👣Bab 2👣

1.1K 183 272
                                    

Bitch

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bitch

Dulang makanan berisi nasi dan beberapa jenis lauk aku bawa dengan penuh berhati-hati.

Mata aku menganalisa keadaan sekeliling di kantin.Mencari lokasi kedudukan crush yang sedang makan di segenap ruang kantin ini.

Puas mata aku meneroka,akhirnya kedudukan crush tercinta dijumpai juga.Susuk tubuhnya yang tinggi lampai itu memudahkan pencarian aku.

Rambut yang agak berserabut akibat tidur di dalam kelas tadi aku kemas rapi.

Langkah aku buka menuju ke arah Jin yang sedang makan dengan penuh khusyuknya.

"Aku nak duduk sini.Bangun."arahku kepada seorang pelajar perempuan yang sedang duduk semeja dengan Jin.

Pelajar perempuan dengan tag nama Ji Eun Tak itu segera bangun daripada tempat duduknya dan berlalu pergi tanpa banyak bicara.

"Hai,bakal suami.Awak tengah buat apa tu?"ujarku sengaja mahu memulakan perbualan dengan Jin.

"Aku tengah sibuk memancing ni ha.Nak join?"balas Jin lalu dia menjeling tajam aku yang duduk di hadapannya.

"Yeke?Alang-alang awak dah memancing ni,apa kata awak pancing hati saya sekali.Saya sedia makan awak.Eh,maksud saya,saya sedia makan umpan awak."getusku lagi penuh kegedikan.

Tangan aku merayap laju ke tangan kiri Jin yang diletakkan di atas meja.

Jin hanya membiarkan sahaja aku menyentuh tangannya.Tidak pula dia menolak.

"Kalau ye pun kau nak meraba aku,janganlah raba aku kat sini.Tunggulah malam nanti.Malam ni pukul 8 aku tunggu kau di El Mariachi Night Club."

Tangan aku dipegang oleh Jin lalu dibawa ke mulutnya.Bibirnya menyentuh tangan aku.Dia mencium tangan aku.

"Jangan lambat.By the way,aku suka bau losyen yang kau pakai.Bau macam coklat.Rasa macam nak gigit je."ujar Jin lalu dia mengukirkan senyuman menggoda buat aku.

Sepasang mata sedang memerhatikan tindak-tanduk Yoonji dan Seokjin di meja makan tidak jauh daripada mereka.

"Aku dah jumpa kau tapi kau tak jumpa aku."ujar pelajar itu sambil matanya sesekali memandang Yoonji dan Seokjin.


👣


"Omma,Yoonji keluar dulu ye.Kesian Jungkook dah lama tunggu Yoonji di luar tu."pamitku penuh sopan santun lalu kedua-dua belah pipi omma aku cium.

"Belajar kat perpustakaan elok-elok tau dengan Jungkook.Jangan balik lambat sangat.Jaga diri."

Sempat omma menitipkan pesan kepada aku untuk menjaga diri.Kalau omma tahu aku nak pergi night club ni,mesti omma dah bagi crescent kick tepat ke kepala aku.

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now