Kalutnya nak beranak7 tahun kemudian
"Jin,saya menyesal kahwin dengan awak.Saya dah muak tengok muka awak.Saya nak kita bercerai."
"Baguslah.Saya pun dah lama nak ajak awak bercerai.Saya dah tak tahan dengan perangai mengada-ngada awak.Lagipun,saya dah ada perempuan lain."
"Baguslah kalau awak dah ada perempuan lain.Sebab saya pun dah ada lelaki lain.Lelaki yang jauh lebih baik daripada awak."
"Nampaknya kau dah tunjuk perangai sebenar ka-"
"Mamiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!"jerit Jinhyuk,anak lelaki aku daripada dapur.
Jeritan bingit Jinhyuk itu mengganggu fokusku kepada drama yang sedang ditonton di televisyen.
"Apa?Jinhyuk janganlah kacau mami tengah tengok drama ni."sahutku kembali sambil menonton semula drama.
Kacau betul ini budak.Aku baru nak tengok Jin bertengkar dengan Jina.
"Mami,kek yang mami bakar dalam oven ni dah hangit.Oven ni berasaplah mami!"pekik Jinho pula,adik kembar kepada Jinhyuk.
Alat kawalan jauh yang berada di tangan terus dilempar ke meja.
Aku cuba untuk berjalan laju ke arah dapur tetapi kandungan aku yang hampir-hampir mencecah usia 9 bulan membataskan pergerakan.
Telefon yang diletakkan di atas sofa sempat aku ambil sebelum bangun.
Penat aku bakar kek untuk sambut kepulangan Jin daripada pelayarannya.Tengok-tengok dah hangit.Itulah melayan drama lagi.
Skrin telefon ditekan pantas.Nombor seseorang didail untuk menolong aku membakar kek semula.
"Hello,Yoongi..."
👣"Itulah noona.Yoongi dah pesan banyak kali dah.Kalau bakar kek,jangan melayan drama.Dah tak pasal-pasal kek hangit.Yoongi juga nak kena tolong bakarkan kek."bebel Yoongi yang sedang menghias kek dengan buah strawberry.
"Terima kasih tolong mak buyung yanh tunggu masa nak meletup ni.Noona minta tolong Yoongi sebab noona tak larat nak bergerak sangat."ucapku sambil mengusap perut yang sakit sedikit.
Yoongi tidak mendengar ucapan terima kasih aku kerana dia sedang sibuk menghias kek dengan sirap strawberry.
Melihat kepada sirap strawberry itu,otak bijak aku mendapat satu idea bernas untuk mengenakan Jin.
"Yoongi,hari ni 1 April 2027 kan?"soalku untuk kepastian.
"Ya.Kenapa?"soal Yoongi kembali.
"Kau ingat lagi kan cara-cara nak buat fake blood?"soalku lagi.
YOU ARE READING
[C]Crush Minta Kaki | KSJ
Fanfic"Agak-agaknya kalau aku bagi kaki kat crush aku,dia notice aku tak?" Start:1.2.2020 End:3.5.2020 Beautiful cover by @Lejeonjk