【C 9】

91 7 31
                                    

" 𝖗𝖊𝖆𝖑 𝖋𝖊𝖊𝖑𝖎𝖓𝖌𝖘 𝖆𝖗𝖊 𝖍𝖆𝖗𝖉 𝖙𝖔 𝖉𝖊𝖘𝖈𝖗𝖎𝖇𝖊 "

" Arghh sakit ! " aduh Adyla sambil cuba untuk bangun . Tangannya menepuk bajunya yang kotor terkena tanah .

" Dyla sorry ! " perkataan itu berulang - ulang kali disebut oleh Raisyah . Dia segera membantu Adyla berdiri sambil meminta maaf berulang kali .

" Kau pahal tarik kaki aku hah ? " soal Adyla sambil memandang tajam kearah Raisyah . Geram pula bila Raisyah buat begitu , nasib baik tak ada apa - apa yang jadi .

Raisyah membuat muka tak bersalah.

" Aku--- "

" Korang buat apa kat sini ? " tak sempat dia menghabiskan ayat ada orang lain memotong . Segera dua gadis itu menoleh untuk melihat siapa yang menegur mereka

" ARGGHH " terkejut dua gadis itu bila menoleh ke belakang dan kelihatan Haikal dan Aryan ada di situ . Raisyah terus memeluk lengan Adyla yang berada di sebelahnya itu .

Siapa sahaja tak terkejut apabila ditegur , waktu malam macam ni pula . Memang takutlah Raisyah . Adyla menggeleng kepalanya sebelum menolak lengan Raisyah .

" Korang nak pergi mana ni ? " soal Aryan sambil matanya tidak lepas memandang kearah Adyla . Dia hanya menegur kerana ada Adyla saja , kalau tak dia tak akan tegur . Takut tersalah tegur .

" Adalah.. " itu sahaja yang dijawab gadis itu sebelum dia menarik tangan Raisyah itu mendekati tembok tadi semula .

Dengan sekelip mata sahaja dua gadis itu telahpun duduk di atas tembok itu seperti telah biasa memanjatnya . Dua lelaki itu langsung diabaikan .

BUKK

Serentak mereka berdua turun dari tembok itu dan sekarang mereka berdua telahpun berada di luar kawasan sekolah .

" Ok jom pergi cepat ! " ajak Raisyah dan Adyla terus mengangguk laju . Mereka berdua terus bergerak untuk pergi dari situ . Tidak berfikir apa yang akan berlaku nanti .

Sampai sahaja mereka berdua di hadapan kedai 24 jam itu , Adyla dengan pantas terus menolak pintu dan melangkah masuk ke dalam . Rasa lapar membuatkan dia tidak sabar .

Raisyah yang melihat hanya ketawa sebelum melangkah ke bahagian aiskrim . Terliur lidahnya melihat banyak aiskrim baru berada di dalam peti sejuk itu .

" Assalamualaikum bro ! " sapa Adyla sambil menaruh keropok , manisan dan air di atas kaunter itu . Dia tersenyum manis sambil menyeluk tangannya ke dalad poket hoodie .

Lelaki yang menjaga kaunter itu tersenyum apabila melihat dua orang gadis itu .

" Waalaikumusalam . Lama tak datang sini ? Sibuk sangat ke ? " soal lelaki itu dan Adyla hanya ketawa saja . Betullah mereka berdua sibuk dengan kerja dan juga tugas .

" Ya , bang . Kitaorang sibuk sangat tahun ni . Ya lah nak spm kan ? " ujar Raisyah sambil menaruh aiskrim perisa teh hijau itu di atas kaunter itu .

Lelaki itu atau lebih dikenali sebagai Abang Arif itu hanya mengangguk sebelum mengira harga makanan yang dibeli oleh dua gadis itu . Dulu hampir setiap malam ada dua gadis ini tapi sekarang makin jarang . Sibuk dengan sekolah rupanya .

Semua makanan sudah dikira harga , " semua 14 ringgit . "

Adyla mengangguk dan menyeluk poket seluarnya dan serta merta senyumannya mati . Poket belah kanan pula diraba tetapi dompetnya tetap tiada . Dia mula tak sedap hati .

" Syah.. dompet aku.. hi-hilang-- " lengan Raisyah dipegang kuat kerana takut . Sudahlah ada kad pengenalan dan juga duit di dalam dompet itu .

Raisyah juga mula panik kerana dia tak bawa beg duitnya bersama .

⌠ ᴛʀᴏᴜʙʟᴇᴍᴀᴋᴇʀ ⌡Where stories live. Discover now