" 𝖑𝖔𝖛𝖊 𝖎𝖘 𝖘𝖔𝖒𝖊𝖙𝖍𝖎𝖓𝖌 𝖙𝖍𝖆𝖙 𝖎𝖘 𝖍𝖆𝖗𝖉 𝖙𝖔 𝖚𝖓𝖉𝖊𝖗𝖘𝖙𝖆𝖓𝖉 "
" Semua pelajar sila berkumpul di kelas masing - masing sepanjang waktu prep ini . Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam dorm . Sekian . " mendengar pengumuman dari ketua pelajar tadi semua pelajar yang baru selesai solat Isyak berjemaah di surau asrama itu segera naik ke dorm untuk mengambil beg dan buku masing - masing .
Begitu juga sembilan lelaki itu .
" Weh cepatlah sikit ! Nanti warden nampak kita kena denda la ! " ujar Haikal sambil bercekak pinggang memandang rakan - rakannya . Kecoh galas beg sambil cari buku , padahal nak pergi prep ja .
Syafiq memandang jam di tangannya dan mengeluh . Mereka sepatutnya sudah mengosongkan bangunan asrama pada masa itu . Mikael, Rafiq, Raihan dan Khairul pula masih lagi mencari buku seperti masa itu tidak bergerak .
Asyraf mengeluh, " Oi anak ayam cepat sikit boleh tak ? " Jika mereka lambat bukan mereka sahaja yang akan didenda tetapi Raisyah dan Adyla juga .
" Ok dah jom ! " ajak empat lelaki itu serentak selepas selesai mengunci pintu lalu mereka bergerak ke perpustakaan sekolah . Sir Mark tidak dapat hadir malam ini jadi mereka disuruh duduk di perpustakaan .
Sampai sahaja di perpustakaan mereka terus masuk selepas mengakses kad pelajar masing - masing . Sembilan lelaki itu memandang sekeliling mencari kelibat Adyla dan Raisyah, berkerut dahi mereka apabila melihat yang dua gadis itu sedang bersama Rafael .
" Apa yang dia buat dekat sini ? " soal Syafiq perlahan tetapi dapat didengari oleh Asyraf . Rakannya itu hanya menepuk bahunya perlahan bersama senyuman nipis .
Raisyah menoleh dan dia memberi isyarat kepada sembilan lelaki itu supaya duduk semeja dengan mereka .
" Assalamualaikum " sapa Iman sambil menarik yang kosong untuk didudukinya . Yang lain juga mula duduk mengambil tempat masing - masing .
" Waalaikumusalam " jawab tiga orang itu serentak . Keadaan senyap di antara mereka kerana masing - masing sibuk mengulang kaji pelajaran .
Di dalam perpustakaan ketika itu hanya ada mereka sahaja bersama seorang pustakawan yang bertugas pada malam itu .
Adyla yang tiba - tiba berasa mengantuk itu perlahan - perlahan menyandarkan kepalanya di lengan Rafael . Kerja yang masih belum siap itu dibiarkan .
Rafael yang sudah terbiasa itu hanya membiarkan sahaja .
" Aku mengantuk la, dodoikan aku please " pinta Adyla kepada Rafael namun lelaki itu mengabaikannya . Adyla mencebik perlahan dan dia mula mengganggu Rafael seperti bermain dengan hoodie lelaki itu dan mencucuk lengan Rafael menggunakan pen yang dipegangnya .
Tetapi lelaki itu hanya diam dan masih fokus menyiapkan kerjanya .
" Aku tengah busy ni " ujar Rafael dengan nada yang sedikit tegas . Tipulah kalau dia kata yang dirinya tidak terasa terganggu dengan gadis itu .
" Hala boleh lah " Adyla terus memeluk erat lengan Rafael tanpa mempedulikan pandangan dari orang lain . Raisyah di tepinya sudah mengelengkan kepala melihat kelakuan rakannya itu . Tak tahu malu langsung .
Sembilan kepala itu pula hanya memandang Adyla yang merengek itu dengan pandangan tidak percaya .
" Dodoikan ! " rengek Adyla dan kali ini lengan lelaki itu digoncangnya perlahan .
" Nope ! Mengada lah kau ! " kepala Adyla ditolak lembut lalu dia bangun untuk mencari buku rujukan di rak . Adyla yang tidak puas hati itu turut bangun untuk mengekori Rafael . Serentak sembilan lelaki itu memandang kearah Raisyah .
YOU ARE READING
⌠ ᴛʀᴏᴜʙʟᴇᴍᴀᴋᴇʀ ⌡
RandomKehidupan di sekolah menengah sering mencabar bagi pelajar zaman sekarang . Masalah disiplin yang semakin meningkat pula menambahkan lagi cabaran buat pelajar yang bergelar pengawas sekolah . " Saya nak kamu berdua tolong perhatikan mereka " Perlu...