🌈 47 🌈

448 41 2
                                    

Lisa dengan langkah anggun memasuki syarikat jungkook. Dia sudah berjanji kepada jejaka itu semalam untuk lunch bersamanya. Lisa tersenyum ramah kepada pekerja-pekerja di syarikat jungkook itu. Setibanya di depan pejabat jungkook dia mengetuk pintu itu dan masuk apabila mendengar arahan daripada jungkook. Kelihatan jungkook masih sibuk dengan kertas kerjanya walaupun waktu sudah menunjukkan 12 tengah hari. Jungkook tidak menyedari kehadiran lisa dan hanya menyibukkan dirinya dengan kertas kerjanya. Lisa mendekati kerusi yang berada di hadapan jungkook lalu duduk di kerusi itu. Jungkook menyedari ada orang duduk berhadapan dengannya mengangkat kepalanya. Dia terkejut dengan kehadiran lisa.

Lisa: hello kook. Jom kita lunch. Semalam lisa dah janjikan nak teman kook lunch.

Jungkook: semalam? Janji? Ade ke? *masih terkejut*

Lisa: ade. Jomlah. Lisa belanja makan harini. *senyum*

Jungkook: rasanya tak bolehlah harini. Banyak kertas kerja yang kook kena siapkan.

Lisa: em em nanti boleh buat kook. *berusaha mengajak jungkook*

Jungkook masih lagi menolak lisa dengan alasan dia masih sibuk dengan kertas kerjanya. Tetapi lisa masih berusaha mengajak jungkook untuk keluar makan bersamanya. Akhirnya jungkook mengalah dengan desakan lisa itu. Mereka ke restoran yang biasa lisa kunjungi. Mereka mula memesan makanan dan mula berbual biasa atau lebih tepat hanya lisa yang beria-ria berbual bersama jungkook. Jungkook nampaknya hanya membalas malas soalan-soalan lisa. Lisa yang menyedari jungkook begitu mula bertanya pada jungkook.

Lisa: kook ah. Wae? Kook tak sihat ke?

Jungkook: taklah. Sihat je. *senyum kecil*

Lisa: yeke? Kenapa kook diam je? Kook ade masalah ke? Kalau ada cuba bagitahu lisa.

Jungkook: takde pape.

Lisa: kalau takde pape kenapa kook macam takde semangat je?

Jungkook: lisa kook tak pape.

Lisa: betul ke kook tak pape? Tapi lisa rasa kook ada masalah. Kook ceritalah dengan lisa. Mane tahu lisa boleh tolong kook.

Lisa senyum. Jawapan jungkook masih sama dia tidak apa-apa. Lisa pula cuba bertanya soalan-soalan yang boleh mencairkan suasana mereka yang kini sekarang sedang membosankan. Jungkook yang mula rimas dengan soalan lisa mula memarahi lisa.

Jungkook: lisa boleh diam tak! *meninggikan suaranya sedikit*

Lisa terkejut mendengarkan kata-kata jungkook. Ini membuatkan dia terdiam. Makanan yang dipesan mereka sudah pun sampai. Mereka makan dengan keadaan yang senyap. Tiada suara yang kedengaran hanya bunyi sudu dan garfu sahaja kedengaran. Ini berlanjutan sehingga mereka keluar daripada restoran itu. Jungkook mahupun lisa masing-masing diam sehinggalah jungkook membuka mulutnya.

Jungkook: terima kasih untuk makanan tadi. *kedengaran dingin*

Lisa melihat jungkook berterima kasih dengannya. Jungkook begitu dingin kepadanya hari ini. Bukan jungkook yang pernah dia kenal dulu. Lisa hanya mengangguk kekok kemudian menuju ke keretanya. Lisa juga melihat jungkook ke kereta miliknya. Tiada senyuman, tiada ketawa, tiada semangat yang selalu ditunjukkan jungkook kepadanya. Lisa kembali keluar dari keretanya menuju ke kereta jungkook lalu masuk ke kerusi penumpang disebelah jungkook.

FantasiWhere stories live. Discover now