" 𝖙𝖍𝖊 𝖍𝖆𝖗𝖉𝖊𝖘𝖙 𝖙𝖍𝖎𝖓𝖌 𝖙𝖔 𝖍𝖎𝖉𝖊 𝖎𝖘 𝖏𝖊𝖆𝖑𝖔𝖚𝖘𝖞 "
Raihan mengetuk pennya di atas meja sambil memandang ke arah Raisyah dan Adyla sekilas . Dua gadis itu sedang leka dengan kerja mereka . Dia menolak siku Khairul yang juga sedang menyiapkan kerjanya .
" OII MAK KAU DALGONA ! " latah Khairul sambil mengangkat buku seperti mahu membaling ke arah Rafiq yang duduk di depannya .
Raihan menekup mulutnya, menahan dirinya dari ketawa mendengar Khairul melatah . Khairul menjeling Raihan tajam sambil menutup bukunya .
" Kau nak apa bebal ? Ganggu aku ja la ! " balas Khairul yang masih geram dengan Raihan . Rakan mereka yang lain itu hanya buat tak tahu kerana faham dengan sikap dua lelaki itu .
" Aku ada big plan . Nak join ? " soal Raihan sambil mengangkat keningnya , dia senyum jahat ke arah Khairul . Khairul seolah mengerti apa yang Raihan mahu lakukan .
Raihan dan Khairul segera berdiri bersama mimik muka yang sengaja dibuat - buat . Mereka berdua mendekati Raisyah yang sedang menyiapkan essay itu . Meja Raisyah diketuk . Raisyah segera mendongak .
" Nak apa ? " soalnya ringkas , Raisyah tidak suka jika orang menganggu dia menyiapkan kerja . Raihan mula memainkan peranan, muka sakit dibuat . Khairul juga melakukan perkara yang sama dengan memegang perutnya . Nak buat jahat kenakah bijak !
" Errr perut kitaorang sakit lah.. boleh tak-- " tak sempat Raihan nak habiskan ayat Adyla sudah memotong .
" Tak boleh ! "
Dua lelaki itu menoleh ke arah Adyla yang khusyuk membaca novel itu . Gadis itu mengangkat wajahnya dan memandang dua lelaki itu dengan tajam . Kalau boleh tertimbus hidung Raihan .
" Kenapa pula ? " soal Raihan tak puas hati . Muka Adyla dipandang tidak suka .
" Sebab tak boleh la bengap ! Pergi duduk buat kerja sekolah ke apa yang patut ? " arah Adyla dan dua lelaki itu mencebik perlahan lalu bergerak ke meja yang diduduki mereka tadi .
Raisyah memandang Adyla lalu beralih ke sembilan lelaki itu . Jarinya mengetuk meja sambil berfikir . Dia mahu mengenal lelaki - lelaki itu dengan lebih dalam lagi . Dia sudah bertekad untuk mengubah sikap mereka .
PPAP !
Raisyah menutup bukunya lalu mengemaskan barang - barangnya dan berjaya menarik perhatian yang lain . Termasuk Adyla .
" Kau nak pergi mana ? " soal Adyla . Wajah Raisyah dipandang dengan rasa ingin tahu .
" Dyla bangun . Kau orang pun sama bangun dan buat bulatan . " arah Raisyah dengan ringkas . Dia menarik tangan Adyla supaya gadis itu berada di sebelahnya .
Sembilan lelaki tadi hanya menurut arahan itu walaupun banyak persoalan muncul di kepala masing - masing . Setelah membuat bulatan Raisyah terus duduk di atas lantai itu . Mereka semua memandang gadis itu pelik .
" Duduklah takkan kita nak berkenalan sambil berdiri . " ujar Raisyah sambil membuat isyarat supaya mereka semua duduk .
Setelah semua duduk masing - masing mendiamkan diri . Ada yang mencuit bahu , ada yang menjeling dan ada juga yang termenung .
" Err.. Syah kita nak buat apa ni ? " soal Adyla dan yang lain hanya memandang ke arah gadis itu . Raisyah mengeluh perlahan sambil menyelak rambutnya ke belakang .
" Malam ni kita buat ice breaking . Tahukan ice breaking tu apa ? Sesi kenal mengenal . " jelas Raisyah bersama senyuman di bibirnya . Sembilan lelaki itu mengangguk tanda mengerti .
YOU ARE READING
⌠ ᴛʀᴏᴜʙʟᴇᴍᴀᴋᴇʀ ⌡
RandomKehidupan di sekolah menengah sering mencabar bagi pelajar zaman sekarang . Masalah disiplin yang semakin meningkat pula menambahkan lagi cabaran buat pelajar yang bergelar pengawas sekolah . " Saya nak kamu berdua tolong perhatikan mereka " Perlu...