🌈 8 🌈

1.4K 108 2
                                    

Jhope: akhirnya kita sampai juga dekat sini.

Ye mereka telah sampai ke rumah. Terus sahaja jin dan taehyung yang mengangkat jisoo dan jennie itu, mereka meletakkan jisoo dan jennie di bilik mereka masing-masing. Rose mengambil langkah ke bilik jisoo terlebih dahulu. Setelah selesai memberikan rawatan dia ingin keluar untuk menuju ke bilik jennie. Tetapi langkahnya terhenti apabila jin menegurnya.

Jin: dia baik-baikkan rose? Tak ade yang teruk dengan diakan?

Rose: tak ade pape. Dia cuma kepenatan sebab bertarung tadi. Ade sikit luka dekat bahagian lengan dia. Aku dah cuci luka tu. Tak lama lagi dia akan bangun.

Jin hanya mengangguk. Rose terus ke bilik jennie dan kelihatan taehyung memegang tangan jennie sambil menangis.

Taehyung: jangan tinggalkan saya. Saya cintakan awak jennie.

Rose hanya mampu tersenyum. Terus dia mendekati taehyung dan jennie. Dia meminta izin untuk merawat jennie dan ingin taehyung keluar sebentar. Taehyung yang mendengar itu hanya menuruti kata-kata rose. Tidak lama kemudian rose telah habis merawat jennie. Dia ingin keluar dan dia melihat taehyung masih di depan pintu bilik jennie. Dia masih lagi menangis dan itu membuatkan rose ingin ketawa tetapi dia menahan tawanya. Taehyung yang melihat rose membuka pintu itu terus sahaja dia bertanya kepada rose.

Taehyung: macam mane dengan jennie? Dia ok? Teruk ke kecedaraan dia?

Rose: dia ok. Kecederaan dia tak teruk. Dia cuma luka sedikit di belakang dan di lengannya.

Taehyung: bila dia akan sedar?

Rose: tak lama lagi dia akan sedar. Jangan risau.

Mendengar kata-kata rose. Taehyung menghela nafas lega. Terus sahaja dia masuk ke dalam dan menemani jennie. Rose hanya mampu tersenyum melihat drama yang terjadi dihadapan matanya. Terus dia turun ke ruang tamu dan kelihatan jhope, rm, jimin dan jungkook sedang berbual. Terus sahaja rose mendekati mereka.

Rm: rose macam mane? Dorang ok?

Rose: dorang ok. Cuma dorang alami kecederaan ringan.

Jungkook: macam mane korang boleh kena?

Jhope: entahlah aku pun tak tahu. Yang aku tahu jennie suruh kitaorang diam lepastu dia bawak kitaorang sembunyi dekat semak tak lama lepas tu nampak pemburu tu jalan dekat area situ. Dalam setengah jam kitaorang menunggu dia tak lari-lari daripada tempat tu. Tak lama lepastu dia datang dekat, dekat persembunyian kitaorang tu. Belum lagi dia sampai tiba-tiba jennie munculkan diri dan mula perlawanan mengerikan berlaku depan mata kitaorang.

Jungkook: kalau jennie yang berlawan kenapa jisoo pun boleh kena?

Jhope: sebab mase jennie hampir kena tikam dengan kuku panjang pemburu tu jisoo yang tepis tangan pemburu tu. Lepastu jisoo pula berlawan dengan pemburu tu. Kali kedua kitaorang tengok perlawanan mengerikan macam tu. Bila sampai diaorang dua dah tak boleh bangun tetiba si jin dengan taehyung tu keluar daripada tempat persembunyian kitaorang. Aku dengan rm pun dah tak ade pilihan kitaorang pun tunjukkan diri depan dia. Ha mase dia nak datang dekat dengan kitaorang kau dengan rose datang. *menunjuk jimin dan rose*

Jungkook: tapi kenapa lambat pula jisoo keluar tolong jennie?

Rose: tu sebab dia hubungi aku untuk minta pertolongan.

Rm: ohh patutlah jisoo struggle betul dengan jam dia tadi. Dia hubungi kau rupanya.

Jhope: tapi berdasarkan aku nampak tadi jisoo dengan jennie kuat juga orang dia. Aku rasa kalau dorang berdua bergabung tadi mesti lagi kuat.

FantasiWhere stories live. Discover now