Di kerajaan fantasi pagi itu menjadi huru hara apabila musuh mereka iaitu the evil king kini menyerang kerajaan fantasi. Lisa yang sudah pun terbangun itu mula menyadarkan dirinya di kepala katil. Dia ingin bangun tetapi sakit dibahagian perutnya itu tidak membenarkannya. Sedang asyik dia mencuba tombol pintunya dipulas dan menampilkan permaisuri yoona yang kelihatan agak cemas. Permaisuri yoona terus mendekati lisa.
Permaisuri yoona: kamu jangan keluar daripada bilik ni.
Lisa: permaisuri. Kenapa saya kena duduk sini? Ape bunyi bising dekat luar tu?
Permaisuri yoona: evil king serang kerajaan kita. Mereka sedang berperang dekat luar. Kamu jangan keluar. Ingat. Mama sayang kamu.
Permaisuri yoona mencium dahi lisa kemudian dia berlari keluar daripada bilik lisa. Tidak lupa juga dia mengunci pintu lisa. Lisa terkejut mendengar ucapan permaisuri yoona itu. Dia hanya duduk diam diatas katilnya. Hampir 2 jam lebih dia berada di bilik. Bunyi bising pertempuran juga sudah tidak kedengaran lagi. Dia bangun dengan perlahan-lahan sambil tangannya memegang perutnya itu. Dia memulas tombol pintunya. Tapi terkunci. Dia hanya mengeluh dan kembali duduk di katilnya. Tidak lama kemudian kedengaran tombol pintunya dipulas menandakan orang masuk tetapi bila menyedari pintu itu dikunci tombolan pintu itu dipulas dengan ganas. Kedengaran seperti mereka ingin memecahkan tombol pintu itu tetapi tidak berhasil kerana pintu tidur lisa itu diperbuat daripada besi dan agak susah untuk dibuka. Ini membuat lisa risau dengan keadaan diluar. Dia ingin keluar tetapi permaisuri yoona sudah mengunci pintunya. Tetapi bunyi bising dipintunya kini sudah pun terhenti dan pintu itu sudah terbuka. Kelihatan permaisuri yoona yang sudah pun berlumuran darah sambil diangkat oleh 2 orang lelaki yang berpakaian seperti pahlawan istana. Terus 2 lelaki itu meletakkan permaisuri yoona disebelah lisa. Lisa terkejut melihat itu, dia mula mengengam tangan permaisuri yoona.
Lisa: permaisuri? Kenapa jadi macam ni permaisuri?
Permaisuri yoona: sayang. Mama minta maaf rahsiakan ni semua daripada kamu. Mama minta maaf sebab mama tak dapat lindungi kamu. Maafkan mama, mama terpaksa demi keselamatan kamu. Kamu pergi ikut mereka berdua. Disini dah tak selamat untuk kamu duduk.
Lisa: mama? Ape permaisuri katakan ni? Saya anak permaisuri ke?
Permaisuri yoona hanya menganggukkan kepalanya sambil mengalirkan air matanya. Lisa yang melihat itu mula menangis.
Lisa: kenapa? Kenapa rahsiakan daripada lisa?
Permaisuri yoona: mama terpaksa sayang. Kamu ambil ini *menghulurkan surat kepada lisa* pergi daripada sini. Mereka akan datang ke sini tak lama lagi.
Lisa: andwae!!! Ma! Lisa taknak berpisah dengan mama! Ma!
Permaisuri yoona mengelap air mata lisa. Kemudian dia memandang 2 pahlawan dibelakang lisa. Permaisuri yoona menganggukkan kepada mereka. Mereka faham akan isyarat yang diberikan oleh permaisuri yoona itu mula mengangkat lisa dengan hati-hati. Lisa mula memberontak ingin dilepaskan.
Lisa: lepas!!! Aku nak dengan mama. Ma!! Tolong jangan tinggalkan lisa lagi ma! Ma!
Permaisuri yoona: mama sayangkan kamu.
Permaisuri yoona mula membaling bola asap dihadapan lisa dan 2 pahlawan istana itu. Tidak lama mereka sudah hilang daripada pandangan permaisuri yoona. Permaisuri yoona pula perlahan-lahan menghembuskan nafasnya.
-----------------------------------------------------------------
Kelihatan lisa dan 2 pahlawan itu berada di air terjun dimana letaknya bobby tinggal. Disitu bobby sudah menunggu ketibaan lisa terus dia membawa lisa ke kerajaannya yang berada disebalik air terjun itu. Lisa sudah berhenti menangis semasa dia sampai ditempat bobby. Entah bagaimana dia boleh berhenti dan mula mengelamun. Dia hanya mengikuti langkah bobby tanpa perasaan hanya memandang kehadapan tanpa ade niat untuk menoleh sehinggalah mereka sampai disitu kelihatan istana yang begitu indah sekali. Mereka terus melangkah masuk kedalam istana itu.
YOU ARE READING
Fantasi
FantastikTermasuk dalam DUNIA FANTASI itu bukan menyenangkan malah menyeramkan. Ape terjadi dengan bts setelah mendapati diri mereka termasuk ke dalam DUNIA FANTASI. Rm: kau? Bukan kau dengan kawan-kawan kau yang hilang tu ke? Korang masih hidup? Rose: ha...