Bersembunyi

128 8 0
                                    


"Mencari cucu di mana sahaja, nenek nak makan cucu dengan anak raja...hehehehe"

Hilaian nyaring itu mengugurkan jantung Melly dan Rona. Mereka terpaksa berlari ke tingkat atas. Laluan ke tingkat bawah terhadang dengan timbunan batu nesan dan tengkorak bersaiz kecil. Batu nesan tersusun kemas secara bertingkat diselit dengan tengkorak-tengkorak kecil.

Sukar Rona hendak menarik batu keluar dek kudrat remajanya yang lemah. Patutlah nenek tua membiarkan sahaja Melly dan Rona berlari keluar dari rumah. Berlarilah mereka ke tingkat atas.

Rona dan Melly kawal pernafasan mereka. Di dalam almari baju mereka bersembunyi. Gementar dan takut menyelebungi sanubari. Debaran keseraman meremangkan roma masing-masing.

"Rona..." Bisik Melly.

Rona merapatkan jari telunjuknya ke bibir. Dia tahu Melly sedang menahan kencing. Sudahlah takut mahu terkucil. Dua hal yang memeritkan.

"Melly kau amoi yang kuat..." Rona cuba memberi keyakinan kepada Melly.

Terserlah jelas peluh di dahinya. Kakinya menggigil menahan kencing. Mengah penat dilepaskan perlahan-lahan. Berkaca air mata Melly berharap deritanya pergi.

"Cuuuuuu...."

Masing-masing bungkang mata. Suara nenek tua kedengaran di hampir dengan mereka. Rona merenung Melly. Rona pasti pintu rumah ini dia sudah kunci. Rumah kosong di tingkat atas. Satu-satunya rumah yang tidak berkunci.

"Shit!" Rona mencarut dalam hati. Dia baru sedar hal itu. Sudah tentu nenek tua memancing mereka masuk ke dalam rumah itu.

Kedengaran jelas bunyi besi berlaga. Sudah tentu itu segumpal kunci rumah. Di dalam bilik Rona dan Melly kakukan diri. Menjadi patung yang menghela nafas. Rona dan Melly duduk tertingkup. Masing-masing memegang lutut.

Berharap nenek tua tidak masuk ke bilik tidur.

"Nenek nenek, si bongkok tiga...hehehe"

Makin merecik peluh Rona dan Melly. Jantung mereka sudah mahu pecah rusuk berdegup kencang dari tadi. Jika ini dihadapi oleh pesakit jantung sudah lama mereka meninggal dunia. Nyanyian yang didendangkan oleh nenek tua tidak lagi enak didengar. Selepas ini sudah pasti mereka fobia apabila diperdengarkan lagu Nenek Si Bongkok Tiga.

DUM!

Kedengaran bingit pintu depan dihempas kuat. Masing-masing senyap. Untuk tempoh lima minit seterusnya tidak kedengaran lagi suara nenek tua. Suara nyanyian seram itu juga tidak lagi didendangkan. Rona menumpu perhatian. Meneliti sebarang bunyi.

Senyap.

Selama tiga puluh minit suasana senyao berterusan. Perlahan-lahan Rona membuka pintu almari. Perlahan-lahan Rona dan Melly berjalan. Mata masing-masing meliar melihat sekeliling.

Ekkkk

Pintu dikuak. Rona menjengah ruang tamu. Gelap. Pintu hadapan tertutup rapat. Tidak terlihat kelibat nenek tua.

"Rona, I dah tak tahan" Ujar Melly dengan keadaan terkepit pehanya.

Rona angguk kepala dengan tangannya menghalau Melly ke bilir air.

"Hati-hati wey"

Sementara menanti Melly membuang hajat, Rona perlahan-lahan keluar memeriksa ruang dalam rumah itu. Kosong dan sunyi. Ternyata kelibat nenek tua sudah tidak kelihatan.

"Rona mana kamu?" Bisik Melly.

"Aku kat ruang tamu nih"

Melly keluar dari bilik tidur. Wajahnya sudah tidak berkerut. Nampak sangat lega. Dia merapati Rona yang sedang membongkok.

Perkhemahan Duke ArjukaWhere stories live. Discover now