Rona dan Melly

134 11 0
                                    


Rintik-rintik air jatuh langit menandakan hujan bakal berhenti. Pasukan keselamatan sudah bersiap sedia untuk dilepaskan bagi mencari mangsa yang hilang namun masih tidak dibenarkan untuk bergerak. Peserta pekhemahan dan sekumpulan pencari mangsa hilang. Dua kumpulan manusia ini hilang secara tiba-tiba.

Situasi di kem agak kecoh dengan kehilangan satu kumpulan sukarelawan dan dua anggota polis. Kehilangan mereka dicurigai Sarjan Zainudin. Ada aura tidak enak melandanya. Aura penculikan. Aura ilmu hitam. Aura yang menghantuinya satu masa dahulu.

Di dalam sebuah khemah operasi, Tuan Sabu selaku pegawai tinggi bomba bertentang mata berdiri mengadap Sarjan Zainudin. Masing-masing sedang berkira dalam merancang sesuatu. Sarjan Zainudin dengan cemas meminta Tuan Sabu mahu menghentikan gerakan mencari mangsa yang hilang buat seketika.

Sarjan Zainudin tidak mahu kehilangan manusia lagi.

"Boleh ker saya gerakkan anak buah saya ke dalam hutan? Lagi lama tunggu saya takut peluang lagi tipis hendak jumpa mereka" Ujar Tuan Sabu.

Sarjan Zainudin merenung kosong. Dia mula ragu-ragu memutuskan keputusannya. Hal yang diceritakan Encik Jamil terlalu rumit untuk dia terjermahkan kepada orang lain. Kepada mereka yang tidak tahu situasi yang sebenar. Mengimbau kes 2007, Sarjan Zainudin kali ini perlu bersedia.

Ketika itu jugalah dua kawan rapatnya hilang dibawa ke alam Duke Arjuka.

"Bang maafkan saya kerana tak dapat selamatkan kawan abang di alam ghaib" Sofian menyerahkan dua keping kad kuasa polis.

Sarjan Zainudin sambut kad kuasa temannya itu dengan wajah yang tergaman.

"Mereka hilang ke mana?"

"Alam ghaib bang, Kem Duke Arjuna. Mereka mati dibunuh di sana"

"Huh!"

"Abang ingat nama ini, Santun Kemboja dan Abu. Ini angkara mereka berdua. Ada seorang lagi diantara mereka tapi saya tidak tahu apa namanya..."

"Sarjan Zainudin" Tegur Tuan Sabu.

"Eh maafkan saya tuan, baiklah kita mulakan kembali operasi pencarian. Saya akan maklumkan pada balai saya agar bersiap sedia" Balas Sarjan Zainudin. Terngiang-ngiang ingatan lamanya.

Kes kehilangan pada tahun 2007 memang pelik. Ketika itu Sofian hanyalah guru separuh masa di sebuah sekolah menengah. Ketika itu berlaku kes kehilangan pelajar sekolah seramai lima puluh orang. Termasuk Sofian sekali.

Sofian dan beberapa pelajar lain berjaya ditemui di balik air terjun. Ironinya ketika itu sebanyak lapan belas kali pasukan keselamatan melepasi kawasan yang sama. Dakwa Sofian mereka diculik dan dimasukkan ke dalam alam ghaib. Di sana mereka beramai-ramai diburu dan dibunuh.

Sofian mendakwa dua dari tiga orang penjenayah terperangkap di alam ghaib. Seorang dari mereka masih berpeleseran. Sama dengan dakwaan bapa encik Jamal satu ketika dahulu. Cuma apa yang Sarjan Zainudin tidak lakukan adalah menjadikan ia kenyataan yang sah.

Siapa mahu percaya dengan cerita ilmu hitam dan alam ghaib. Takut nanti Sofian pula dituduh pembunuh. Jadi semua kenyataan Sofian dilupuskan.

Kes kehilangan ini tergantung begitu sahaja.

Encik Jamil berlari meredah hujan menghampiri keretanya. Hashim yang menanti di dalam kereta sedang enak mendengar radio. Dia ambil masa itu untuk berehat seketika.

"Eh cikgu Miznah tak balik lagi?" Tegur Encik Jamil sebaik melihat kelibat cikgu Miznah sedang meluru masuk ke dalam keretanya.

"Tak, saya nak tunggu khabaran cikgu-cikgu dan murid-murid sekolah saya. Cikgu Fatimah terutamanya, dia kawan saya"

Perkhemahan Duke ArjukaWhere stories live. Discover now