👣Bab 16👣

517 85 57
                                    

Jin:Eh eh readers CMK nak lari ke mana tu?Jangan la lari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jin:Eh eh readers CMK nak lari ke mana tu?Jangan la lari.Jin kejar nanti ha *smirk*😏


👣

Denda


Sedang aku bergelut untuk melepaskan diri daripada Jungkook,kepala aku tiba-tiba berasa sakit.

"Le-paskan a-aku.To-long le-lepaskan aku!"pintaku kepada Jungkook yang masih mencekik aku.

Rasa sakitnya macam ada sesuatu yang keras bercium dengan kepala aku.

Diserang perasaan ingin tahu yang menebal mengenai benda yang telah menyakitkan kepala aku,kelopak mata aku buka pantas.

Sebaik sahaja aku membuka mata,sebanyak empat belas pasang mata sedang memandang pelik aku termasuklah Jungkook yang duduk bersebelahan dengan aku.

Yang paling aneh sekali,cikgu Hoseok merangkap cikgu Matematik kelas aku sedang merenung tajam aku seperti mahu memakan aku hidup-hidup.

"Park Yoonji!Saya penat mengajar tentang kuadratik di depan ni awak boleh tidur sampai mengingau.
Pergi berdiri di luar kelas sekarang!!!"marah cikgu Hoseok sambil jarinya ditunjukkan ke pintu kelas untuk memberi isyarat kepada aku untuk segera keluar.

Mengingau?Ah,aku terlupa aku berada di dalam kelas sekarang.

Agaknya sebab aku penat sangat main Overwatch dengan Jungkook semalam sampai boleh mengingau yang Jungkook cekik aku.

"Okay cikgu.Saya pergi berdiri di luar kelas sekarang juga.Tapi kan cikgu lain kali kalau cikgu nak baling pemadam papan hitam pada saya,cikgu jangan baling ke kepala.
Makin bebal saya nanti.Dahlah cikgu ajar laju sangat sampai satu apa pun saya tak faham.Okay tu je nak cakap.Bye,cikgu Hoseok."

Sempat aku membebel dan menjeling sekilas cikgu Hoseok sebelum berjalan menuju ke luar kelas.


👣


Di luar kelas


Rambut yang berserabut akibat tidur di dalam kelas tadi aku rapikan dengan sikat kecil yang sentiasa aku bawa ke mana sahaja.

"Psst!Hai,bff."tegur suara garau seseorang menghentikan aku yang sedang menyikat rambut.

Kepala aku tolehkan sedikit untuk mencari pemilik suara garau itu.

Senyuman nipis terukir di bibir aku sesaat sebelum lengan kekarnya itu aku tampar perlahan.

"Kau buat apa kat sini,Jungkook?Kalau kau berdiri di luar sekali dengan aku sekarang ni,siapa yang nak salinkan formula nanti?
Dah pergi masuk dalam kelas balik."rungutku yang selalu menyalin nota Jungkook dan tidak terkecuali meniru kerja sekolahnya.

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now