" 𝖑𝖊𝖙 𝖒𝖊 𝖕𝖗𝖔𝖙𝖊𝖈𝖙 𝖞𝖔𝖚 𝖙𝖔𝖉𝖆𝖞 , 𝖙𝖔𝖒𝖔𝖗𝖗𝖔𝖜 , 𝖋𝖔𝖗𝖊𝖛𝖊𝖗 "
" Cuti ni kau nak buat apa ? " soal Raisyah sambil menggalas beg sekolahnya .
" Terkangkang atas katil lah apa lagi nak buat ? " wajah Adyla itu dipandang Raisyah sambil bercekak pinggang .
Adyla yang baru sahaja selesai menutup pintu itu hanya memandang Raisyah pelik, " Ape? "
" Kau sedar tak yang kita nak SPM tahun ni ? " soalan Raisyah itu hanya dibalas dengan senyuman oleh Adyla .
" Nanti kau datang rumah aku, kita buat homework sama - sama nak? " soal Adyla bila mereka berdua telahpun berdiri di hadapan lift . Pintu lift terbuka mereka berdua terus melangkah masuk bersama bag pakaian dan bag berisi buku mereka .
" Aku okay ja "
" Janji datang tau "
" Ya " balas Raisyah sebelum pintu lift terbuka dan mereka berdua terus bergerak untuk ke lobi utama .
Ramai pelajar sekolah itu, berkumpul di sana untuk menunggu keluarga masing - masing kerana pihak sekolah telah membenar semua pelajar untuk pulang ke rumah masing - masing .
" Dyla aku nak tanya boleh " Adyla yang berjalan di tepi Raisyah itu hanya memandang wajah rakannya itu .
" Takleh " balas Adyla selambah membuatkan Raisyah mengetuk kepala gadis itu .
" Sakit lah " aduh Adyla dan Raisyah pula hanya berbuat seperti tiada apa yang terjadi.
Malas mahu melayan perangai rakannya itu, langkahnya dilajukan untuk ke tempat letak kereta . Dia mahu menunggu Abahnya di sana .
" Raisyah Hanani tunggu aku woi ! " Adyla yang masih berdiri di tempatnya tadi segera mengejar Raisyah yang sudah jauh .
" Hai tuan puteri sekalian ! " sapa Mikael dan Rafiq . Mereka yang baru sampai di lobi itu terkejut dengan sapaan dua lelaki itu .
Dengan berbaju melayu , nampak sangat baru selesai solat jumaat . Syafiq , Asyraf , Haikal , Aryan , Raihan , Khairul dan Iman juga ada di situ .
" Korang pun tunggu kereta ke ? " soal Adyla . Bagnya perlahan - lahan diletakkan ke atas lantai . Berat . Sakit bahunya kerana mengangkat bag itu tadi .
" Eh tak tengah tunggu jodoh ni " balas Raihan yang sedang duduk bersila di atas lantai . Dia mendongak memandang Adyla sambil tersenyum .
" Hah ni jodoh kau dah datang " ujar Adyla dan terus duduk di tepi lelaki itu . Dia turut membalas senyuman Raihan tadi .
" Hah kau orang pukul kompang cepat " arah Raihan kepada Aryan dan Rafiq yang berdiri di tepinya . Dua lelaki itu hanya memandang Raihan dengan pandangan tidak puas hati .
" Sini aku jadi tok kadi " Mikael pula terus duduk bersila di hadapan Raihan . Songkok yang dipakainya diperbetulkan sedikit .
" Aku nak jadi saksi " kalini Khairul pula yang duduk di tepi Mikael .
Pandangan dari pelajar lain langsung tidak dipedulikan oleh mereka semua .
Raihan dan Mikael terus bersalaman, " Ehem.. jap sape nak jadi wali Dyla ? " soal Mikael sambil memandang kearah Syafiq dan Asyraf .
" Asy kau jadi bapa mertua aku cepat duduk tepi Mika, aku nak kahwin ni hah " arah Raihan sambil menarik tangan Asyraf supaya lelaki itu turut duduk di tepi Mikael .
" Korang jangan buat kerja bodoh kat sini please " Raisyah yang masih berdiri tidak dapat lagi menahan perasaan malunya ketika itu . Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat perangai manusia - manusia itu .
YOU ARE READING
⌠ ᴛʀᴏᴜʙʟᴇᴍᴀᴋᴇʀ ⌡
RandomKehidupan di sekolah menengah sering mencabar bagi pelajar zaman sekarang . Masalah disiplin yang semakin meningkat pula menambahkan lagi cabaran buat pelajar yang bergelar pengawas sekolah . " Saya nak kamu berdua tolong perhatikan mereka " Perlu...