【C 5】

102 10 10
                                    

" 𝔨𝔞𝔡𝔞𝔫𝔤 - 𝔨𝔞𝔡𝔞𝔫𝔤 𝔭𝔢𝔯𝔞𝔰𝔞𝔞𝔫 𝔠𝔦𝔫𝔱𝔞 𝔦𝔱𝔲 𝔥𝔞𝔡𝔦𝔯 𝔱𝔞𝔫𝔭𝔞 𝔨𝔦𝔱𝔞 𝔰𝔢𝔡𝔞𝔯𝔦 "

Kasut yang terjatuh di lantai tu Raisyah pungut sebelum Adyla yang berdiri di sebelahnya di pandang . Gadis itu sedang memegang kepalanya sambil memandang tajam kearah Asyraf .

" Assalamualaikum " terkejut mereka semua bila Cikgu Azim telahpun berdiri di belakang Raisyah dan Adyla .

" Boleh Cikgu masuk ? " soalan guru mata pelajaran sejarah itu buatkan dua gadis itu makin berdiri tegak .

Mata Raisyah sibuk menyuruh lelaki - lelaki itu untuk bersihkan semula kelas mereka tetapi nampaknya tiada satu pun yang faham dengan isyarat itu .

" Azim kenapa tak masuk lagi " mahu terlompat Raisyah bila mendengar suara itu . Adyla di tepinya telahpun berubah menjadi batu, langsung tidak bergerak .

Dalam hatinya sudah mula berdoa agar mereka berdua tidak akan dimarahi .

" Diorang macam tak bagi saya masuk  ni Ustaz" ujar Cikgu Azim sambil tergelak kecil . Kedua - dua gadis itu sudah gelabah .

" Adyla..  Raisyah..  kamu berdua kenapa ? " soal suara itu sambil memegang bahu Raisyah .

Raisyah perlahan - lahan berpusing menghadap dua orang guru itu, " Errr Abah buat apa kat sini ? " soal Raisyah sambil tersengeh .

Ustaz Rasyid tersenyum mendengar soalan anak perempuannya itu, " Saja nak pastikan keadaan kelas kamu... sana sikit Abah nak masuk "

" Eh Abah--- " belum sempat Raisyah mahu bersuara Ustaz Rasyid telah terlebih dahulu menarik tangannya untuk memberikan sedikit ruang buat lelaki itu masuk ke dalam kelas .

Adyla yang perasan Ustaz Rasyid telahpun berdiri di tepinya terus menutup matanya erat . Raisyah pula hanya mampu menundukkan kepalanya . Tuhan sahaja yang tahu betapa berdegup kencang jantungnya pada masa itu .

" Waa tak sangka kamu semua buat projek hias kelas, tema apa ni ? " soal Ustaz Rasyid sambil tersenyum kearah sembilan orang lelaki yang ada di dalam kelas itu . Sudah pasti bukan senyuman mesra, sebaliknya senyuman sinis .

" Iman "

" Ya Paksu eh Ustaz " Iman yang sedar dirinya telah terlepas cakap itu terus menutup mulutnya . Rakan - rakannya yang lain pula seakan terkejut dengan perkataan yang baru sahaja keluar dari mulut lelaki itu .

Macam -macam reaksi yang Iman terima .

" Tema apa kelas korang ni ? "  soal Ustaz Rasyid sekali lagi sambil berpeluk tubuh, matanya tajam memandang ke arah sembilan lelaki itu . Terutama sekali anak buahnya itu .

Tiada yang bersuara buatkan Ustaz Rasyid menggelengkan kepalanya .

" Semua sekali ikut saya . " tanpa membuang masa dia terus melangkah keluar dari kelas itu . Raisyah dan Adyla yang masih berdiri di pintu itu hanya menundukkan kepala mereka .

" Kamu berdua juga " terkeduh dua gadis itu bila mereka juga di arahkan untuk mengikut lelaki itu . Bukan salah mereka tetapi mereka juga terpaksa ikut .

Satu persatu lelaki - lelaki itu membuka langkah mereka untuk mengikuti Ustaz Rasyid .

Adyla yang masih berdiri di tempatnya memandang tajam kearah Asyraf bila lelaki itu melimpasinya . Asyraf pula hanya berbuat tidak tahu manakala Haikal berdiri di tepi Adyla sambil mengurut belakang tengkuknya .

" Kau pahal ? " soal Adyla sambil memandang kearah wajah Haikal . Lelaki itu tersengih sambil memandang ke arah Raisyah yang berdiri di sebelah Adyla .

⌠ ᴛʀᴏᴜʙʟᴇᴍᴀᴋᴇʀ ⌡Where stories live. Discover now