Suasana di dalam bilik darjah itu sangat sepi. Tiada sesiapa pun berani bersuara setelah insiden tadi.
"Seramlah kalau senyap gini." Sungkie bersuara. Dia tidak suka dengan situasi ini.
"Kau nyanyilah senang." Kata Jiwoon yang dari tadi menyandarkan tubuhnya pada dinding. Sungkie berdehem sebelum memulakan nyanyiannya.
"Pasaraya Ikhwan di Putrajaya, siapakah dia Abuya? Abuya seorang yang teliti, sudah tentulah PBT." Sungkie tersengih apabila semua mata memandangnya.
"Baik kau dia jela dik." Asha mengeluh, makin stres dia.
"Nasib kita semua akan jadi macam Jichan ke? Satu per satu akan mati." Jiera memeluk lututnya sambil termenung. Dia tidak pernah membayangkan hidupnya akan menghadapi saat yang menakutkan seperti ini.
"Mulai sekarang kita kena bekerjasama, tak boleh bersikap keras kepala dah. Kawan kita dah terkorban sorang, takkan lepas kita semua dah berkurang baru reti nak sedar!" Semua mata tertumpu pada Haneul. Haneul masih lagi bersedih kerana kehilangan rakan baiknya.
"Ya, aku setuju. Tolonglah bekerjasama dan dengar cakap ketua kita ni." Baekbom mengeluh perlahan. Sudah dia duga keadaan pasti akan bertambah buruk jika mereka berpecah.
"Mana Ricky masalahnya? Nak biar je dia tu?"
"Biarlah dia, Aria. Dia suka ikut kepala dia sendiri, biarkan. Orang nasihat mana dia nak dengar."
"Tapi dia pun tanggungjawab Jinhyun juga. Takkan nak lepas tangan je?"
"Aria, Daeyoung. Sudah. Ya, nanti aku pergi cari Ricky. Korang semua rehat. Aku berjaga." Jinhyun menghentikan perang mulut antara Aria dan Daeyoung. Dia sudah semakin serabut setelah apa yang terjadi pada Jichan.
Tidak lama kemudian, kedengaran pintu dibuka. Sosok tubuh yang mereka sebut sebentar tadi telah muncul dan duduk di sudut bilik darjah itu.
"Kau pergi mana Ricky?" Tanya Baekbom.
"Aku larikan diri la tadi. Ingat ada gempa bumi. Bila keluar kat lama sekolah, tak bergegar pula." Balas Ricky.
"Kau tahu tak Jichan dah tak ada?" Ricky terdiam. Dia terus memandang Haneul yang menjelingnya dengan tajam.
"Jichan pergi mana?"
"Dia dah tak ada sebab kedegilan kau!" Jinhyun menarik Haneul dan menenangkan Haneul. Haneul memandang ke arah lain sambil menahan amarahnya.
"Esok semua bangun awal. Kita akan cari petunjuk sebanyak yang mungkin." Arah Jinhyun. Mereka semua mengangguk kepala dan mula merehatkan mereka.
***
"Jadi kita cari dulu petunjuk sebanyak yang mungkin. Bila dah nak dekat petang, kita akan ke sungai untuk bersihkan diri dan isi perut kita." Kata Jinhyun sebelum memulakan pencarian.
Jiwoon menguap sebelum turut mencari petunjuk. Tidak pernah dia bangun seawal 6 pagi dan terus jadi produktif seperti ini.
Ariel mengerling Ricky. Lelaki itu masih lagi degil. Ricky yang perasan dirinya dikerling terus menjeling Ariel.
YOU ARE READING
☾︎𝐂☽︎ ᴡʜɪsᴘᴇʀs ɪɴ ᴛʜᴇ ᴅᴀʀᴋ: ᴛʜᴇ sᴄʜᴏᴏʟ ᴏғ sᴇᴄʀᴇᴛs
Fanfiction" Selamat datang ke permainan yang menentukan nasib kalian. " Sekumpulan murid yang terjebak dalam satu permainan misteri sehingga nyawa mereka menjadi taruhan. " Bodoh! Aku tak mahu bermain permainan ini lagi! " " Kau tak boleh lari!! " Apakah na...