Penamat

227 18 14
                                    


Sarjan Zainudin pegang erat revolver warna kelabu. Mata Sarjan Zainudin tepat membidik. Bahagian kepala Cikgu Mirzah dicari. Dengan gaya still and steady, Sarjan Zainudin melepaskan peluru 9mm dari mulut revolver. Kedudukan empat belas meter adalah kedudukan tercantik Sarjan Zainudin dalam posisi menembak.

"Ergh" Hashim kejelikan. Mukanya penuh dengan darah hitam Cikgu Mirzah. Serpihan daging yang berkecai menyentuh hujung lidahnya.

Mata Cikgu Mirzah bundar. Mata Hashim menyepet. Wajah Cikgu Mirzah tercengang. Tidak dia duga akan serangan hendap. Serta-merta dia rebah ke lantai. Begitu juga dengan Hashim. Serta-merta kuasa ilmu hitam tidak menyelubungi Hashim.

Cikgu Mirzah mati serta-merta.

"Satu masa dahulu ayah Encik Jamil ada mengajarkan saya satu cara untuk mengalahkan pengamal ilmu kebal. Dia mengajar saya dengan membuat peluru seribu jampi, mulanya saya tak yakin hinggalah ketika kes samun yang melibatkan pengamal ilmu hitam di Pulau Pinang satu ketika dahulu buatkan saya percaya benda ini" Ujar Sarjan Zainudin dengan nada yakin. Sambil itu revolvernya disarung kemas ke dalam sarung pistol di pinggangnya.

Pantas Sarjan Zainudin memangku Encik Jamil. Dalam keadaan pening, Encik Jamil mula sedar dari pengsannya. Hashim pula memeriksa Cikgu Mizah. Mata yang terbeliak dan lidah terjelir itu menandakan perempuan jahat itu sudah meninggal dunia.

"Kamu tahu apa-apa tentang ini Encik Jamil?" Tanya Sarjan Zainudin.

Encik Jamil geleng kepala "Sofian hanya ada beritahu saya satu perkara, Santun Bunga mahu menguasai alam manusia. Mungkin ini semua dia cuba rencanakan sesuatu yang boleh membinasakan kita semua" Balas Encik Jamil.

"Jadi sekarang apa yang perlu kita buat?" Tanya Hashim.

Sarjan Zainudin memangku Encik Jamil hingga dia mampu berdiri sendiri. Selepas beberapa nafas diambil, Encik Jamil lihat siling gua. "Kita tunggu dan lihat"

Mata Encik Jamil merenung pusaran hitam kecil di siling gua. Pusaran kecil itu mula membesar sedikit demi sedikit. Mereka bertiga tidak pasti apakah benda itu. Sarjan Zainudin siap siagakan revolvernya. Sedianya menanti apa yang bakal berlaku.

Ada sesuatu yang muncul dari permukaan pusaran gelap itu.

>>>

"Argh!"

Santun Kemboja berang. Amarahnya memuncak. Melihat Sofian tidak bersedia, dengan garang Sntu Kemboja terbang meluru ke arah Sofian. Dengan rakus dia menerpa tubuh Sofian. Nasib Sofian tangkas bertindak, dengan pantas Sofian rangkul tubuh Santun Bunga dan terbalikkan ke bawah. Sebaik mereka berdua tersungkur di permukaan berbatu. Sofian keras menindih tubuh Santun Kemboja dan dengan lantas dia memberi tumbukan padu di bahagian muka.

Namun tindakan Sofian hanya seketika, Santun Kemboja masih gagah. Tangan kanan Sofian pantas ditangkap. Tangan kiri Sofian pula bertindak. Dengan mudah ditepis ke tepi. Santun Kemboja ambil peluang. Ditolaknya Sofian hingga rebah terlentang ke depan Santun Kemboja.

Kali ini Sofian pula ditindih.

"Celaka kau Sial! Kau bunuh Arjuka! Kenapa kau bunuh Arjuka!" Bentak Santun Kemboja.

"Heh, sebab kau dah bunuh ramai orang. Padan dengan muka kau celaka!" Sofian menjerkah. Wajah Santun Kemboja diludah.

Menjerit Santun Kemboja kemarahan.Maka berkali-kalilah muka Sofian dikerjakan.

Radzi, Normah dan Hannah terpaksa mengundur ke belakang. Amat sukar hendak menolong Sofian yang sedang bergelut. Sofian juga yang tidak mahu Radzi campurtangan. Normah mencari peluru untuk diisi. Malang sekali yang tinggal hanya kelongsor tidak berpeluru.

Perkhemahan Duke ArjukaWhere stories live. Discover now