Rakan Muda Cinta Alam dia banyak menyertai ekspedisi kembara ke masuk ke dalam hutan atau memanjat gunung sebagai salah satu dari gaya hidup aktif yang dianjurkan oleh kerajaan.
"Aku ada cadangan," tiba-tiba Combee memecah suasana.
Semua mata tertumpu ke arahnya, menanti akan buah fikiran yang akan dikeluarkan. Namun Combee dengan selamba menyuap nasi dan meneguk teh o aisnya. Semua tadi ternanti-nanti akan kesinambungan cadangannya.
"Oi, cadangan apa? Dah cakap lepas tu kau selamba sambung makan," Rafik tidak puas hati.
"Hehe, sabar sabar jangan gelojoh, takkan lari gunung dikejar" Combee gembira dapat menyakat Rafik.
YOU ARE READING
RAFIK - Sang Gala Raja (Buku 1-Tamat)
HororPertembungan dunia nyata dan ghaib telah ada sejak terciptanya Adam yang dicemburui oleh Sang Terlaknat. Sebagaimana ada kebaikan dan kejahatan di dunia manusia, wujud juga kebaikan yang tersisa di dunia jin mencabar hegemoni kuasa Sang Terlaknat da...