"Morning Jinhyun hy—" Sungkie terdiam apabila melihat Jinhyun terus bangun dan keluar dari ruangan itu tanpa menegur mereka. Dia menunduk dan menarik nafasnya dalam-dalam.
"Aku faham perasaan dia. Dah dua orang kawan kita tinggalkan kita. Dah la dia tu ketua haish." Keluh Jiera.
"Tak apa. Hari ini kita teruskan aktiviti macam semalam. Kalau dah tak ada apa-apa petunjuk dekat sekolah ni. Kita cuba cari dekat luar macam kami dapat petunjuk pertama." Haneul menyuarakan pendapatnya apabila keadaan menjadi janggal.
"Ya, aku setuju dengan cadangan kau." Daeyoung bangun dan merenggangkan badannya sebelum keluar dari bilik darjah tersebut.
"Erm. Haneul, aku nak cakap sikit." Ariel menghampiri Haneul.
"Kenapa?" Haneul melihat Ariel seperti ragu-ragu untuk berbicara.
"Aku nak bagitahu Jinhyun, tapi Jinhyun tengah moody tu. Aku bagitahu dekat kau jela. Sebenarnya.."
"Sebenarnya apa?"
"Sebenarnya aku ada jumpa petunjuk, tapi petunjuk tu dengan Ricky. Maafkan aku, aku bukan nak sorok tapi—"
"Tapi apa?! Kau nak pentingkan diri sendiri juga ke?!" Semua mata memandang ke arah Ariel dah Haneul apabila mendengar tengkingan Haneul. Baekbom segera menghampiri mereka dan memegang tangan Ariel.
"Kau kenapa nak tengking awek aku hah?!" Baekbom menjeling Haneul.
"Tak. Saya yang buat silap. Memang patut saya kena marah. Saya sorokkan petunjuk dengan Ricky."
"Sayang?! Apa semua ni?" Ariel mulai menangis setelah meluahkan rahsia yang disimpannya. Sejujurnya dia mulai rasa bersalah apabila melihat keadaan yang menjadi semakin teruk.
"Eh Ariel, aku tak sangkalah kau macam ni. Jadi kita kena cari Ricky." Asha menggeleng kepalanya. Tidak menyangka ada lagi yang akan berperangai seperti Ricky.
"Aku minta maaf. Aku minta maaf sangat-sangat." Jinhyun hanya mendengar sahaja sambil meneruskan pencariannya. Sungkie membiarkan sahaja senior-seniornya dan menghampiri Jinhyun.
"Hyung, semalam saya ada jumpa petunjuk." Sungkie memberi petunjuk yang ditemuinya pada Jinhyun. Jinhyun mengerutkan keningnya.
"Repent? Apa dimaksudkan dengan bertaubat?" Jinhyun merenung petunjuk tersebut.
"Mungkin disebabkan pengkhianatan yang berlaku. Macam Ricky bunuh Mayra—" Sungkie menghentikan bicaranya apabila melihat airmuka Jinhyun kembali berubah.
"Mungkin dan aku rasa kematian Jichan ada kena mengena dengan salah seorang dari kita."
"Tah-tah Ricky hyung juga yang bunuh."
"Kita tak boleh nak tuduh begitu juga Sungkie. Mana tahu dia ada berkomplot dengan orang lain juga." Jinhyun menyimpan petunjuk itu di dalam tabung petunjuk.
"Masa korang pergi ke sungai pada hari kedua tu, kami dapat petunjuk dekat satu bilik tapi tulisan itu ditulis pada papan hitam." Sampuk Jiwoon. Jinhyun menghembus nafasnya dengan kasar.
"Memang semua nak sembunyikan pun. Kenapa bagitahu sekarang? Kenapa tak bagitahu bila kita semua dah mati je?!" Jinhyun memberi tabung petunjuk pada Sungkie dan keluar ke halaman sekolah.
"Biarlah Jinhyun tu, bagi dia masa untuk bertenang dulu." Baekbom menenangkan keadaan yang janggal itu. Aria memeluk tubuhnya dan memandang sekeliling.
![](https://img.wattpad.com/cover/215051213-288-k609972.jpg)
YOU ARE READING
☾︎𝐂☽︎ ᴡʜɪsᴘᴇʀs ɪɴ ᴛʜᴇ ᴅᴀʀᴋ: ᴛʜᴇ sᴄʜᴏᴏʟ ᴏғ sᴇᴄʀᴇᴛs
Fanfiction" Selamat datang ke permainan yang menentukan nasib kalian. " Sekumpulan murid yang terjebak dalam satu permainan misteri sehingga nyawa mereka menjadi taruhan. " Bodoh! Aku tak mahu bermain permainan ini lagi! " " Kau tak boleh lari!! " Apakah na...