Merajuk
"Jungkook."
". . ."
"Kook."
" . . ."
"JK."
". . ."
"Woi,rambut mangkuk.Kau pekak ke apa,jantan?Kau tak dengar ke aku panggil kau?!"
Peciuuu!
Pukk!
Telefon berjenama Iphone 11 terbang melayang ke dahi mulus licin tanpa jerawat milik Jungkook.
"Sakitlah dahi aku,perempuan.Kau dah kenapa main baling-baling telefon ke kepala orang?Kau meroyan sebab Jin dah tak ada kat sekolah?"marah Jungkook sambil mengusap dahinya yang berbekas merah.
Tangan disilangkan di dada tanda merajuk dengan Jungkook.Sejak dah kehilangan rambut,aku jadi cepat sensitif plus cepat meroyan.
"Aku daripada tadi panggil kau sebab aku nak tanya macam mana aku boleh hidup lepas aku dah tembak dada aku.Kau pulak asyik melekat dengan telefon.Itu yang aku terbangkan telefon ke dahi kau.Padan muka!"ujarku masih merajuk.
Jungkook mengeluarkan buku teks Sains dari beg sekolahnya.Buku teks Sains dibuka lalu diselak sehingga akhirnya berhenti di bab 2.
"Buat pertama kali dalam 15 tahun persahabatan kita,aku bersyukur sangat kau bebal kena pada waktunya."
Riak muka bingung dipamerkan kepada Jungkook menandakan aku tidak memahami apa yang dikatakannya tadi.
"Kau tengok carta badan organ manusia ni.Jantung kita terletak di dada sebelah kiri.Hati kita pula terletak di dada sebelah kanan.Malam tu,kau tembak dada sebelah kanan kau.Jadi-"
Mulai faham setelah diterangkan satu persatu mengenai carta organ badan manusia oleh Jungkook,bicara Jungkook aku sambung.
"Jadi ini bermakna,aku tembak hati aku.Bukannya aku tembak jantung aku.Tak sia-sia aku bebal selama ni.Bermanfaat juga kebebalan aku.Aku bersyukur aku bebal."
Jungkook memandang aku dengan pandangan mahu menampar muka aku dengan buku teks Sains.
"Patutlah kau tak pernah lulus subjek Sains.Masa cikgu Lee Dong Wook mengajar kau membuta.Aku suruh kau baca buku kau asyik main game.Lepas tu,masa exam kau jawab ikut suka.Makin beranak pinak bebal kau,Ji."nasihat Jungkook berpakej kutukan.
"Aku tak sangka aku akan dapat bakal mak saudara yang bebal.Nampaknya keturunan bijak pandai keluarga aku akan jadi bebal la nanti."celah seseorang di antara perbualan aku dan Jungkook.
Aku dan Jungkook sama-sama menoleh ke arah penyampuk tidak diundang itu.
Seorang pelajar perempuan yang popular dengan gelaran si pemetik api Cricket atau nama sebenarnya Ji Eun Tak sedang berdiri di sebelah aku.
YOU ARE READING
[C]Crush Minta Kaki | KSJ
Fanfic"Agak-agaknya kalau aku bagi kaki kat crush aku,dia notice aku tak?" Start:1.2.2020 End:3.5.2020 Beautiful cover by @Lejeonjk