- Sekolah Menengah Atas Apgujeong -
Jam menunjukkan jam 6 petang, namun beberapa pelajar masih lagi berada di kawasan sekolah kerana mempunyai kelas tambahan.
"Jomlah makan malam dulu. Nanti kelas tambahan start pula." Jiera memeluk lengan Daeyoung dan Ariel.
"Eh adik kau tu kau tak ajak ke?" Daeyoung melihat kawasan sekeliling kelas untuk mencari kelibat Asha.
"Katanya dah kenyang makan tengahari tadi. Jomlah. Kalau aku lapar, aku tak boleh fokus, dah la lepas ni kelas sastera Sir Mingi." Jiera menarik Daeyoung dan Ariel ke kantin.
"Aku tak sabarlah nak habis sekolah. Penat jadi pengawas ni, pelajar junior makin ramai yang biadap." Adu Daeyoung.
"Ala kalau aku jadi kau, aku lempang je. Biadap-biadap nak pergi mana!" Kata Jiera dengan penuh emosi. Sejujurnya dia kasihan melihat kawannya yang hampir setiap hari tertekan dengan pelajar yang bermasalah.
"Ha Ariel. Dengar cerita kau nak tukar kelab. Kenapa kau nak masuk kelab pencinta alam? Bukan ke kau ni perosak alam sekitar ke?" Ariel menjeling lalu memukul bahu Jiera.
"Eh kau ni mulut! Sejak bila aku perosak alam sekitar?" Ariel memeluk tubuhnya sambil beratur untuk mengambil makanan.
"Aku tukar sebab aku nak cuba kelab baru. Kelab pencinta alam macam ok juga." Ariel membuat alasan. Padahal dia berpindah kelab kerana ingin bersama dengan Baekbom.
"Eh Ariel geraklah cepat. Kau termenung apa." Jiera menolak Ariel dengan perlahan sebelum barisan mereka dipotong. Ariel maju ke hadapan dan mengambil makanan. Mereka duduk di meja dan makan sambil berborak.
Di meja yang lain sedang riuh-rendah dengan suara pergaduhan kecil.
"WOI HANEUL, KAU JANGANLAH MAKAN MAKANAN AKU BANYAK SANGAT!" Jiwoon mengepit kepala Haneul menggunakan ketiaknya.
"KEPAM BODO! DASAR SEPUPU TAK GUNA!"
Jichan menggeleng kepalanya apabila melihat Jiwoon dan Haneul sedang bergelut. Puncanya hanya disebabkan makanan sahaja.
"Kau tengoklah kawan kau ni, Baekbom. Tak sah kalau sehari tak jerit." Jichan memandang Baekbom yang selamba menikmati makanan tanpa menghiraukan pergaduhan yang terjadi di hadapannya.
"Biarlah diaorang tu, macam tak kenal. Asal jumpa je mesti bising memanjang." Baekbom memandang Ricky yang duduk di sebelahnya.
"Kau ni buat makanan ke pergi ambil makanan?"
"Aku borak-borak kejap tadi. Penat aku dengan budak perempuan tu, tak habis-habis nak nombor aku. Kalau lawa tu tak apa juga, dia selenga semacam muka. Menyampah aku." Ricky memutar biji matanya tanda menyampah sebelum mula menjamu selera.
"Kau jujurlah, apa yang susah Ricky. Ke kau nak buat dia macam perempuan-perempuan yang lain sebelum ni?" Jichan memandang Ricky yang mengabai soalannya.
"Aduhh sakitnya leher aku ni." Adu Haneul sambil menggosok lehernya yang berasa pegal. Jiwoon membuat muka tidak bersalah dan mengambil bebola daging yang berada di dalam mangkuk Haneul.
"Padan muka. Aku suruh rasa sikit je, kau pergi ngap semua. Setan betul." Haneul membiarkan sahaja Jiwoon membebel. Lama-lama diam lah lelaki itu.
"Eh Sungkie, marilah duduk sini." Ajak Haneul setelah melihat Sungkie mencari tempat duduk. Dia menarik Sungkie duduk disebelahnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/215051213-288-k609972.jpg)
YOU ARE READING
☾︎𝐂☽︎ ᴡʜɪsᴘᴇʀs ɪɴ ᴛʜᴇ ᴅᴀʀᴋ: ᴛʜᴇ sᴄʜᴏᴏʟ ᴏғ sᴇᴄʀᴇᴛs
Fanfiction" Selamat datang ke permainan yang menentukan nasib kalian. " Sekumpulan murid yang terjebak dalam satu permainan misteri sehingga nyawa mereka menjadi taruhan. " Bodoh! Aku tak mahu bermain permainan ini lagi! " " Kau tak boleh lari!! " Apakah na...