prologue

172 23 178
                                    

Loceng pertama telah berbunyi menandakan waktu persekolahan telah pun bermula. Baru sahaja Daeyoung ingin menutup pagar sekolah, kelihatan kelibat Ricky muncul sambil memecut motosikal berkuasa tingginya dengan laju menuju ke pagar.

"Aku dah agak budak ni!" Daeyoung segera menutup pagar. Ricky membrek motosikalnya setelah melihat pagar ditutup.

"Woi pengawas tak guna! Bagi aku masuk la, gila!" Ricky menanggalkan helmetnya dan menengking Daeyoung.

"Peraturan tetap peraturan. Siapa yang lambat, kenderaan kena letak di luar pagar sekolah."

"Sial la kau ni!" Ricky memaki Daeyoung sambil memarkir motosikalnya di kawasan parkir di luar pagar sekolah. Daeyoung membiarkan sahaja dan menulis nama Ricky di buku.

Ricky menarik pagar dan masuk ke dalam kawasan sekolah. Dia sempat menjeling Daeyoung dengan tajam sebelum melangkahkan kakinya ke kelasnya.

"RICKY!!!"

"ARGHHH RICKY HANDSOME BETUL HARINI!!"

"BAKAL BOYFRIEND AKU TU!!"

Ricky senyum sinis apabila mendengar jeritan dari pelajar perempuan. Dia masuk ke dalam kelasnya dan sempat menarik rambut Aria yang sedang membuat latihan di saat akhir.

"SONG RICKY! KAU NAK MATI KE?!" Aria menjeling ke arah Ricky sambil membetulkan rambutnya semula.

"Apa? Baik kau cium aku je." Ricky tersenyum gatal sambil melihat Aria. Aria membuat muka menyampah sebelum membaling buku ke arah Ricky.

"Dasar buaya darat! Berambus kau sana." Aria menyambung kembali kerjanya yang tergendala. Dia menghela nafas lega setelah latihannya selesai sebelum guru matematik mereka masuk ke dalam kelas.

"Weh Jinhyun, mana Sir Seonghwa?" Tanya Aria setelah melihat ketua kelas mereka, Jinhyun masuk ke dalam kelas.

"Aku tengok jadual relief tadi. Sir Seonghwa tak ada harini." Aria tercengang. Sia-sia je dia kalut menyiapkan latihan matematik. Tahu-tahu guru matematiknya tidak hadir hari ini.

"Siapa yang masuk nanti?" Jiwoon bertanya dengan nada teruja. Siapa je tak gembira bila cikgu tak masuk ke dalam kelas.

"Tak ada. Kat situ tulis ketua kelas."

"Yeayy party! " Jiwoon mengeluarkan beberapa buku dari dalam beg dan meletakkan kepalanya di atas buku tersebut. Apalagi, tidurlah jawabnya.

Jinhyun menggelengkan kepalanya apabila Jiwoon tidur. Dia membiarkan sahaja rakan sekelasnya mulai membuat kerja masing-masing asalkan tidak terlalu bising.

"Aku ke rooftop jap." Baekbom bangun dan sempat meminta izin sebelum keluar dari kelas.

"Aik tak bagi jawapan lagi dah keluar. Apa-apa jela." Jinhyun mengeluarkan buku lukisannya dan mula melukis.

[ DI KELAS 12-1 A ]

"Ha! Buat apa!" Jichan menyergah Haneul yang dari tadi merenung seseorang. Haneul menjeling Jichan sebelum kembali merenung figura tersebut.

"Kau ni, kalau dah suka, bagitahu jela dia. Nanti melepas susah." Haneul menggeleng.

"Tak apalah. Kalau aku kena reject nanti jadi janggal pula." Jichan mengecilkan matanya. Pengecut juga kawan dia ni, harap muka je kacak.

☾︎𝐂☽︎ ᴡʜɪsᴘᴇʀs ɪɴ ᴛʜᴇ ᴅᴀʀᴋ: ᴛʜᴇ sᴄʜᴏᴏʟ ᴏғ sᴇᴄʀᴇᴛsWhere stories live. Discover now