👣Bab 6👣

719 119 165
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kidnap


Sampah-sampah yang berselerakan di atas lantai aku kutip.Kulit pisang yang bertaburan di atas lantai aku masukkan ke dalam plastik sampah.

Ini mesti kerja Hansung.Makan pisang pandai.Nak buang kulit pisang dalam tong sampah tak reti.

Baik jadi monyet je kalau bodoh sangat tak reti nak buang sampah dalam tong sampah.

Masuk hari ini dah seminggu aku tak datang ke bilik kelab peminat Seokjin Kim World Wide Handsome.Seminggu jugalah aku tak berjumpa dengan Jin.

Selepas kejadian Jin terlepas cakap yang dia ada anak tempoh hari,aku mula mengelakkan diri daripada dia.Tak naklah aku kacau suami orang.

Segedik-gedik aku,semiang-miang aku dan sejahat-jahat aku,aku tak akan rampas boyfriend atau suami orang.

Aku tak nak digelar perempuan perampas.Bagi aku,perempuan yang merampas boyfriend atau suami orang tak layak digelar perempuan.Mereka lebih layak digelar slut atau bitch.

"Mari aku tolong kau kutip sampah.Cepat sikit kerja kau siap."getus suara seorang lelaki mematikan lamunan aku.

"Eh,Hansung.Sejak bila kau rajin tolong aku ni?Selalunya malas memanjang sampai topup telefon kau aku yang tolong reloadkan.Pelik."ujarku sambil khusyuk mengutip sampah tanpa memandang Hansung yang berada di sebelah aku.

"Aku rajin sejak kau elakkan diri daripada aku,Park Yoonji."

Kepala serta merta aku toleh memandang Hansung setelah mendengar dia menyebut nama penuh aku.

Hansung jarang nak panggil aku dengan nama penuh kecuali dia tengah marah.

"J-Jin?A-awak buat apa kat sini?"ujarku terkejut setelah melihat Jin berada di sebelah aku.

Jadi,lelaki yang aku sangka Hansung tadi rupa-rupanya Jin.Apasal aku tak kunci pintu tadi?Menyesal pulak.

"Kenapa kau buat aku macam ni?"soal Jin sambil memandang tepat ke mata aku.

"Saya buat apa pada awak?"soalku kembali kurang mengerti akan soalan Jin.

"Kenapa kau elakkan diri daripada aku?Kenapa kau dah tak kacau aku macam selalu?"

Pertanyaan Jin aku biarkan sepi.Aku segera bangun daripada terus mencangkung.Beg yang diletakkan di atas meja aku ambil lalu digalas di belakang badan.

Jin pula masih membatu di tempatnya.Dia hanya memerhatikan sahaja aku yang sedang berjalan menuju ke pintu untuk keluar.

Saat tombol pintu dipulas,tangan seseorang melingkari pinggang aku.Bahu aku turut terasa berat kerana seseorang sedang merehatkan kepalanya di atas bahu aku.

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now