Arjuka

140 8 0
                                    

Seri Kemboja merangkak di hadapan Santun. Sambil merangkak dia meraba-raba dinding gua. Sehinggalah di sudut yang jauh ceruk laluan sempit itu, Seri Kemboja berhenti melangkah. Di balik akar kayu berjuntai tebal itu, Seri Kemboja dapat rasa angin berderu keluar. Sambil mengusap akar kayu Seri Kemboja membaca sesuatu.

"Sep Korong Nak Kap Pai Neng Chei" Patah kata yang sukar hendak difahami menjadi pilihan jampi Seri Kemboja.

Santun terkesima, akar kayu yang besar tiba-tiba menguncup naik ke atas. Dinding batu yang disentuh Seri Kemboja lain warnanya. Seri Kemboja baca mantera yang sama. Batu dinding itu hilang serta-merta. Santun terkesima lagi. Matanya semakin membulat.

Melopong gelap satu laluan panjang menuju ke suatu tempat.

"Hebat puan" puji Santun. Wajahnya teruja melihat Seri Kemboja membuka laluan rahsia.

"Heh, mari masih banyak benda aku mahu tunjuk sama kamu"

Mereka mrangkak dengan nyalaan pelita minyak tanah. Unggun tidak bernyala yang melekat di dinding laluan itu dinyalakan buat sekalian kalinya. Terang benderang laluan kecil itu memudahkan tangan dan kaki mereka melangkah.

Santun bertambah teruja.

Di hujung laluan itu terbentang luas ruang gua yang tidak pernah dijejaki mana-mana orang. Ruang gua itu sangat rahsia. Santun sedikit gusar apabila dia melihat timbunan tengkorak manusia di tengah ruang gua itu.

Seri Kemboja menyeringai panjang.

"Sudah lama aku cari kawasan ini, ternyata akhinya aku jumpa juga ia di sini" Ujar Seri Kemboja.

"Bagaimana puan tahu tentang tempat begini, dan rangka-rangka ini angkara siapa?" Tanya Santun. Dalam teruja dia menyimpan sedikit takut.

"Jelmaan guruku si nenek tua muncul dalam mimpiku, dialah yang beri aku ilham tentang kawasan ini. Katanya ilmu aku sudah di tahap tertinggi, kini aku perlu lakukan bahagian yang seterusnya. Rangka-rangka ini semua seudah tentu angkara dia hehe" Jawab Seri Kemboja.

"Apa yang puan dan guru puan sedang kerjakan dengan semua ini?" Tanya Santun yang masih tak mengerti.

"Hah! sebab itulah aku ajak kau ke mari, lihat ke sini wahai Santun"

Santun diarahkan berdiri di dinding gua. Di tengah timbunan rangka dan tengkorak, Seri Kemboja berdiri sambil membaca sesuatu yang panjang frasa dan ayatnya. Satupun Santun tidak faham. Bahasanya seakan bahasa orang Sukhotai.

Tiba-tiba gua bergegar.

"Kenapa ni puan?" Tanya Santun. Tangannya memegang dinding gua.

"Tenang Santun, kamu jangan khuatir"

Santun renung siling gua. Debu dan batu yang jatuh memberi efek gegaran yang melampau. Santun ketakutan dihimpap batu besar. Matanya pegun merenung siling gua apabila dia melihat keajaiban mula terjadi.

Siling gua terangkat naik ke atas.

Santun tercengang. Matanya membulat. Tubuhnya sedikit gigil. Apa yang dia lihat siling dua telah tiada. Kelihatan jelas bintang dan bulan di dinding langit. Santun menapak kakinya ke depan. Kepalanya masih berpaling ke langit.

Seri Kemboja sengih. Bahu Santun dia ramas.

"Nampak bulan merah tur, kini kita bukan di alam manusia. Kita di alam Jin" Ujar Seri Kemboja.

"Wah, hebat" Puji Santun yang terkesima.

"Bertambah mudah kerja kita kelak, kita akan bawa mereka semua kea lam ini dan bunuh mereka semua di sini. Itulah syarat pertama mahu menjadi manusia yang berkuasa. Kelak kita perlu korbankan beribu kanak-kanak untuk langkah yang seterusnya, alam ini suka korban dari kalangan muda" Jelas Seri Kemboja.

Perkhemahan Duke ArjukaWhere stories live. Discover now