Aku tak Alim"Woi adik, kau percaya cinta?"
"Tak. " Aidilan menjawab ringkas.
"Aku percaya cinta. " Si abang tersenyum kambing kepada adik.
"Kau gila ke apa ni?"
"Betul lah. Tak kan aku nak tipu. Aku jumpa sendiri kot cinta tu depan mata aku."
"Kau gila lah bang! Tiba-tiba cakap cinta. Cinta tu perasaan, mana boleh jumpa. " Aidilan merengus nafas kasar.
"Yalah, aku tahu cinta tu perasaan. Perasaan tu boleh rasa kan? Aku rasa cinta tu, betul! Aku tengok dia je. Aku rasa lain weh! " Raidin bersungguh kali ini.
"Perempuan? " Si abang mengangguk kepala ya. Jarang lelaki.
"Aku kenal? " Raidin tersenyum ya lagi.
"Kenal sangat. Anak jiran kita dulu tu, yang bapa dia janggut panjang tu."
"Kau gila apa? Dia orang tu keluarga alim, kau kafir bodoh! " Telinga Raidin berdesing seketika mendengar perkataan kafir. Satu soalan hadir di hatinya ketika itu.
Aku kafir ke?
*******
'Bila kali terakhir kau solat? Kau fikir kau layak, bang. Lawak lah kau ni! ' Suara ketawa adiknya masih jelas di telinga.
'Kalau aku tak jumpa perempuan tu tak ada aku nak angau seteruk ni lah, adik. '
Masalahnya dia dah terangau."Assalamualaikum Pak Ajie." Raidin menegur bapa saudaranya yang baru keluar dari surau.
"Mimpi apa kau datang surau ni, Rai? Apa malaikat maut jumpa kau tadi? " Suara tua lelaki itu kuat ketawa. Salam diberi tidak dijawab pun.
Jadi baik pun salah ke?
Lamunannya berhenti apabila mendengar suara yang biasa didengarinya.
"Rai. " Suara jiran lamanya kedengaran kuat di lorong telinga. " Encik Shu." Mereka bersalam seketika. Belakang lelaki awal 50an terdapat anak perempuannya. Banyak kali dia melihat gadis itu mengikut bapanya ke mana- mana. Anak bapa lah katakan.
"Tak nampak tadi dalam? " Soalan itu dibiar tanpa jawapan.
"Ambil angin dekat luar kejap." Raidin tersengih sendiri. Sejujurnya, dia tiada niat pun untuk masuk hanya mahu berjumpa gadis itu saja.
"Yalah, pak cik balik dulu. Nanti nak singgah kedai makan pulak, takut tak sempat. " Mereka bersalam untuk kali terakhir sebelum anak beranak itu masuk kereta dalam kereta VIVA mereka.
Bukan sekali atau dua dia buat sebegitu, duduk di atas motor depan masjid. Banyak kali. Tapi tak pernah terdetik pun dalam hati ingin masuk ke dalam rumah Allah itu. Terasa asing.
Kali terakhir dia pergi pun sewaktu menyembahyangkan arwah ibunya. Iaitu sedekad yang lalu.
Rindu, di hatinya. Kepada arwah ibunya dan rumah Allah. Tapi, keegoannya tinggi melangit untuk sujud pada seruan Allah.
'Kau tak layak lah, bang! ' Suara adiknya terngiang- ngiang.
"Tak balik lagi ke? " Dia menoleh kepada empunya suara. Anak ketiga jiran lamanya. Iaitu abang gadis yang diminatinya.
"Tak. " Balasnya ringkas. Jam di tangan hampir menunjukkan pukul 10 malam. Namun, abang gadis itu masih belum pulang sedangkan ayah dan adiknya telah pulang sejam lalu.
"Balik naik apa ni? " Raidin bertanya, bukan apa. Tiada sebarang motor atau kereta di kawasan surau itu lagi. "Jalan kaki."
"Jauh tu." Kening nipis miliknya diangkat. Perjalanan surau dengan rumah abang gadis itu mengambil hampir setengah jam.
"Saja ambil angin. Lagi pun, malam muda lagi."
"Jom lah, tumpang . " Enjin motornya dipanaskan sebelum menjemput.
"Kadang- kadang, kau tak perlu pun dengar cakap orang. " Asyfar tersenyum kambing kepada Raidin sebelum bergerak keluar perkarangan surau.
Dia memang nak berjalan pun. Seorang diri dalam gelap. Dapat sikit hirup udara segar malam. Hilang stres juga.
"Ha? " Dahinya berkerut mendengar nasihat secara tiba-tiba itu.
"Tak ada apa-apa lah." Asyfar memotong, tidak ingin memanjangkan perbualan. Jadi, dia tiada peluang selain dengan menerima permintaan itu.
YOU ARE READING
Cerita Pendek
Short StoryHasil karya aku yang tak seberapa. Semoga tulisan aku mengisi masa kau dan bukan bazir masa kau.