"Jinhyun hyung?!" Jinhyun perlahan-lahan membuka matanya. Dia mengusap lehernya yang berasa sedikit sakit. Dia melihat Sungkie memandangnya dengan ekspresi wajah yang risau.
"Apa jadi semalam?" Haneul mengeluh. Perkara yang terjadi pada malam tadi benar-benar kacau-bilau.
"Kami pun tak pasti, tapi ramai yang terkorban malam tadi. Kami ingat kau pun akan turut berkorban tadi." Asha berkata dengan lemah.
"Siapa yang terkorban?" Jinhyun mulai bimbang apabila melihat semua kelihatan suram dan serius.
"Aria, Baekbom, Daeyoung dan Ricky." Jawab Jiera.
"Mesti kau yang bunuh Ricky kan masa korang bergelut." Jiwoon memandang Jinhyun dengan pandangan yang tajam.
"Bukan! Saya nampak seorang perempuan yang tikam Ricky hyung. Tapi saya tak tahu siapa." Jinhyun terus memandang ke arah Asha, Ariel dan Jiera.
"Kenapa pandang aku? Aku pengsan lepas nampak Daeyoung tikam Baekbom depan aku." Kata Ariel sambil menahan geram. Dia tidak menyangka Daeyoung turut menjadi pengkhianat.
"Aku dengan Asha lari dengan Haneul semalam." Balas Jiera.
"Ya, dorang dengan aku semalam." Haneul mempertahankan Jiera dan Asha.
"Habistu perempuan mana yang bunuh?" Jiwoon mengerutkan dahinya.
"Mungkin Daeyoung yang bunuh sebelum dia mati. Tapi persoalan siapa yang bunuh Daeyoung dan Aria?" Jinhyun menarik nafas dalam-dalam sebelum bangun dari baringannya. Dia memerhati wajah rakannya satu per satu.
"Aku tak tahu Jinhyun. Aku penat. Aku dah tak ada semangat untuk semua ini." Keluh Ariel dengan penuh kesal. Dia menyandarkan tubuhnya pada dinding.
"Tak apalah. Semoga perkara yang sama tidak terjadi lagi. Korang nak buat apa, buat la. Nak rehat ke apa, memandangkan semua masih terkejut dengan kejadian malam tadi." Sungkie segera menghampiri Jinhyun.
"Ini beberapa petunjuk yang kami dapat masa hyung pengsan. Termasuk petunjuk yang Ricky simpan tu." Jinhyun mengambil petunjuk yang ada pada Sungkie dan meneliti petunjuk tersebut.
1. 白
2. Berhenti berpura-pura.
3. Carilah jalan yang benar."Kitaorang pun makin buntu. Aku rasa macam kita kena minta maaf sebab dah timbulkan kekacauan disini." Haneul memandang ke arah Jinhyun.
"Mungkin juga, kita telah melanggar peraturan yang diberi sebelum ini. Sebab itu banyak yang telah terkorban." Jinhyun menyimpan petunjuk tersebut.
"Kita kena cari maksud petunjuk pertama dan petunjuk Ricky simpan tu". Cadang Jiwoon. Jiera mengangguk tanda setuju.
"Betul, kita boleh cari dengan tulisan yang ada dekat sekolah ni." Cadangan Jiera disambut baik oleh semua orang. Mereka terus bergerak ke bilik darjah untuk mencari maksud di sebalik perkataan tersebut.
Ketika meneruskan pencarian mereka, tiba-tiba kedengaran suara seseorang menyapa mereka.
"Apa khabar para muridku. Bagaimana? Seronok dengan permainan ini?" Jiwoon memandang sekeliling untuk mencari punca suara.
![](https://img.wattpad.com/cover/215051213-288-k609972.jpg)
YOU ARE READING
☾︎𝐂☽︎ ᴡʜɪsᴘᴇʀs ɪɴ ᴛʜᴇ ᴅᴀʀᴋ: ᴛʜᴇ sᴄʜᴏᴏʟ ᴏғ sᴇᴄʀᴇᴛs
Fanfic" Selamat datang ke permainan yang menentukan nasib kalian. " Sekumpulan murid yang terjebak dalam satu permainan misteri sehingga nyawa mereka menjadi taruhan. " Bodoh! Aku tak mahu bermain permainan ini lagi! " " Kau tak boleh lari!! " Apakah na...