" 𝖎𝖙'𝖘 𝖍𝖆𝖗𝖉 𝖇𝖚𝖙 𝖘𝖊𝖊𝖎𝖓𝖌 𝖞𝖔𝖚 𝖘𝖒𝖎𝖑𝖊 𝖒𝖆𝖐𝖊 𝖒𝖊 𝖘𝖙𝖗𝖔𝖓𝖌 "
" Kalau takde, saya rasa itu sahaja lah untuk hari ini . Kamu semua boleh pergi rehat . " arah Encik Yunus . Raihan terus memandang kearah jam yang dipakainya dan tangannya terus diangkat ke atas .
" Apa lagi Raihan ? " soal Encik Yunus .
" Masa rehat tinggal lagi sepuluh minit, kami nak makan pun tak sempat ni . Boleh tak kalau lebihkan masa sikit ? " pinta Raihan sambil tersenyum semanis gula .
" Tak boleh " belum sempat Encik Yunus mahu berbersuara Sir Mark telahpun terlebih dahulu menjawabnya .
" Tapi Sir... "
" I said NO " balasan lelaki itu buatkan Raihan mengeluh perlahan .
" Pergi kantin makan lepastu masuk kelas, jangan berani nak lari " pesan Ustaz Rasyid dan sembilan orang pelajar lelaki itu hanya menganggukkan kepala sebelum membuka langkah untuk keluar dari bilik itu .
Tertutup sahaja pintu, masing - masing terus mengeluh .
" Kita nak makan apa dengan sepuluh minit ni ? " soal Mikael seperti mahu menangis . Baru sahaja dia berfikir mahu pergi berjumpa dengan anak - anak kucing yang baru lahir itu .
" Korang ni macam tak biasa je lambat masuk kelas, dah aku lapar nak makan " Haikal terus jalan mendahului yang rakannya yang lain . Perutnya dari tadi lagi sudah berbunyi .
" Oii Haikal tunggu " jerit Raihan sebelum berlari mengejar langkah Haikal .
" Siapa lambat sampai kantin kena angkat pinggan kotor " ujar Rafiq sebelum dia mula berlari menuju ke kantin . Asyraf, Syafiq, Mikael, Iman, Aryan dan Khairul yang terus berpandangan antara satu sama lain .
" Sorry bro.. aku malas nak angkat pinggan " ujar Mikael sebelum dia juga berlari . Iman dan Aryan tersenyum sebelum membuka langkah untuk berlari .
" Macam budak - budak " ujar Asyraf sambil menggelengkan kepalanya . Khairul ditepinya dipandang , " Kalau nak lari, pergi je lah " katanya pula sambil menolak Khairul ke hadapam sedikit .
Khairul hanya tersengeh, " CIAO !! " dengan sekelip mata sahaja Khairul telah hilang dari pandangan mereka bertiga .
" Kau nak angkat ke pinggan kotor tu ? " soalan Syafiq tu buatkan langkahnya dan Asyraf terhenti . Asyraf hanya tersenyum, " MEMANG TAK LAH ! " dengan pantas Asyraf berlari meninggalkan rakannya itu .
" HANYINGGGGG "
(っ◔◡◔)っ
" Saya harap kamu berdua dapat tolong kami ye " kata Ustaz Rasyid sambil tersenyum kearah Adyla dan Raisyah . Dua orang gadis itu hanya membalas dengan senyuman nipis . Mereka berdua sedang memikirkan nasib mereka selepas ini .
" Kamu berdua okay ? " soal Ustaz Rasyid bila melihat dua gadis itu hanya diamkan diri .
" Are you okay.. " soal Encik Yunus pula, bahu gadis bernama Adyla itu dipegangnya .
" Papa.. Kenapa mesti kitaorang ? Kenapa tak pengawas lain je ? Kenapa tak suruh pengawas lelaki ? mesti ke kami sekelas ? " bertubi - tubi soalan keluar dari mulut Adyla . Dia benar - benar tidak faham kenapa harus dia dan Raisyah yang dipilih sedangkan ramai lagi pengawas di sekolah itu . Wajah Encik Yunus dipandang mengharapkan jawapan .
" The reason we choose you guys is because you are my daughter and Raisyah is Ustaz Rasyid daughter so we trust both of you more than other and I know you guys can handle them " bahu gadis itu ditepuknya perlahan sebelum dia berlalu ke tempat duduknya .
YOU ARE READING
⌠ ᴛʀᴏᴜʙʟᴇᴍᴀᴋᴇʀ ⌡
RandomKehidupan di sekolah menengah sering mencabar bagi pelajar zaman sekarang . Masalah disiplin yang semakin meningkat pula menambahkan lagi cabaran buat pelajar yang bergelar pengawas sekolah . " Saya nak kamu berdua tolong perhatikan mereka " Perlu...