👣Bab 39-WYMM?👣

470 87 45
                                    

WYMM?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


WYMM?

3 tahun kemudian (tahun 2020)


"Kau dah bersedia?"soalku kepada Jungkook yang kelihatan berdebar-debar.

"Aku dah bersedia.Kau pulak dah bersedia?"soal Jungkook kembali.

Kepala dianggukkan perlahan kepada pertanyaan Jungkook.Tangan aku yang menggeletar teruk cuba dikawal sebaik mungkin agar telefon yang dipegang tidak terjatuh.

"Dalam kiraan 1,2,3,kita tekan sama-sama.Okay?"cadangku sambil melihat tepat ke mata Jungkook.

"Okay.Satu."

Jungkook memulakan kiraan.

"Dua."sambungku pula.

"Tiga."sambung Jungkook lagi.

Sebaik sahaja angka tiga disebut,kami sama-sama menekan pautan di skrin telefon.

Mata aku membulat melihat teks yang terpapar di skrin.Jungkook pula melopong memandang skrin telefon.

"Tahniah.Permohonan anda untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Seoul diterima oleh pihak kami.
Anda ditawarkan untuk belajar di Universiti Seoul dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian.
Sila tekan butang terima untuk menerima tawaran ini atau butang tidak terima untuk menolak tawaran ini."

Aku membaca tawaran kemasukan ke Universiti Seoul dengan perasaan penuh teruja.Akhirnya,impian aku untuk memasuki universiti berprofil tinggi di Korea telah tercapai.

"Tahniah.Permohonan anda untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Seoul diterima oleh pihak kami.
Anda ditawarkan untuk belajar di Universiti Seoul dengan Bachelor Komunikasi.Sila tekan butang terima untuk menerima tawaran ini atau butang tidak terima untuk menolak tawaran ini."

Giliran Jungkook pula membacakan tawaran kemasukan universitinya.

"Kau tahu tak apa maksudnya?"soalku kepada Jungkook yang tidak henti-henti tersengih.

"Apa?"

"Maksudnya kita akan pergi ke universiti yang sama.Kuat betul jodoh bff kita kan.Daripada tadika sampailah ke universiti kita belajar sekali."ujarku hampir-hampir menangis kerana terlalu terharu.

Jungkook pula sedang mengelap air matanya dek kerana menangis.Aku yang terharu dia yang menangis.

"Lepas ni,kita boleh konvoi pergi universiti sama-sama.Kita boleh buat assignment sama-sama.Yeayy!"ujar Jungkook lalu dia melompat gembira.

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now