The red room of V
"
Noona,welcome to the dark web.So,apa yang noona nak tengok kat dark web?Tell me.I show you."
Aku terkedu sebentar melihat betapa pantasnya adik aku memasuki dark web dalam masa kurang daripada seminit.
"Wuish,cepatnya kau masuk dark web.Kau ni hacker ke apa?"soalku sekadar ingin mengusik.
"Yoongi memang hacker pun.Noona baru tahu ke?"
Hampir-hampir tercekik air liur aku setelah mendengar pengakuan Yoongi.Serta merta kepala Yoongi dipukul dengan selipar bulu-bulu aku.
"Patutlah akaun Instagram aku selalu kena hack.Kau punya kerja rupanya.Mari sini kau!"ujarku penuh marah sambil tanganku masih memukul kepala Yoongi.
"Okay,okay Yoongi minta maaf sebab hack Instagram noona.Daripada noona terus pukul kepala Yoongi,apa kata noona beritahu apa yang noona nak tengok kat dark web?"kata Yoongi cuba mengelakkan diri daripada dipukul oleh aku.
Cakap pasal dark web,baru aku teringat aku kena cari maklumat mengenai akaun V di dark web.
"Aku nak cari akaun dengan nama V.Ada ke akaun dengan nama V di dark web?"beritahuku sambil meninjau dark web yang dikatakan seram.
"V?V yang mana satu?V yang pedofilia?V yang jual senjata haram atau V yang bunuh dan menyeksa orang?"
Soalan bertubi-tubi daripada Yoongi membingungkan aku.Banyak pulak V di dark web.
Riak wajah bodoh dipamerkan kepada Yoongi bagi menandakan aku bingung dengan apa yang dikatakannya.
"Noona mesti tak tahu V yang mana satu kan.Kalau macam tu,kita tengok akaun V yang pembunuh dulu.Sekarang,kita akan masuk ke red room untuk cari V."
Tadi V si pembunuh.Sekarang red room pulak.Apakah ini?
"Red room?Apa tu?"soalku lagi ingin tahu.
"Kalau noona nak tahu,red room merupakan sebuah laman di dalam dark web yang memuatkan video-video pembunuhan dan penyeksaan orang.Dalam red room juga,ada pembunuhan dan penyeksaan yang dilakukan secara live."terang Yoongi mula menakutkan aku.
Bagaimana kalau V yang aku jumpa di red room nanti ialah Hansung?Tapi...Hansung yang aku kenal tak akan buat macam tu kan?
"Kalau noona nak tahu lagi,penonton di dalam red room yang menonton video penyeksaan atau pembunuhan secara live boleh berinteraksi dengan pembunuh dalam live tu.Cara pembunuhan atau penyeksaan ditentukan oleh penonton sendiri."
YOU ARE READING
[C]Crush Minta Kaki | KSJ
Fiksi Penggemar"Agak-agaknya kalau aku bagi kaki kat crush aku,dia notice aku tak?" Start:1.2.2020 End:3.5.2020 Beautiful cover by @Lejeonjk