Who is G?
A/N:Taehyung dan Hansung ialah orang yang sama.Jangan keliru ye guys.
"Tuan G,Taehyung dah ditangkap oleh Seokjin dan Jungkook.Apa kita nak buat sekarang?"tanya lelaki tinggi lampai itu kepada lelaki dengan susuk tubuh tegap dan tinggi di hadapannya.
Lelaki itu tertawa kecil mendengar pertanyaan daripada orang kanannya itu.
"Jadi,mereka dah tangkap anak angkat palsu kau tu,Namjoon?Bagus."ujar lelaki dengan gelaran Tuan G itu.
Namjoon hairan mendengar Tuan G langsung tidak terkejut mahupun bimbang ketika dia memberitahu Taehyung sudah ditangkap.
Di benak fikiran Namjoon,Tuan G sepatutnya risau kerana anaknya ditangkap.Taehyung tu anak angkat kesayangan dia kut.
"Bagus?Tuan tak risau ke kalau Taehyung beritahu rahsia kumpulan-kumpulan kita kepada Seokjin?Lagi bahaya kalau Jungkook tahu,tuan."soal Namjoon menyuarakan kehairanannya.
"Aku kutip Taehyung di lorong masa dia budak lagi.Aku yang bela dia daripada dia kecil sampai dia besar.Aku yang ubah nama dia daripada Taehyung kepada Hansung.Jadi..."
Sengaja Tuan G meleretkan ayatnya agar Namjoon menyambung.
"Taehyung tak akan beritahu apa-apa kepada mereka.Walaupun dia terpaksa mengorbankan nyawanya,dia tak akan khianati kita."sambung Namjoon yang mula mengerti dengan isyarat yang dihantar oleh Tuan G.
Jika Tuan G sengaja meleretkan ayatnya ketika bercakap mengenai Taehyung,itu bermakna dia tidak mahu meneruskan topik perihal anak angkatnya itu.
"Satu lagi,Namjoon.Suruh adik kau hantar 'surat cinta' pada Seokjin.Aku nak tengok sejauh mana dia nak bermain dengan aku."arah Tuan G tegas.
"Baik,tuan.Saya akan suruh Namjoona hantarkan 'surat cinta' kepada Seokjin."tutur Namjoon menurut perintah Tuan G.
👣
Jungkook yang sedang asyik mengorek hidung itu aku pandang atas bawah.Kalkulator saintifik berjenama Casio dihempuk kuat ke kepalanya."Aduh,sakitlah Yoonji bodoh!Kau dah kenapa?Meroyan sebab tak dapat cari jawapan persamaan kuadratik ke?!"marah Jungkook setelah kepalanya berbekas merah akibat menjadi mangsa hempukan kalkulator.
"Kaulah punca aku meroyan.Aku tanya kau Hansung pergi mana sampai dua minggu tak datang sekolah.Eh kau sesedap tangan je abaikan soalan aku sambil korek hidung.
Beritahu aku kenapa Hansung tak datang sekolah."desakku sambil mengacah mahu menghempuk kepala Jungkook dengan kalkulator lagi.Riak muka Jungkook berubah resah gelisah setiap kali aku bertanya mengenai Hansung.
Seperti ada perkara tentang Hansung yang dia sorokkan daripada pengetahuan aku.
YOU ARE READING
[C]Crush Minta Kaki | KSJ
Fanfic"Agak-agaknya kalau aku bagi kaki kat crush aku,dia notice aku tak?" Start:1.2.2020 End:3.5.2020 Beautiful cover by @Lejeonjk