Reunion

138 8 0
                                    


"Apa penilaian kau pada diri aku Santun?"

"Anak penjajah, manja dengan kemewahan, suka bermain perasaan perempuan dan hobi membunuh sesuatu yang tidak berdosa" Jawab Santun bersahaja. Sambil baring matanya mengadap ranting dan dedaun.

Cahaya suria menyelit di celahan ranting membentuk garis-garis lurus cahaya yang memberi sensasi tenang di kala petang.

"Kenapa kejam sungguh penilaian kamu ini Santun, tidak adakah sekelumit perkara baik dalam diri aku ini?" Arjuka tanya lagi. Wajahnya berkerut akibat dikutuk Santun.

"Hahaha, kenapa? Tak suka ya? Baiklah, ini pendapat tidak jujurku ya. Arjuka lelaki yang budiman, senantiasa taat pada ibunya, menjadi kegemaran si bapa kerana sering dengar kata, kebaikan Arjuka mengundang hati seribu dara, sasa tubuhnya apabila menggalas senjata. Untung siapa menjadi permaisuri kamu wahai Arjuka sayang"

"Ah sudah, bila mengutuk menyakitkan telinga. Bila memuji loya tekaknya" Arjuka membuat mimik muka mahu muntah. Tekaknya dibuat-buat loya.

"Arjuka ni heh, saya hanya bergurau. Baiklah jika dari pandangan mata akal saya, Arjuka ini jenisnya pandai bercakap juga pandai mengambil hati teman. Walaupun sedikit cerewet namun tidak mengada-ngada. Senang berbicara dengan kamu juga senang memahami tutur bicara aku. Cuma satu itulah sukar hendak berkawan dengan kaum Hawa, melihat akupun pipi selalu merah padam. Sungguh lucu kamu ini tahu hehe"

"Hah serupa inilah yang saya mahu dengar, Iya memang saya sukar bergaul dengan gadis lain semenjak kehilangan tiga orang gadis kampung. Sejak itu aku tidak biasa hendak bergaul senda dengan wanita tetapi tidak dengan kamu. Aura kau kuat seperti aura ibuku, daya tarikannya mempersona aku"

"Ya mungkin kerana aku hidup sendiri di dalam hutan. tidak seperti gadis lain yang ada tanggungan. Ibu kau pernah berkata, kau suka berteman pada gadis lasak heh"

"Barangkali juga, ibuku dulu hidup sendiri di dalam hutan. Bapaku bertemu jodoh dengannya ketika memburu"

Mata Arjuka merenung daun yang gugur. Perasaannya bolak balik. Terasa berdebar dengan renungan mata Santun. Namun tidak terasa gugup seperti bertemu anak pembesar. Gugupnya buat Arjuka menyampah. Dengan Santun Arjuka selesa. Mungkin itu tarikan istimewa.

"Kamu mahu sertai aku ke kem Duke Arujuka? Bapaku bakal buat parti harijadi di sana"

Santun palingkan tubuhnya. Kini dia merenung Arjuka yang berseragam merah dan berseluar hitam. Di kepalanya tersemat sebilah pedang.

"Sudah tentu Arjuka, jika itu kau mahu aku turut sahaja. Janji kau sentiasa ada bersama ya, bersama dengan bangsa orang putih yang ramai buat aku tidak biasa. Bahasa mereka aku tidak faham"

"Heh sure..."

>>>

Srekkkkk

Kin membunyikan tayar. Brek kaki ditekan lalu brek tangan ditarik kemas. Kin menghela nafasnya yang kencang. Kin buka bonnet belakang kereta. Kin kerling isi kereta yang juga kepenatan. Masing-masing menangkap udara yang banyak.

Dup!

Ruzai memuntahkan jasadnya dari bonnet belakang. Badannya lencun. Dahinya merecik.

"Azab, azab. Awatlah kome drive kereta kecil" Rungut Ruzai. Tekaknya terasa loya dek bergoncang-goncang di dalam bonnet.

Kin angkat bahu. "No choice pakcik"

Kin nyahkunci pintu kereta. Masing-masing keluar. Pintu kereta ditendang ke kanan. Masing-masing menyedut udara sejuk. Lisa berdamping dengan Radzi. Matanya pegun merenung bulan. Sedikit aneh dengan bulan yang dipandang.

Perkhemahan Duke ArjukaWhere stories live. Discover now