Miznah berjalan masuk ke dalam keretanya. Dia duduk sambil menghela nafas. Melihat sekeliling manusia tidak menghiraukan perilakunya, Miznah mengeluarkan sebungkus kain hitam.
"Samsaka tur..."
Tuturan yang dibaca Miznah perlahan bunyinya. Berbisik. Miznah sedang membaca sesuatu. Bacaannya berulang-ulang dan bahasanya bukan dari bahasa melayu. Tidak faham linguistik yang dia cuba luahkan. terkumat-kamit mulutnya membaca mantera, Miznah mengunyah sesuatu yang berdarah. Kelihatan mentah dan menggelikan.
Ia merupakan secebis daging yang tidak dimasak.
"Fatimah, aku sudah selesaikan bahagian aku. Kini yang tinggal hanya bahagian engkau sahaja Fatimah..." Bisik Miznah perlahan.
Mata Miznah melilau melihat kelibat orang ramai di hadapannya.
>>>
Satu jam kemudian.
Vroooooommmmmm
Kereta Encik Jamil berderu laju masuk ke dalam kawasan parkir. Tanpa memikirkan kotak parkir, Encik Jamil letakkan semberono. Dia dan Hashim bergegas keluar dari kereta menuju ke khemah utama.
"Assalammualaikum Sarjan, dah jumpa kumpulan sukarelawan tur?" Tanya Encik dengan tiba-tiba.
Sarjan Zainuddin dan yang lain berpaling pandangan mereka. Wajah masing-masing agak terkejut.
"Macam mana kamu boleh tahu merek..." Tanya Sarjan Zainuddin.
"Ini dia, dah berapa lama mereka hilang dari radar Sarjan?" Tanya Jamil kembali.
Satu helai uniform polis lengkap dengan lencana dan pangkat diletak di atas meja. Baju itu tercarik teruk di bahagian belakang. Konst Naim. Nama yang tersemat di tanda nama baju itu.
"Ini baju anggota saya"
"Bukan baju jer kami jumpa, kami jumpa dengan tengkorak sekali. Ada dua tengkorak, juga berbaju. Kami jumpa kat kampung Gunung Mesah Hulu sana" Ujar Encik Jamil.
Masing-masing berpandangan. Wajah Sarjan Zainudin sedikit keanehan.
"Hmmmm mereka hilang setengah jam tadi... anak buah saya gagal dihubungi. Kami ke sekitar sungai Geroh, kelibat mereka tiada di sana. Tiada seorangpun di sana" Jelas Sarjan Zainudin.
Encik Jamil dan Sarjan Zainudin keluar menuju ke hud belakang kereta Encik Jamil. Hud belakang dibuka. Dua set rangka dikeluarkan. Di baju salah satu rangka tertulis slogan Hiking is The Good Ganja di bahagian belakang baju.
"Erm ini baju kumpulan sukarelawan encik Ruzai nih" Ujar Sarjan Zainudin.
>>>
"Ru...Ruzai kenapa tempat nih kosong" Normah tercengang. Kepalanya memusing-musing.
Bukan Normah sahaja kaget malah semua di situ juga kaget. Radzi, Ruzai dan Hannah. Mereka berempat berlari ke tempat operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang. Namun tempat itu kosong dengan kelibat manusia. Hanya khemah dan kenderaan sahaja yang kelihatan.
"Hnssss Hnssss, mana yang lain" Ruzai terduduk kepenatan.
"WOIII TOLONG KAMIII!" Radzi terjerit-jerit.
Manusia-manusia bogel yang cuba mengejar mereka sudah hilang dari pandangan.
"Bang Ruzai tempat ni kosong bang" Ujar Hannah ketakutan. Dia melilau di sekitar khemah mencari kelibat manusia.
Ruzai bangkit dan berjalan bersama Radzi masuk ke dalam khemah utama.
Kosong. Tiada sebarang kelibat manusia di dalam khemah itu. Hanya peralatan-peralatan pasukan keselamatan sahaja yang terdapat di situ. Kabus menebal memenuhi ruang. Pandangan ketika ini agak berlindung ditambah dengan malam yang pekat. Kawasan di situ gelap.
YOU ARE READING
Perkhemahan Duke Arjuka
رعب{Siri Lengkap} Pengalaman pertama Lisa menyertai satu perkhemahan sekolah menjadi pengalaman hitam buat dia selama-lamanya. Pembunuhan beramai-ramai. Jantung, usus, hati, limpa bergelimpangan. Otak, daging dan darah berhamburan. Menjadi juadah jin d...