" 𝖎 𝖜𝖎𝖘𝖍 𝖎 𝖍𝖆𝖉 𝖙𝖍𝖊 𝖕𝖔𝖜𝖊𝖗 𝖙𝖔 𝖎𝖌𝖓𝖔𝖗𝖊 𝖞𝖔𝖚 𝖑𝖎𝖐𝖊 𝖞𝖔𝖚 𝖎𝖌𝖓𝖔𝖗𝖊 𝖒𝖊 "
Dua gadis itu melangkah keluar dari tandas perempuan sambil berbual . Adyla mahu mengajak Raisyah terus ke kelas tetapi dia perlu berjumpa dengan abahnya .
" Weh Dyla . Kau gerak la dulu aku kena jumpa abah aku . Ada hal sikit . " ujar Raisyah apabila dia ternampak blok pejabat itu . Entah apa yang abahnya mahu katakan pun dia tak tahu .
" Ok tapi jangan lama sangat tau " kata Adyla lagi dan Raisyah hanya mengangguk sebelum Adyla meminta diri untuk ke kelas mereka .
Selepas itu Raisyah terus melangkah ke pejabat untuk berjumpa dengan abahnya .
" Assalamualaikum abah ! " sapanya di pintu bilik Ustaz Rasyid lalu dia terus masuk ke dalam bilik itu .
" Waalaikumusalam . " balas Ustaz Rasyid sambil menaip sesuatu di papan kekunci itu . Raisyah hanya menunggu sebelum abahnya bersuara semula . Sehelai kertas dihulurkan ke arah Raisyah .
Kertas itu diambil, " Apa ni ? "
" Abah nak kamu jadi mc lusa ni . Sekali dengan Adyla . " balas Ustaz Rasyid dan Raisyah mengangguk kepalanya perlahan . Dia teringat sesuatu tentang Adyla .
Kawannya itu belum sihat lagi , takkan dia nak suruh Adyla jadi mc sekali dengan dia ?
" Abah, Dyla tak boleh lah . Dia tak sihat lagi tu" ujar Raisyah sambil menolak kertas itu ke abahnya semula . Raisyah tak mahu jadi mc seorang diri, boleh pengsan dia .
Raisyah menggelengkan kepalanya sambil membayang dia menjadi pengacara seorang diri . Ustaz Rasyid memandang anaknya itu pelik, tiba - tiba geleng .
" Kalau macam tu, abah pilih Dania la " balas Ustaz Rasyid lalu menaip sesuatu . Raisyah hanya mengangguk sebelum dia meminta diri untuk pulang ke kelasnya .
Dia segera melangkah ke kelasnya . Sudahlah Adyla seorang ja perempuan , nanti entah apa yang sembilan lelaki itu buat agaknya .
(っ◔◡◔)っ
Terbuka sahaja pintu kelasnya, Adyla hanya mengeluh perlahan apabila melihat yang sembilan lelaki itu ada di dalam kelas .
" Dorang tak pergi latihan ke ? " soalnya di dalam hati bila melihat mereka semua hanya sibuk membuat kerja masing - masing .
Baru sahaja dia mahu membuka langkah untuk ke mejanya, terhenti langkah gadis itu bila matanya terpandang seseorang yang sedang sibuk bermainan telefon tidak jauh dari tempatnya berdiri sekarang .
Tangannya digenggam kuat menahan geram bila melihat lelaki itu masih boleh tersenyum selepas apa yang terjadi kemarin .
Terdetik penyesalan di hati Adyla kerana tidak mengikut Raisyah tadi . Sudahlah sekarang kepalanya masih berasa sakit . Melihat lelaki itu membuatkan kepalanya makin sakit .
Baru sahaja Adyla mahu melangkah untuk keluar semula dari kelas itu, sekali lagi langkah gadis itu terhenti bila dia terdengar bunyi seperti ada seseorang yang sedang bermain gitar .
Laju kepalanya menoleh kearah datangnya bunyi itu tadi. Raihan yang sedang duduk di kerusinya sambil bermain gitar itu buatkan senyuman Adyla terukir .
Dengan selambah kerusi kosong di hadapan Raihan di pusingnya menghadap lelaki itu lalu didudukinya, kepalanya pula terus dibaringkan ke atas meja Raihan . Raihan yang perasan ada Adyla di situ hanya tersenyum nipis sebelum mula menyanyikan sebuah lagu .
" Aku cinta kepadamu dan aku rindu di pelukmu nanum ku keliru telah membunuh cinta dia dan dirimu.. aku cinta kepadamu dan aku rindu dihatimu.. ingin ku akhiri.. yang telah terjadi.. lamunan membawa mu kembali " nyanyi Raihan dan itu membuatkan mata Adyla tidak lepas dari memandang wajah lelaki itu yang sedang asyik bernyanyi . Tidak dia sangka yang Raihan boleh menyanyi dengan baik .
YOU ARE READING
⌠ ᴛʀᴏᴜʙʟᴇᴍᴀᴋᴇʀ ⌡
RandomKehidupan di sekolah menengah sering mencabar bagi pelajar zaman sekarang . Masalah disiplin yang semakin meningkat pula menambahkan lagi cabaran buat pelajar yang bergelar pengawas sekolah . " Saya nak kamu berdua tolong perhatikan mereka " Perlu...