🌈 50 🌈

459 38 0
                                    

Lisa akhirnya terbangun daripada pengsannya. Dia melihat jisoo, jennie dan rose sedang menangis disamping katilnya.

Lisa: unnie.. wae?

Jisoo: lisa betul ke jhope katakan tu?

Lisa terdiam, dia memandang satu per satu sahabat-sahabatnya itu. Kemudian dia tersenyum lalu mengangguk. Melihat lisa mengiyakan pernyataan jhope itu membuat mereka menguatkan tangisan mereka. Lisa yang melihat itu memeluk mereka sambil menenangkan mereka.

Lisa: unnie gwachana. Lisa akan baik-baik sahaja. Unnie tahu lisa gembira jumpa sahabat macam unnie-unnie. Lisa minta maaf kalau selama ni lisa banyak menyusahkan unnie hehehe. Unnie bila lisa dah takde janji dengan lisa yang korang akan sentiasa ceria macam biasa. Kalau unnie sedih, lisa akan ikut sedih juga. Ingat ye unnie lisa sayang korang semua. Maafkan lisa terpaksa tinggalkan korang lagi untuk kesekian kalinya.

Lisa menitikkan air matanya. Manakala jisoo, jennie dan rose masih lagi menangis. Betapa sedihnya mereka mendengarkan kata-kata yang mungkin menjadi kata-kata terakhir lisa buat mereka. Mereka melanjutkan pelukan mereka sehinggalah rose, jisoo dan jennie tertidur dipelukan lisa akibat terlalu penat menangis. Nasib baik pada lisa jisoo, jennie dan rose memang berada di atas katilnya ini memudahkan lisa untuk membaringkan blackpink di katilnya. Lepas membetulkan posisi blackpink, lisa turun ke bawah melihat sekeliling tiada siapa diruangan istana begitu juga diruang makan. Lisa naik kembali mencari oppa-oppanya ke bilik. Dia melihat bambam tertidur boleh kelihatan dia lepas menangis teruk kerana dia masih lagi tersedu-sedu walaupun sudah tertidur. Lisa mendekati katil bambam dan mula membaringkan dirinya di sebelah bambam, dia memeluk bambam dan melihat wajah bambam.

Lisa: maafkan lisa ya oppa. Sebab lisa oppa menangis lagi. Lisa sayang oppa, jadi kuat macam dulu ye oppa. Jangan menangis lagi. *memeluk erat badan bambam*

Lisa kemudian bangun dan keluar daripada bilik bambam kini dia ke bilik yugyeom. Yugyeom pun sama keadaannya dengan bambam, dia terlelap dengan keadaan lepas menangis teruk. Lisa mendekati yugyeom lalu mencium pipi yugyeom.

Lisa: menangis juga oppa ya. Hehehe tak apa oppa lepasni oppa jangan menangis ye. Lisa sentiasa sayang oppa, jadi kuat ye oppa. Tolong bambam oppa untuk jaga kerajaan kita ni. *memeluk mencium kembali pipi yugyeom lalu berlalu keluar*

Dia baru sahaja keluar daripada bilik yugyeom, dia terserempak dengan jaehyun. Lisa memandang jaehyun kelihatan matanya bengkak baru lepas menangis. Dia mendekati jaehyun yang ingin turun ke bawah. Jaehyun tidak menyadari lisa akibat dia asyik teringatkan kata-kata jhope sebentar tadi kepada mereka. Rasa bersalahnya sungguh menebal dihatinya. Lisa mendekati jaehyun lalu memeluk lengan jaehyun. Jaehyun terkejut dia menoleh dan melihat lisa disebelahnya tersenyum manis kepadanya. Dia terdiam melihat lisa.

Lisa: wae oppa? Ada masalah ke ceritalah dengan lisa, lisa sentiasa mendengar. *senyum*

Jaehyun yang melihat senyuman lisa membuatkan dia tertunduk, dia cuba menahan air matanya dia melepaskan pelukan lisa kemudian dia turun ke bawah. Dia ke halaman belakang istana. Kelihatan bunga-bunga mekar hasil lisa yang rajin menyiram bunga-bunga itu. Dia duduk di salah satu kerusi yang berada di halaman belakang istana. Dia menghirup udara segar petang dengan tenang. Lisa mencari jaehyun sehingga ke halaman belakang istana. Dia mengetahui jaehyun akan berada disitu kerana jaehyun suka akan bunga-bunga yang mekar disitu. Lisa mengambil tempat disebelah jaehyun. Lisa memandang ke depan sambil tersenyum. Jaehyun yang tadinya menutup matanya terbuka kembali apabila dia menyedari ada seseorang disebelahnya.

FantasiWhere stories live. Discover now