3

105 19 59
                                    

Setelah cahaya bulan yang kelam menemani mereka, kini tiba saatnya untuk matahari menemani mereka yang masih dalam kebingungan. Jinhyun mengejut kesemua rakannya. Dia berfikir sejenak sebelum bersuara.

"Ok, aku dah fikir buat semalaman. Kita kena survive. Bukan dari segi menyelamatkan diri atau mempertahankan diri sahaja. Tapi kita juga perlu tenaga dari makanan dan minuman." Kata Jinhyun dengan serius.

"Tapi.. Kita sendiri tak tahu kita kat mana sekarang." Jiera mencelah.

"Betul, sumber makanan pun kita tak tahu nak dapatkan dari mana." Jiera mengangguk kepalanya, tanda dia menyokong Haneul.

"Sebab itulah, aku bersuara soal ni. Ini hanya kawasan sekolah, tak ada apa-apa. Kita kena bergerak ke kawasan luar. Mana tahu kita boleh dapatkan pertolongan." Ricky memandang Jinhyun sambil memberikan sebuah senyuman yang sinis.

"Kau yakin ke kita boleh larikan diri dari kawasan sekolah ni? Kau lupa kejadian semalam!" Jiwoon mengangguk.

"Betul tu, tapi kata Jinhyun pun ada betul. Kalau kita duduk je dekat sini, kita akan mati dengan sia-sia." Jichan memandang Jiwoon sebelum menghembus nafasnya, tanda dia sudah buntu.

"Sebabtu kita kena beranikan diri, kita kena bekerjasama dan saling melengkapi antara satu sama lain. Aku sokong Jinhyun, kita kena cuba keluar dari sini." Asha bingkas bangun dan mengambil sebatang kayu yang agak besar yang berada di sudut bilik darjah tersebut.

"Persetankan dengan cadangan Jinhyun tu! Aku nak stay dekat sini. Entah-entah dekat luar tu lagi bahaya." Ricky memeluk tubuhnya.

"Jadi macam mana ni?" Sungkie menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mulai pening melihat senior-seniornya yang sudah bercanggah pendapat.

"Ok, kita buat dua kumpulanlah. Satu ikut Jinhyun, satu ikut Ricky. Yang ikut Jinhyun akan keluar dari kawasan sekolah ni, yang ikut Ricky pula akan duduk dalam kawasan sekolah. Tapi, kalau ada petunjuk, kita kena kongsikan pada semua." Haneul mulai menyuarakan pendapatnya sebelum apa-apa pergaduhan yang teruk berlaku.

"Ok, aku setuju. Kita cari petunjuk ikut cara masing-masing." Daeyoung mengangguk tanda setuju. Jinhyun mengeluh perlahan. Apabila melihat majoriti bersetuju dengan cadangan Haneul, dia tiada pilihan lain.

"Jadi siapa nak ikut aku ni?" Jinhyun melihat kedua belas pasang mata yang sedang memerhatinya. Kesemuanya kelihatan ragu-ragu kecuali Ricky yang dari tadi berdegil tidak mahu mengikut dirinya.

"Asha, kau nak pergi ke?" Tanya Jiera apabila melihat Asha mulai ragu-ragu. Asha menggigit bibirnya, dia mulai berfikir semula.

"Aku akan ikut Jinhyun." Mayra bangun dan berdiri di sebelah Jinhyun.

"Aku pun nak ikut-" Ariel segera menarik tangan Baekbom.

"Awak! Awak nak tinggalkan saya ke? Saya takut nak keluar. Saya tak nak!" Ariel memegang tangan Baekbom dengan erat. Baekbom mengusap kepala Ariel sambil menatap wajah ketakutan kekasihnya.

"Tapi kebarangkalian untuk jumpa petunjuk kat luar juga tinggi." Ariel menggelengkan kepalanya.

"Aku side Jinhyun." Asha turut bangun dan berdiri di samping Jinhyun. Haneul yang mendengar keputusan Asha itu, turut bangun dan menuju ke arah Jinhyun.

☾︎𝐂☽︎ ᴡʜɪsᴘᴇʀs ɪɴ ᴛʜᴇ ᴅᴀʀᴋ: ᴛʜᴇ sᴄʜᴏᴏʟ ᴏғ sᴇᴄʀᴇᴛsWhere stories live. Discover now