Gerombolan 'kejahatan'
"Nah,tuala.Ini baju kau yang tertinggal kat rumah aku masa kau tidur rumah aku sebulan lepas.Kau tidur sebilik dengan Yoongi tau malam ni.Bilik tetamu kat bawah tu berserabut dan aku malas nak kemas."
Tuala dan baju yang dihulurkan oleh Yoonji aku ambil.Memang sudah menjadi kebiasaan untuk aku menumpang tidur di rumah Yoonji kalau aku takut dimarah oleh appa.
Yelah hari ini aku cuba bunuh diri.Dahlah dengan bodohnya aku nak bunuh diri di bangunan milik appa aku.
Kalau aku balik rumah,mesti berdesing telinga aku dengar jerkahan dan bebelan appa.
"Terima kasih bagi aku tumpang tidur rumah kau malam ni.Aku ni selalu menyusah-"
Percakapanku pantas dipotong oleh Yoonji.Dia memang tak suka kalau aku cakap aku menyusahkan dia.
"Dah berhenti cakap benda mengarut.Pergi mandi.Siap bagi wangi-wangi dan segak.Pukul 8 malam turun makan.Pastu pukul 8:30 malam kita main Overwatch.Okay?"
"Okay."
👣
Tok,tok!"Knock,knock.Ada orang tak kat dalam?"ujarku sambil mengetuk pintu bilik Yoongi.
Yelah bilik anak teruna orang kut.Takkan nak main terjah masuk.Dibuatnya Yoongi tengah pakai baju.🌚
"Tak ada orang pun kat dalam bilik ni.Ada mayat hidup je ni ha tengah golek-golek atas katil dengan kucing."laung Yoongi daripada dalam bilik.
Sudah terbiasa dengan loyar buruk Yoongi itu,aku menerpa masuk tanpa izin daripada Yoongi terlebih dahulu.Tak apa lagipun bilik bakal adik ipar sendiri juga kan.
"Yoongi ingatkan Jungkook hyung dah mati bunuh diri tadi.Hidup lagi rupanya.Ni mesti Yoonji noona yang pujuk hyung,kan?"sapa Yoongi sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas katil.
Renungan maut aku tujukan buat Yoongi.Yoongi dengan Yoonji sama je.Mulut main cakap lepas je adik beradik Park ni.
"Kalau hyung dah mati,habis tu siapa pulak gerangan jejaka kacak lagikan sado yang tengah bercakap dengan Yoongi sekarang ni?Tadi Hansung yang pujuk hyung.Bukan Yoonji."beritahuku sambil mula membuka baju.
Riak muka Yoongi jelas terkejut tatkala aku menyebut nama Hansung.
"Hyung sayang Yoonji noona kan?"
Pertanyaan Yoongi yang agak tiba-tiba ini membuatkan aku memandangnya aneh.Tak pernah dia tanya aku soalan macam ni.
"Mestilah hyung sayang Yoonji.Soulmate hyung dalam diam tau.Kenapa Yoongi tiba-tiba tanya?"soalku kembali.
Yoongi tersenyum mendengar jawapan aku.Dia kemudiannya mengambil sesuatu daripada bawah katil.
Sebuah pendrive berbentuk kepala kucing diletakkan di hadapan aku.
YOU ARE READING
[C]Crush Minta Kaki | KSJ
Fanfiction"Agak-agaknya kalau aku bagi kaki kat crush aku,dia notice aku tak?" Start:1.2.2020 End:3.5.2020 Beautiful cover by @Lejeonjk