Arjuka berjalan dengan butler upahan bapanya memburu di hutan. Senapang gajah yang panjang larasnya dan besar lohongnya digunakan untuk menembak binatang liar. Aktivit kegemaran bapanya turut menjadi kegemaran Arjuka.
Berhampiran satu denai Arjuka dan Henford bersembunyi di balik dedaun semak. Mereka mengintai seekor kancil yang sedang minum air.
"Saya nak tembak itu binatang" Ujar Arjuka.
Henford menyerahkan senapang kepada Arjuka. Dengan nafas yang dalam Arjuka membidik sasarannya.
BAM!
"Yeah, this is my favourite one" Arjuka girang gembira. Ekor kancil dia pegang.
"Sir are you listen that?" Henford membisik. Matanya waspada.
"Yeah, mari kita ke sana" Arjuka mengajak.
Berjalan mereka mencari bunyi kaki melangkah. Tidak pasti apa namun Arjuka menduga itu pasti binatang liar. Dengan bersenapang, Arjuka berjalan berhati-hati.
"Look over there sir"
Arjuka memicingkan matanya. Hebat Henford si butler. Matanya tajam mencari mangsa. Arjuka perlahan-lahan berjalan. Dia tidak pasti binatang apa, dia cuma nampak daun semak digerak-gerakkan. Arjuka mengaju senapangnya. Menggunakan hujung laras, Arjuka menyelak dedaun yang menghalang pandangannya. Perlahan-lahan Arjuka bergerak ke hadapan.
Arjuka terkaku. Langkahnya membatu.
"Kamu?" Tegur Arjuka.
"Ya saya, apa kamu mau bikin. Mau rogol saya kah?" Balas Santun.
"Gila, kamu ingat aku bernafsu binatang merogol orang sesuka hati. Aku dan butlerku memburu binatang" Arjuka meminta kancil di yang dibungkus di dalam kain guni. "See, kancil"
"Owh, maafkan saya ya. Jika begitu dari kamu membuang masa mencari binatang apa kata kamu menolong aku mengapak kayu, aku mahu jadikan ia arang"
Arjuka renung Henford. Namun butlernya hanya angkat bahu. Arjuka sentengkan lengan bajunya yang panjang.
"Bak sini kapak itu" Pinta Arjuka.
"Nah"
Tak!
>>>
"Budak ini siapa?"
"Mereka adalah hamba pedagang Belanda puan, orang Acheh"
"Bagus"
Seri Kemboja merenung tajam anak gadis yang diikat tangan dan kakinya. Anak gadis itu diletakkan secara terlentang. Tangisan serak budak itu tidak dipedulikan Seri Kemboja.
"Beriku taring Hantu Raya" Pinta Seri Kemboja kepada hambanya.
"Nah puan"
Seri Kemboja senyum. Wajah budak perempuan itu dia tutup. Tangan kanannya kemas mengenggam hulu taring itu.
Srekkkkk!
Dada anak gadis itu ditikam lalu dirobek hngga ke perut. Seri Kemboja ratah isi dalamnya. Meratah segala daging dan darah.
"HAHAHAHA!"
>>>
TANG! TANG! TANG!
Bergegar pintu yang dikunci. Masing-masing ketar lutut. Masing-masing cuba membuka grill yang tiada pembukanya. Grill tingkap di bahagian belakang tidak boleh dibuka. Tiada pembukanya. Pintu masuk pula hanya terdapat di bahagian depan.
Mereka perlu segera. Maut sejengkal menghampiri mereka berempat. Ruzai dan Radzi berusaha keras menendang gril tingkap itu. Tergerak sikit ia kebelakang.
YOU ARE READING
Perkhemahan Duke Arjuka
Horror{Siri Lengkap} Pengalaman pertama Lisa menyertai satu perkhemahan sekolah menjadi pengalaman hitam buat dia selama-lamanya. Pembunuhan beramai-ramai. Jantung, usus, hati, limpa bergelimpangan. Otak, daging dan darah berhamburan. Menjadi juadah jin d...