🌈 25 🌈

950 70 4
                                    

"Lisa: kenapa oppa tak pernah bagitahu lisa pasal kerajaan kita pasal diri oppa-oppa. Kenapa tak pernah bagitahu lisa? Memang lisa ni pembawa sial ke dalam keluarga ni?"

Bambam dan yugyeom terkejut dengan kata-kata yang dilontarkan lisa itu. Mereka terkelu mendengar kata-kata lisa. Lisa memandang mereka kemudian melemparkan senyuman manis walaupun dia tersenyum tetapi wajahnya cukup mengambarkan perasaannya sekarang. Terlihat pada matanya dia kecewa dengan bambam dan yugyeom.

Lisa: tak ape la oppa. Lupakan ape yang lisa cakap tadi. Oppa keluar laa. Lisa nak tidur. Lisa dah ngantuk. *sambil menolak perlahan badan bambam dan yugyeom*

Bambam dan yugyeom tidak mampu menghalang. Mereka masih lagi terkejut dengan ape yang mereka dengar daripada mulut lisa. Setelah mereka keluar daripada bilik lisa, bambam dan yugyeom mula memandang antara satu sama lain. Mereka mula mengeluh.

Bambam: dia dah tahu semuanya. Kita dah tak boleh lagi berahsia dengan dia.

Yugyeom hanya mengangguk lemah. Mereka mengeluh sekali lagi. Kemudian mula meninggalkan bilik lisa dan berlalu ke bilik masing-masing. Sementara lisa dia sebenarnya masih belum mengantuk, dia sengaja mahu mengusir bambam dan yugyeom daripada biliknya supaya dia dapat menenangkan dirinya buat sementara waktu. Dia hanya menatap ke langit kemudian mula mengelamun kembali. Air matanya perlahan-lahan jatuh tanpa dia sedari. Tak lama selepas itu, dia mula menangis sepuas-puasnya. Sudah 2 malam dia asyik menangis. Selepas penat menangis, lisa mula bergerak ke katilnya dan membaringkan dirinya dengan perlahan-lahan matanya mula terpejam. Dan kini dia mula berlayar di alam mimpi.

----------------------------------------------

Keesokan harinya..

Lisa bangun awal pada pagi itu. Dia menyiapkan dirinya dengan awal walaupun lama lagi untuk dia berjumpa oppa-oppanya serta para putra. Dia tidak memakai dressnya pada hari ini kerana hari ini merupakan hari pertarungan bagi para putra untuk mendapatkannya. Oleh itu dia memutuskan untuk memakai pakaian baju biasa sahaja. Setelah dia selesai, dia melihat dirinya di cermin kemudian tersenyum lalu mengangguk kepalanya.

Lisa: ok la ni. Cantik jugak. *sambil menilik dirinya dihadapan cermin*

 *sambil menilik dirinya dihadapan cermin*

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Contoh pakaian lisa..

Setelah puas menilik dirinya dihadapan cermin akhirnya dia keluar daripada biliknya kelihatan yugyeom sudah berada dihadapan biliknya. Yugyeom tersenyum melihat penampilan lisa.

Yugyeom: cantik adik oppa *senyum*

Lisa hanya mengangguk dia tidak berniat untuk membalas kata-kata yugyeom itu. Dia masih kecewa kepada mereka berdua. Lisa mendahului yugyeom yang sudah mengeluh melihat perubahan lisa. Tiada senyuman manis yang selalu dilemparkan lisa kepadanya. Dia hanya mengikuti langkah lisa sehingga mereka tiba di padang istana yang merupakan tempat dimana lisa selalu berlatih dahulu. Setelah sampai lisa melihat para putra sibuk memanaskan badan manakala bambam pula hanya melihat mereka. Setelah menyedari kehadiran lisa para putra mula menghentikan aktiviti mereka lalu memandang lisa dengan takjub. Manakala bambam juga mengalihkan pandangannya ke arah lisa. Lisa melihat bambam, bambam tersenyum melihat lisa tetapi tidak bagi lisa dia mengalihkan pandangannya tanpa memberi senyuman terlebih dahulu kepada bambam. Bambam melihat yugyeom dibelakang lisa, yugyeom hanya mampu mengelengkan kepalanya lalu tertunduk.

FantasiWhere stories live. Discover now