The Hallowen prom party plan
Pelan sekolah diletakkan Yoongi ke tengah-tengah meja.Semua mata tertumpu kepada pelan itu.
"Ini pelan sekolah kita.Majlis Hallowen prom party tu akan diadakan di auditorium.So,mesti semua pelajar dan cikgu akan berkumpul di kawasan auditorium.
Saya yakin Hansung dan daddy Jungkook akan mengepung kawasan auditorium untuk jalankan rancangan jahat."ujar Yoongi mula mengutarakan rancangannya.Aku perasan sesuatu yang aneh di situ.Macam mana Hansung dan daddy Jungkook nak kepung semua orang kalau mereka hanya berdua?
"Tapi macam mana Hansung dan daddy Jungkook nak kepung semua pelajar dan cikgu?Mereka berdua je kut."soalku tidak berfikir panjang.
Omma,bapak,Yoongi,Jin dan Jungkook memandang aku dengan pandangan tidak berpuas hati.
Apa salah ke apa yang aku cakap tadi?Aku cakap benda betul kan.
"Siapa cakap daddy aku dan Hansung berdua je?Menurut apa yang aku dengar dalam telefon hari tu,daddy aku akan arahkan pelajar-pelajar di sekolah kita yang merupakan ahli kumpulan mafia daddy aku untuk pergi ke majlis hallowen prom party tu."balas Jungkook membuatkan aku terkejut.
"Apa?Ahli kumpulan mafia daddy kau?Daddy kau mafia?Kenapa kau tak pernah beritahu ak-?"soalku lagi tidak berpuas hati dengan Jungkook.
"Yoonji,boleh tolong diam tak?Jangan mencelah dalam perbincangan kita kalau Yoonji tak ada cadangan yang bernas untuk disumbangkan.
Jungkook,teruskan."celah omma tegas.Nampaknya omma dah mula marah.Omma aku yang bertugas sebagai inspektor polis memang tegas dan garang orangnya.
"Dari apa yang Jungkook dengar,daddy Jungkook arahkan pelajar-pelajar ini untuk pakai satu gelang hitam di tangan kiri mereka sebagai tanda pengenalan yang mereka merupakan ahli yang terlibat dalam rancangan jahat mereka."sambung Jungkook lagi.
"Lagi?"soal Jin tidak sabar-sabar.
"Petang sebelum majlis tu bermula,pelajar-pelajar ini akan simpan pistol mereka di dalam lokar mereka masing-masing.
Bila majlis dah bermula,mereka semua akan ambil pistol dan pada masa itulah rancangan jahat daddy Jungkook akan bermula."
YOU ARE READING
[C]Crush Minta Kaki | KSJ
Fanfiction"Agak-agaknya kalau aku bagi kaki kat crush aku,dia notice aku tak?" Start:1.2.2020 End:3.5.2020 Beautiful cover by @Lejeonjk